Foto saya
Every heart has a story to tell . And This is mine ♡

Isnin, 30 September 2013

, Rindu



Wahai nama rindu.
Aku memohon.
Pergilah menjauh.
Benarkan aku sendirian bersama penciptaku
yang lebih berhak kurindui yang sentiasa merindui hambaNya .


Khamis, 26 September 2013



'' Bukan mudah melukis pelangi di langit yang tertinggi 
 tanpa hadir gerimis dan sinar mentari yang mengiringi ''
'' Bukan mudah memiliki mutiara kasih
 tanpa di selami luput hati nurani kedasar-dasar yang paling dalam ''


, #Aku



Aku
tak seperti mereka.
yang solatnya terjaga
penuh dengan rasa rendah diri terhadap sang Tuhan
mereka yang istiqamah puasa sunatnya
solat dhuha pula seakan wajib
subuh dan asarku tak seperti mereka 
yang selalunya dihiasi bacaan ma’thurat
Quran pun terkadang dibiar sepi di rak
tahajud apatah lagi.
Aku
tak sekuat mereka.
mampu terus bertahan saat diasak dengan ujian
mampu tabah bila takdir tak seiring dengan kehendak
mampu terus berdiri saat hati sebenarnya sudah goyah
seringkali diri ini
tenggelam dalam kesedihan dan kelemahan.
Aku
tak punya akhlak seperti mereka.
saat mereka berjubah dan berjilbab indah
diri ini lebih selesa berseluar jeans dengan t-shirt biasa
kata-kataku tak seindah kalam mereka
hingga mampu menembusi hati manusia lain
bicaraku pula, tak selembut bicara mereka.
yang aku tahu
aku tak mampu jadi seperti mereka
tapi aku akan terus berusaha dan berusaha
untuk islah diri sendiri
walau tak mampu jadi seindah mereka :)

Aku bukanlah seperti mereka.
Hebat seperti mereka.
Tetapi, aku ingin menjadi seperti mereka.
Aku ingin berubah.
Iya, usaha itu penting.

Allah itu tidak melihat dengan bagaimana kejayaan yang dicipta,

Tetapi bagaimana usaha yang dicipta.
Mujahadah itu bagaikan melalui jalan yang berduri,
Kerana syurga itu mahal yang dinantikan.


Rabu, 25 September 2013

, Jodohmu Ada diTahajudmu



Saya baca di facebook rata-rata duk bincang pasal jodoh. Kadang-kadang  muak. Tapi biasanya memang saya muak. Tapi takpe, saya tak meluat. Jodoh adalah antara rahsia Allah. Begitu juga dengan tarikh mati. Kita tak tahu. Tapi Allah Maha Mengetahui.

Saya berani katakan, jodoh kamu semua adalah bergantung pada tahajjud kamu. Mengapa pula begitu? 

Jodoh yang biasa-biasa adalah dari kalangan orang yang biasa-biasa dengan pertemuan yang biasa-biasa dengan cara berpacaran yang biasa-biasa muda-mudi lakukan.

Manakala,

Jodoh yang luar biasa dari golongan orang yang soleh, solehah yang luar biasa amalan mereka di sisi Allah. Bertemu dalam redha, berpisah jua redha. Luar biasa.

Jom pergi kepada dalil:

1.  Nikmat dan rahmat tersembunyi TERAHSIA di sebalik tahajjud. 

Firman Allah dalam Surah al-Sajdah (32):16-17:

klik tuk besarkan ye 

2. Tahajjud bukan sahaja untuk minta jodoh yang baik, malah menjadi pembeza antara kamu dan manusia lain di akhirat:

Imam al-Mubarakfuri berkata: 
"Suatu malam aku bangun dan merenungi al-Quran, lalu aku bandingkan amalanku dengan amalan ahli syurga. Ternyata, aku dapati bahawa amalan mereka begitu berat (mantap). Hampir tidak ada malam yang berlalu tanpa mereka gunakan untuk beribadah. Setiap malam mereka bersujud dan berdiri di hadapan Rabb mereka. Ku lihat diriku bukanlah termasuk di antara mereka."
3. Doa terkabul di sepertiga malam, insyaAllah! Doalah minta jodoh yang baik.

Dari Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah SAW bersabda: "Tuhan kita Yang Maha Berkat dan Maha Tinggi turun ke langit dunia setiap malam, pada sepertiga malam terakhir dan berfirman, 'Barangsiapa yang berdoa kepadaKu pasti Aku kabulkan, barangsiapa meminta kepadaKu pasti Aku beri, dan barangsiapa yang memohon ampunanKu pasti Aku ampuni'." 
(HR Bukhari)
****

Jadi, tenang sahajalah menanti jodoh yang baik itu akan datang sendiri hasil dari usaha tahajjud yang berterusan dan istiqamah. Ikhlas kerana Allah Ta'ala. Jangan buat kerana jodoh semata-mata ya. Usaha sebenar adalah usaha kita minta dengan DIA, bukan dengan merayu kasih pada si dia-si dia hanya kerana hati gelisah mahu hidup berteman. Hati gelisah takut si dia yang kacak terlepas, takut si dia yang cantik jatuh ke tangan orang. Minta dengan Allah, Allah bagi segala. Cepat atau lambat bukan kita penentu. Jodoh adalah sunnatullah. Sunnatullah tidak boleh digesa, tidak boleh dilengahkan bila sampai masanya. 

Sabarlah. Tenanglah. Tahajjudlah.




, Lots Of Happiness













                                     #Today #Muettime #enjoy #Lovethem #Hahaha



Ahad, 22 September 2013

, You Can Do It Girl !




Assalamualaikum . Yeayy trial da habis . *tetiba

Semenjak dah naik form 6 ni , 'nafsu' nak kurus semakin membuak buak . Hahaha
bukan sebab ada someone special or ntahapaapatah tu, tapi ntah . susah nak explain sebenarnya . kahkah
Well biasalah ,kita ni (kaum hawa) ada 1 akal , 9 nafsu .
Bila rasa badan naik ni nak cari saiz baju pun susah . Mana taknya ,zaman sekarang macam2 fesyen baju keluar . Dengan berpeplum la ,dengan tribal la . Dress fix la .Erghh macam macam lagi la . kalau nak list satu satu memang tak habis la gamaknya .Masalahnya sekarang nak cari saiz yang besar memang susah la . paling belambak saiz S and M je .Memang idok la teman nak pakai ketat ketat tu .
So memandangkan aku rasa berat aku pun dah naik overdose ( last timang time time f5 and sekarang takut nak timbang dah :P) , maka dengan itu marilah kita berdiet dengan sihat . Ayuh ! Buktikan !



sebelum nak kurus:

1) Menjelajah blog cik epal . Tengok cara dia diet . MasyaAllah .
2) Minum air masak manyak - manyak . Tak kesah la masuk toilet 10 kali sehari ke apa , janji sihat !
3) Banyakkan senaman . Uolls nak joging ke main badminton ke apa ke tak kesah la janji buat aktiviti yang keluarkan peluh !
4) Banyakkan makan buah buahan . Contohnya macam pisang , kiwi , strawberi or tak kesah la janji BUAH !
5) Banyakkan makan yougurt . Sebenarnya yougurt ni elok untuk orang yang nak kurus macam i ni :)
6) Mintak pendapat or pandangan kawan tentang 'tip kurus' ni . Macam i , yati banyak jugak share link tumblr , and senaman cara kempiskan segala anggota badan yang kembang kembang . hehe . Thank a lots dear .

Hmm rasanya tu jelah yang i buat .
That all . k bai .

APA YANG PENTING ? *tengok bawah*





, Niat kerana Allah .




Tajdid niat . 
kerana ALLAH,untuk UMMAH dan DAKWAH . 
Allahu mustaan . 
Kalau study kerana Allah semata . kita tak akan mengeluh panjang or complain sana-sini .
Kalau betul ikhlas kita tak kisah pun penat lelah belajar sebab,tahu niat asal kerana Allah .
Moga2 ada keberkatan di situ .
In sha Allah :)


Jumaat, 6 September 2013

, Sinergi




 Kalau benar atas iman 
Pasti kau sanggup berkorban 
Kalau benar atas iman
Pasti kau kekal bertahan
Kalau benar atas iman 
Pasti kau akan jumpa keikhlasan
Kalau benar atas iman
Pasti kau mampu mengucup erti PENGORBANAN 



, Syukur .



Belajar menghargai semua perkara.
Biar sekecil dan seremeh mana pun ia.
Biar pun apa yang kita miliki sekarang itu bukan apa yang kita minta,
Bukan apa yang kita impikan,
Bukan apa yang kita harapkan.
Kalau ada ibu bapa, bersyukurlah.
Baik atau buruk,
Sekurang-kurangnya kita ada ibu bapa.
Kalau pun bukan tempat kita berteduh dan  menumpang kasih,
Sekurang-kurangnya masih memberi peluang dan ruang menabur budi menraih pahala dan redha Ilahi. 
Kalau ada pekerjaan,
Bersyukurlah,  kerja dengan jujur dan amanah.
Kalau pun tak ‘glamour’ ,
Tak bergaji besar,
Sekurang - kurangnya,  kita mampu mencari rezeki dengan tulang empat kerat sendiri.
Kalau ada rumah,  tempat berlindung dan berteduh,
Bersyukurlah.
Biar bukan banglo mewah yang luas dan tersergam indah,
Sekurang - kurangnya bukan jalanan tempat kita melelapkan mata.
Bukan tanah tilamnya, dan bukan langit atapnya.
Saat ada kenderaan,
Bersyukurlah.
Walau bukan yang mewah dan mahal,
Sekurang - kurangnya, tidaklah dengan berjalan kaki mahu pun berbasikal.
Jangan. Jangan selalu mengeluh.
Jangan selalu menginginkan semua yang lebih baik, lebih besar, lebih mahal.
Kerana saat kamu mahu menghargai senuanya,
dan mahu melihat kekurangan dan ketidakmampuan insan lain,
Maka kamu akan menyedari,
Semuanya adalah nikmat yang selalu diremehkan, sehinggalah ianya hilang.


, Kadang - kadang




Kadang - kadang,
Bila kecewa dan terluka,
Kita rasa lebih baik kalau sesuatu benda tu tak pernah terjadi,
tak pernah ada,
dan tak pernah kita alami. 
Padahal kita tak tahu, semuanya ada sebab,
Ada hikmah dan ada manfaatnya.
Dulu masa kita gembira dan bahagia,
Tak pernah kita tertanya,
Apa yang membuat aku berhak memiliki semua ini.
Tapi, saat kita terluka dan kecewa,
Kita kerap pula bertanya mengapa ini terjadi.
Saat kini ada air mata, jangan pernah lupa, dulu pernah ada senyum dan tawa bahagia..

                     '' When your heart feels rusty, look for a quiet place & make istighfar. ''


, Keimanan




   Di dalam hati ,
   Terdapat kekosongan yang takkan terisi ,
      Kecuali mendekati Ilahi ,
      Rasa Sendiri ,
         Ilahi itu sentiasa merapati ,
              Hanya dengan jambatan keimanan ,
             Baru mampu merasai . 


Khamis, 5 September 2013

, Muhasabah Diri



assalamualaikum para srikandi yang amat disayangi..
 apa khabar iman kalian hari ini?
bagaimana kehidupan kalian setakat ini sebagai hamba kepada Ilahi?
sudah memenuhi tanggungjawab sebagai khalifah di muka bumi?
atau..
masih sibuk memikirkan masalah hati terhadap insan bernama lelaki?
mengalir mutiara-mutiara kaca di pipi kerana terlalu cinta dan rindu pada insan bernama lelaki
masih sibuk dengan soal cinta yang tak pernah sudah
cinta antara manusia yang tak pernah mengundang puas tetapi tiap kali mengundang rasa kecewa dan sengsara
cinta.cinta.cinta
sebelum mahu menyerahkan cinta kepada insan bernama lelaki
sudahkah kita menyerahkan cinta kita kepada Ilahi?
sudahkah kita buktikan cinta kita pada Ilahi?
di mana bukti cinta kita padaNya?
adakah dengan membuang masa mendengar lagu tak berfaedah?
adakah dengan melengahkan seruan solat yang sudah menyeru kita?
adakah dengan berkira-kira berapa bilangan muka surat Al-Quran yang mahu di baca?
di mana buktinya?
bangunkah kita menghadapnya untuk berduaan denganNya?
di mana bukti cinta kita padaNya?
mana?mana?mana?
kita hidup ibarat Dia tidak pernah peduli akan kita
kita hidup ibarat Dia tidak memerhatikan kita
kita hidup berbuat apa yang kita suka buat apa yang kita lihat
'comelnya Lee Min Ho!'
'cantik giler handbag nih!mahal sangat la!'
'pergh, eye liner idaman hati!'
'aku hidup takde boyfrined lg huwwaaaaaa'
'borink la belajar aku nak jadi model!'
'haih, masalah, masalah, boleh tak kalo takde masalah kejap???!!!'
begitulah rutin harian hidup insan bernama manusia
sering mempersoalkan tentang dunia
tak pernah sudah, tak pernah habis tak pernah puas
tetapi jarang sangat kita persoalkan dalam diri kita begini
'eayh, semalam aku tak solat dengan khusyuk pon'
' eayh semalam aku baca Quran pun boleh terbayang cerita cinta yg best tuh'
'eay, semalan aku solat lambat la, all takpela, janji solat,'
'semalam aku pakai tudung tak tutup dada la, malu nya'
inikah bukti cinta kita padaNya?
inikah yang dikatakan hidup dan bernafas dalam jiwa hamba?
inikah yang dikatakan mencintai Allah Yang Esa?
inikah yang dikatakan usaha yang akan mampu membuat kita menggapai syurgaNya?
jika saat ini saat terakhir kita masa kini..
adakah kita telah puas hidup sebagai hamba Ilahi?
dah berpuas hati dengan amalan kita kepada Ilahi?
atau..
masih dikuasai rasa riak ujub dan takbur dalam diri?
sudah cukupkah amalan kita yang dihiasi keikhlasan kerana Ilahi?
sudah cukupkah?
bagaimanakah kualiti amalan kita ?
sudah cukupkah untuk dipersembahkan kepada Ilahi?
sudah cukupkah?
mari kita muhasabah diri kita kembali
adakah selama ini kita sudah benar-benar bernafas dalam jiwa hamba kepada Ilahi~



Tepuk dada . Tanya iman .

Assalamualaikum 



Ahad, 1 September 2013

, Deep



Terkadang, kita jatuh bukan hanya kerana tak nampak lubang di lantai yang menghitam tapi kerana kepala kita terlampau mendongak ke atas awan. 
Megah.
Berangan terbang di awangan.
Mata meliar, mengintai apa yang dihadapan. 
Taksub, terlalu taksub ingin menjadi hartawan.
Sehingga terlupa masih banyak kelemahan. 
Lampu pelita di tangan semakin mengecil. 
Begitu juga dengan Nur di hati. 
Semakin hari, cahaya di hati semakin tipis…
Padam.
Bangun.
Allah bagi masa. 
Allah bagi peluang. 
Kali ini, luruskanlah niat. 
Disiplinkanlah diri. 
Mungkin akan bersinarnya kembali Nur di hati.
Teruskan perjalanan, melangkah pergi. 
Ke Syurga yang Abadi. 
InshaAllah.



“After asking Allah to guide you to the straight path, don’t just stand there … start walking!”