Foto saya
Every heart has a story to tell . And This is mine ♡

Jumaat, 16 Ogos 2013

#Syurga Merinduimu : Debu kaki yang bernilai


oh ya . itu kasut abang kitewww . haha Besarrr punya 


Motif letak gambar kaki ?

Yaaaa . Relax . Tarik nafas . Hembus .

Are you ready ?

ok . lets start . Bismillah .

Sebenarnya harini nak share something tentang kaki .

KAKI ?


Sepasang kaki yang Allah kurniakan kepada kita,apakah kita mensyukurinya ?

Firman Allah SWT dalam surah Yassin 36:65 :

''Pada waktu itu kami kunci mulut mereka dan memberi peluang kepada tangan tangan mereka memberitahu kami kesalahan masing masing dan kaki mereka pula menjadi saksi tentang apa yang mereka telah usahakan''

Besar sekali nikmat yang diberikan Allah secara percuma kepada kita iaitu sepasang kaki buat kita berjalan sana sini mencari rezeki Allah di Bumi yang luas ini .

Allahuakbar . Allah Maha Besar .

Sebenarnya ,
sama ada nikmat kaki ataupun nikmat nikmat yang lain , Allah tanya kepada kita, nikmat manakah yang kamu dustakan ? Nikmat manakah yang kamu kufuri ?

Allah berseru dan mengingatkan kita berulang kali dalam surah ar Rahman :

'' Maka nikmat manakah yang kamu dustakan ? ''

dengan sepasang kaki yang sempurna itu kemanakah kita telah melangkah ? kemanakah kaki tersebut dihayunkan ?

Langkah langkah manusia itu ada yang terpuji dan juga sebaliknya sepertimana ucapan lidah . Lidah apabila digunakan untuk berzikir dan membaca Al Quran,maka terpujilah ia dan sebaliknya andai digunakan untuk mengumpat dan memfitnah maka tercelalah ia .

Langkah manusia yang terpuji ialah bilamana sseorang itu melangkah ke jalan yang Allah redhai . Ke jalan yang syarak restui . Itulah langkah langkah di jalan Allah . Contohnya menziarahi sanak saudara , menghadiri majlis majlis agama , menuju solat jumaat (masjid ) , solat jemaah dan sekalian hal yang diredhai Allah .


Manakala .

Langkah manusia yang keji ialah apabila ia melangkah ke arah dosa dan maksiat . Contohnya langkah kearah perzinaan , permusuhan , memutus silaturahim dan kezaliman .

Beruntunglah seseorang itu andai sekalian langkah sepanjang hidupnya adalah Fi Sabililah Taala .

Subhanallah . 

Imam Hassan berkata bahawa terdapat 3 golongan orang yang mendapat naungan pada hari akhirat :

1) Seseorang yang masuk ke masjid kerana Allah Taala . Maka ia sebagai tetamu Allah sehingga ia keluar kembali ke rumahnya .

2) Seseorang yang menziarahi sanak saudara se Islam kerana Allah Taala . Ia termsuk ziarah kepada Allah sehingga ia kembali .

3) Seseorang yang menunaikan haji dan umrah kerana Allah Taala .

lihatlah,siapakah yang lebih menghargai tetamunya selain Allah ?

Allah SWT amat menghargai para tetamuNya sehingga debu yang terinjak dan melekat di kaki mereka itu membuat mereka diharamkan oleh Allah dari api neraka .

Bukan sekadar debu dikaki ....
Bahkan Allah Yang Maha Rahman dan Rahim turut menjelaskan betapa Dia tetap akan memberi nilai kepada kebaikan walaupun ia sekecil atom .

Allahuakbar .



Sekian dahulu perkongsian hari ini .
Assalamualaikum . 

Tiada ulasan: