Terkadang, kita jatuh bukan hanya kerana tak nampak lubang di lantai yang menghitam tapi kerana kepala kita terlampau mendongak ke atas awan.
Megah.
Berangan terbang di awangan.
Mata meliar, mengintai apa yang dihadapan.
Taksub, terlalu taksub ingin menjadi hartawan.
Sehingga terlupa masih banyak kelemahan.
Lampu pelita di tangan semakin mengecil.
Begitu juga dengan Nur di hati.

Semakin hari, cahaya di hati semakin tipis…
Padam.
Padam.
Bangun.
Allah bagi masa.
Allah bagi peluang.
Kali ini, luruskanlah niat.
Disiplinkanlah diri.
Mungkin akan bersinarnya kembali Nur di hati.
Teruskan perjalanan, melangkah pergi.
Teruskan perjalanan, melangkah pergi.
Ke Syurga yang Abadi.
InshaAllah.
“After asking Allah to guide you to the straight path, don’t just stand there … start walking!”
Tiada ulasan:
Catat Ulasan