Foto saya
Every heart has a story to tell . And This is mine ♡

Sabtu, 7 Julai 2012

something about ❤






✿~ Allah memberikan PERTEMUAN agar TAKDIR DICIPTA..
✿~ Allah mewujudkan SAYANG agar kita BOLEH MENGENALI..
✿~ Allah menitipkan RINDU untuk kita SALING MENGINGATI..

Bukan hanya DEKAT DI MATA, bukan jua yang DEKAT BICARANYA..tetapi yang sentiasa DI HATI dan DIINGATI dalam setiap BISIKAN DOA..♥♥


Sahabat, LELAKI YANG BAIK itu ada di mana-mana, tidak semestinya datang dengan kepala berketayap, janggut selambak atau harta membuak-buak..tetapi lelaki yang baik, jika Allah mahukan dia MENEMANI kita sepanjang hayat, MEMBIMBING kelakuan kita, menjaga kemurnian kalbu bersama-sama, MENDIDIK, membuka jalan agar kita dapat memperdalamkan SELOK BELOK AGAMA yang barangkali selama ini hanya menjadi pakaian dan lencana, dan memberikan kita ZURIAT YANG HALAL lagi dirahmatiNya..

Dia akan DATANG apabila tiba masanya..LAMBAT ATAU CEPAT, maafkan saya kerana Allah yang LEBIH MENGETAHUI..kedatangan seorang lelaki dalam kehidupan seorang wanita seperti MANUSIA KUDUNG yang diberikan semula sebelah kakinya, dia MENYEMPURNAKAN kita..apabila kita mempersilakan seorang lelaki DUDUK di samping kita untuk sepanjang hayat, bermakna kita secara langsung juga mempersilakan sekian MASALAHNYA berbaring di bahu kita..

Lelaki memang mendatangkan BAHAGIA..tetapi lelaki juga mendatangkan SENGSARA..namun jika kita BIJAK menatangnya, semuanya pasti baik-baik sahaja..itulah adat dalam perhubungan, yang buruk-buruk pasti ada..barangkali daripada si dia, barangkali juga daripada kita, tetapi kita harus cermat mengimbangkannya agar JODOH BERKEKALAN ke hari tua, dan hingga ke akhirat sana..♥♥

:: Saling bergantung, mencari TEMPAT BERPAUT kala suka dan duka ::



Jika RINDUKAN seseorang, pejamkanlah mata & ucapkanlah :
Bismillahirrahmanirrahim..
Ya Allah Ya Ilahi..
Aku RINDUKANNYA keranaMu..
JAUHKANLAH aku daripada perkara yang membuatkan aku LUPA kepadaMu..
Aku semakin mengerti 'JARAK' ini untuk MENJAGA AKU DAN DIA dari terjebak ke lembah KEMAKSIATAN DAN KEBINASAAN..
Dengan 'jarak' ini aku dan dia BERJANJI UNTUK BERUBAH menjadi yang LEBIH BAIK..
PERBAIKILAH AGAMA dan AKHLAK kami..♥♥


semua NIAT kerana Allah JANGAN DIKEJI tapi DIPIMPIN ke jalan yang DIREDHAI..jika ada orang sebut "SAYA CINTA AWAK KERANA ALLAH..", maka kita sebut "ALHAMDULILLAH..."

SEBABNYA? 

Bukan mudah diri kita ini akan buat orang mengingati Allah..apabila "Allah" disebut maka GEMENTARLAH hati orang beriman..moga cinta kerana Allah akan MENGANJAKKAN kita makin KUAT IBADAH, makin KUAT IMAN..tapi kalau cinta kerana Allah buat kita MAKIN LAYU dan ANGAU SENTIASA, maka ketahuilah kita sedang MEMPERMAINKAN NAMA Allah..

Cintalah seseorang kerana Allah, bukan kerana dirinya MEMBANGKIT NAFSU kita..bukan kerana kita mahu dapatkan KEPUASAN HATI, bukan juga kerana kita ada UDANG DISEBALIK BATU..cintalah seseorang kerana Allah bermaksud orang itu sifat-sifatnya DICINTAI Allah atau Allah sendiri memerintahkan kita mencintainya kerana cinta seseorang kerana Allah adalah sifat cinta kedua selepas tiada yang lebih dicintai SELAIN Allah dan rasul merupakan sifat cinta pertama..♥♥

p/s : Semua orang BERIMAN akan mencintai semua saudara seislamnya kerana Allah..sebab Nabi yang suruh, dan sebab Allah perintahkan..cintalah semua orang kerana Allah dengan cara sunnah nabi s.a.w..InsyaAllah..♥







✿~ Indahnya cinta jika BERPAKSIKAN kepada yang Esa..
✿~ Indahnya cinta jika DICURAHKAN kepada Baginda(Rasulullah)..
✿~ Indahnya cinta jika IBUBAPA dibelai MESRA..
✿~ Indahnya cinta jika tidak DINODAI dengan DOSA..
✿~ Indahnya cinta jika tidak TERKORBANNYA MARUAH yang BERHARGA..
✿~ Indahnya cinta jika diakhiri dengan PERNIKAHAN yang sejahtera..

Tiada ulasan: