Foto saya
Every heart has a story to tell . And This is mine ♡

Khamis, 5 September 2013

Muhasabah Diri



assalamualaikum para srikandi yang amat disayangi..
 apa khabar iman kalian hari ini?
bagaimana kehidupan kalian setakat ini sebagai hamba kepada Ilahi?
sudah memenuhi tanggungjawab sebagai khalifah di muka bumi?
atau..
masih sibuk memikirkan masalah hati terhadap insan bernama lelaki?
mengalir mutiara-mutiara kaca di pipi kerana terlalu cinta dan rindu pada insan bernama lelaki
masih sibuk dengan soal cinta yang tak pernah sudah
cinta antara manusia yang tak pernah mengundang puas tetapi tiap kali mengundang rasa kecewa dan sengsara
cinta.cinta.cinta
sebelum mahu menyerahkan cinta kepada insan bernama lelaki
sudahkah kita menyerahkan cinta kita kepada Ilahi?
sudahkah kita buktikan cinta kita pada Ilahi?
di mana bukti cinta kita padaNya?
adakah dengan membuang masa mendengar lagu tak berfaedah?
adakah dengan melengahkan seruan solat yang sudah menyeru kita?
adakah dengan berkira-kira berapa bilangan muka surat Al-Quran yang mahu di baca?
di mana buktinya?
bangunkah kita menghadapnya untuk berduaan denganNya?
di mana bukti cinta kita padaNya?
mana?mana?mana?
kita hidup ibarat Dia tidak pernah peduli akan kita
kita hidup ibarat Dia tidak memerhatikan kita
kita hidup berbuat apa yang kita suka buat apa yang kita lihat
'comelnya Lee Min Ho!'
'cantik giler handbag nih!mahal sangat la!'
'pergh, eye liner idaman hati!'
'aku hidup takde boyfrined lg huwwaaaaaa'
'borink la belajar aku nak jadi model!'
'haih, masalah, masalah, boleh tak kalo takde masalah kejap???!!!'
begitulah rutin harian hidup insan bernama manusia
sering mempersoalkan tentang dunia
tak pernah sudah, tak pernah habis tak pernah puas
tetapi jarang sangat kita persoalkan dalam diri kita begini
'eayh, semalam aku tak solat dengan khusyuk pon'
' eayh semalam aku baca Quran pun boleh terbayang cerita cinta yg best tuh'
'eay, semalan aku solat lambat la, all takpela, janji solat,'
'semalam aku pakai tudung tak tutup dada la, malu nya'
inikah bukti cinta kita padaNya?
inikah yang dikatakan hidup dan bernafas dalam jiwa hamba?
inikah yang dikatakan mencintai Allah Yang Esa?
inikah yang dikatakan usaha yang akan mampu membuat kita menggapai syurgaNya?
jika saat ini saat terakhir kita masa kini..
adakah kita telah puas hidup sebagai hamba Ilahi?
dah berpuas hati dengan amalan kita kepada Ilahi?
atau..
masih dikuasai rasa riak ujub dan takbur dalam diri?
sudah cukupkah amalan kita yang dihiasi keikhlasan kerana Ilahi?
sudah cukupkah?
bagaimanakah kualiti amalan kita ?
sudah cukupkah untuk dipersembahkan kepada Ilahi?
sudah cukupkah?
mari kita muhasabah diri kita kembali
adakah selama ini kita sudah benar-benar bernafas dalam jiwa hamba kepada Ilahi~



Tepuk dada . Tanya iman .

Assalamualaikum 



Tiada ulasan: