Foto saya
Every heart has a story to tell . And This is mine ♡

Sabtu, 17 Ogos 2013

#Syurga merinduimu : Hijrah

Sarjan misai dan 1 Abdul .


Hai . Assalamualaikum . Salam Aidilfitri . Hehe

Perkongsian kita petang ni tentang ' Aktifkan Hijrah kita di jalan Allah '

Dah ready ? ok Bismillah .


Sekalian Anak Adam yang ada semuanya bersalah belaka . Sentiasa buat salah . selalu saja tersalah, kecuali Nabi Muhammad SAW .

Namun yang menariknya,insan terbaik daripada sekalian anak adam yang bersalah itulah insan yang mahu bertaubat membersihkan jiwanya .

Anas meriwayatkan sabda Nabi :

'' Semua anak adam adalah bersalah . dan sebaik baik yang bersalah adalah orang yang mahu bertaubat ''

Allah sangat rindu dan gembira menantikan hamba hambanya 'bersalah' yang mahu bertaubat kepadaNya .

Justeru pintu taubat buat seseorang sentiasa terbuka seluas luasnya , selebar lebarnya sehinggalah nyawanya dicabut sampai kerongkongan ghalgharah ataupun kala matahati terbit dari ufuk barat .
Allahuakbar .


RAMAI YANG TELAH KEMBALI KEPADA ALLAH .

Alhamdulilah .
kini ramai hamba Allah yang terlanjur telah menginsafi hakikat ini . Ramai yang tersalah haluan dan tersilap langkah sebelumnya telah kembali ke pangkuan Allah serta tidak mahu berterusan tenggelam dalam lembah dosa dan noda . Inilah hidayah yang tiada tolok bandingnya .
Alhamdulilah

Kalau fasa pertama hidup mereka dulu berlumburan dosa , penuh kecelaruan , dan caca merba maka di fasa kedua hidup mereka mahu penuhkan ia dengan amal soleh , amal islami , muhasabah , mujahadah , menuntut ilmu ,berjuang , berkorban dan berjihat tanpa jemu . Matlamat hidup mereka kini lebih jelas . Hanya untuk Allah dan RasulNya . Hanya untuk islam yang tercinta .

Disini titik muhasabah kita .Bukankah ini kasih sayang Allah yang maha luas rahmatNya ?

Walaupun kita telah hanyut jauh ,Dia masih sudi memanggil kita , menyeru kita , membimbing dan memimpin kita , memberi peluang dan kesempatan pulang kepada kita tanpa mempedulikan siapa kita sebelumnya .
Alhamdulilah . Terima kasih Ya Allah .

USAH BIARKAN HIJRAH KITA MENJADI BEKU DAN TEPU .

Perlu di ingat , hidayah yang Allah kurniakan kepada kita bukan sekadar sebesar besar nikmat malah ia juga sebesar besar amanah .

Dengan hidayah yang memenuhi jiwa kita itu , Allah mahu diri kita menjadi 'asbab' hidayah dan hijrah ramai lagi saudara kita yang lain .

'' kenapa anda tidak turun ke gelanggang dakwah , memberi tazkirah , menyampaikan nasihat , mencatat sesuatu yang baik di laman sosial seperti blog , tumblr , fb dan twitter buat tatapan dan manfaat umum , menulis buku motivasi, menghasilkan drama dakwah dan lain lain lagi?


Jawap mereka '' Oh siapalah kami . kami tidak layak . kami tidak sanggup . carilah orang lain ! ''

Inilah sikap hijrah pasif . Sayang seribu kali sayang . Ini bukan jiwa pemuda pemudi islam sejati . Ini luahan orang yang lemah motivasi diri . Ini adalah perkataan orang yang mengaku kalah sebelum berjuang .

Oh tidak ......

Para sahabat sekalian .

Fahami dan yakinilah  bahawa Allah sangat gembira dengan perubahan dan hijrah kita lebih daripada suka dan gembiranya si Badwi yang bertemu semula dengan untanya yang hilang di padang pasir . 

Jaga diri . Jaga iman . Jaga Aurat . 

Assalamualaikum :)

Tiada ulasan: