Foto saya
Every heart has a story to tell . And This is mine ♡

Rabu, 27 Jun 2012

, TOM TOM bak 6 bulan .,









Daisypath Anniversary tickers


alhamdulilah .. seperti yang dijanjikan,arini aku nak update pasal KAMI :)
pejam celik pejam celik da 6 bulan kami kple .. happy ?? YESS !! mmg aq happy ..happy sgt2 .. 
seriusly,relation kali ni aq ase better dri aq kple time f3..myb dulu cinta kera lg ..tp dgn dye aq rase ni bkn cinta monyet kew cinta ayam kew cinta itik kew .. but  jeng jeng jeng .. tp org ckp jodoh to ditangan Allah ..so,aq hanya mampu berdoa dialah jodoh aq ..amin .
walaupun kdg2 kalo kami xmsj sehari ,boleh naek gler jwpnye ..siyez !! aq rase mcm ade ''something '' yg xkne..
tp aq taw thn ni kami nak SPM ..so,kne kurangkan msj ..tp beselah kan ?? you know me ?? muahaha

oke .. kali ni aq nak cte sket background dye .. walaupon aq xkhatam lg pasl dye :)
name penuh dye ..MZABZ :) dilahirkan pada 23/07/1995 di  ______________.. mempunyai 7 org adik beradik ( xsilap la ) dan merupakan anak sulung ...budak ni    dye ni funny ..n _________( biar aq sorg jew tahu ) muahaha ..

em ..that all for tody  .. :) hahah








Ahad, 24 Jun 2012

, 41 darjat wanita solehah





 1. Doa wanita lebih makbul daripada lelaki karena sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda: “Ibu lebih penyayang daripada Bapak dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia”.
2. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya yaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.
3. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 70 orang lelaki yang soleh.
4. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.
5. Seorang wanita jahat adalah lebih buruk dari daripada 1.000 lelaki jahat.
6. Wanita yang menguli tepung dan gandum dengan Bismillah, Allah akan berkahkan rezekinya.
7. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti menyapu lantai di baitullah 
8. Wanita yang memerah susu binatang dengan Bismillah akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkahan.
9. Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya, derajatnya seumpama orang yang senantiasa menangis karena takut akan Allah dan orang yang takut akan Allah diharamkan api neraka atas tubuhnya.
10. Barang siapa yang membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barang siapa menyukai anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.
11. Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan, lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggung jawab, maka baginya adalah Surga.
12. Daripada Aisyah “Barang siapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang daripada api Neraka.
13. Surga itu dibawah telapak kaki ibu.
14. Apabila memanggil engkau dua orang Ibu Bapakmu, maka jawablah panggilan Ibumu dahulu.
15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya, akan tertutup pintu Neraka dan terbuka pintu-pintu Surga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki tanpa dihisab.
16. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya dan direkannya (serta menjaga shalat dan puasa).
17. Perempuan apabila Shalat 5 waktu, puasa Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu Surga mana saja yang dia kehendaki.
18. Wanita yang melayani dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.
19. Jika wanita melayani suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun Shalat.
20. Aisyah ra berkata “Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab baginda, “Suaminya”. “Siapa pula berhak terhadap lelaki?” Jawab Rasulullah “Ibunya”.
21. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT memasukkan dia ke dalam Surga terlebih dahulu daripada suaminya (10.000 tahun).
22. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat istrinya dengan kasih sayang, akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.
23. Jika wanita memijit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas, jika wanita memijit suami bila disuruh akan mendapatkan pahala 7 tola perak.
24. Wanita yang meninggal dunia dengan keridhoan suaminya akan memasuki Surga.
25. Jika suami mengajarkan istrinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadah.
26. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumah tangganya akan masuk Surga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70.000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam Surga dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.
27. Apabila seorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka berIstighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1.000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1.000 kejahatan.
28. 2 rakaat shalat wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat shalat wanita yang tidak hamil.
29. Wanita yang hamil akan mendapat pahala berpuasa pada siang hari.
30. Wanita yang hamil akan mendapat pahala berpuasa pada malam hari.
31. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah SWT.
32. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun shalat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mangurniakan satu pahala haji.
33. Apabila seorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia daripada dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.
34. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dianggap sebagai mati syahid.
35. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.
36. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup waktu (2 1/2 tahun), maka malaikat-malaikat di langit akan kabarkan berita bahwa Surga wajib baginya.
37. Jika wanita memberi susu badannya (ASI) kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun shalat dan puasa
38. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (ASI) akan dapat satu pahala dari pada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.
39. Apabila semalaman (Ibu) tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT.
40. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari karena menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadah.
41. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah SAW) di dalam Surga.
Allahualam,


Sabtu, 23 Jun 2012







keep calm n think :)








                                 

dear my future husband : i want u to sing this song for me ...


, dilema wanita hari ini ..







Jangankan lelaki biasa, nabi pun terasa sunyi tanpa wanita.
Tanpa mereka, fikiran dan perasaan lelaki akan resah.
Masih mencari walau ada segalanya.
Apa yang tiada dalam syurga?
Namun adam tetap rindukan hawa. 
Dijadikan wanita daripada tulang rusuk yang bengkok.
Untuk diluruskan oleh lelaki.
Tetapi seandainya lelaki itu sendiri tidak lurus,
Mana mungkin kayu yang bengkok menghasilkan bayang yang lurus. 
Luruskanlah wanita dengan jalan yang ditunjuk oleh Allah,
Kerana mereka diciptakan sebegitu rupa oleh Allah.
Didiklah mereka dengan panduan darinya.
Jangan cuba menjinakkan mereka dengan harta, kerana nantinya mereka semakin liar.
Janganlah hiburkan mereka dengan kecantikan, kerana nantinya mereka akan semakin derita.
Kenalkan mereka kepada Allah, zat yang kekal. Di situlah punca kekuatan dunia. 
Akal senipis rambutnya, tebalkanlah ia dengan ilmu.
Hati serapuh kaca, kuatkanlah ia dengan iman…
Perasaan selembut sutera, hiasilah ia dengan akhlak. 
Suburkanlah ia kerana dari situlah nantinya…
Mereka akan lihat nilaian dan keadilan Rab…
Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan suatu kelemahan..
Ia bukan diskriminasi Allah… sebaliknya di situlah kasih dan sayang Allah… 
Wanita yang lupa hakikat kejadiannya…
Pasti tidak akan terhibur, dan tidak akan menghiburkan…
Tanpa iman, ilmu dan akhlak..mereka tidak akan lurus…
Bahkan akan semakin membengkok…
Itulah hakikatnya andai wanita tidak kenal Rabbnya… 
Bila wanita menjadi derhaka… pasti dunia lelaki akan menjadi huru hara….
Lelaki pula janganlah mengharapkan ketaatan semata-mata…
Tapi binalah kepimpinan… 
Pastikan sebelum wanita menuju ilahi, pimpinlah diri kepadanya…
Jinakkan diri kepada allah…
Nescaya akan jinaklah segala-galanya di bawah pimpinanmu…
Janganlah mengharapkan isteri semulia Fatimah Az-Zahra’
Seandainya dirimu tidak sehebat saidina Ali karamallahuwajhah

, 8 sifat wanita solehah .





1. Mendirikan solat
Semua manusia yang sudah mencapai umur baligh diwajibkan keatasnya solat fardu lima waktu sehari semalam. Solat fardu dengan rajin  dan lakukannya solat sunat bagi menampung kekurangan yang terdapat pada solat wajib itu tadi.
2. Menjaga solatnya
Seseorang yang wajib solat dituntut juga khusyuk ketika menunaikan kewajipan itu. Selain khusyuk,menunaikan solat juga dituntut beristiqamah iaitu melakukan solat dengan berterusan mengerjakannya serta menjaga waktunya, ini bermaksud solat itu mesti diawal waktu dan tidak berlengah- lengah.
3. Bersyukur dan redha
Manusia ini biasa mempunyai tabiat yang buruk kerana apabila ditimpakan ujian atau musibah sering mengeluhdan adakalanya seperti menyalahkan takdir. Sebaiknya kita bersyukur dan redha dengan setiap pemberian Allah.
4. Selalu bersedekah
Murah hati adalah sifat yang mulia. Kehidupan akan menjadi indah dan bahagia apabila semua orang ada perasaan ingin saling bantu membantu sesama saudara seagama. Sehingga malikat berdoa agar orang yang rajin memberi sedekah itu Allagh S.W.T akan gantikan dangan ganjaran yang berlipat kali ganda.
5. Menjaga maruah diri
Untuk menjadi wanita solehah hendaklah wanita itu menjaga maruahnya dengan menutup aurat dengan betul.memelihara diri dan kehormatannya serta menjauhi perlakuan yang boleh mendorongnya  melakukan maksiat dan perbuatan keji.
6. Takut murka Allah
Wanita solehah sentiasa patuh kepadaajaran Allah dan menjauhi semua laranganNya. Walaupun  Allah tidak dapat dilihat tetapi sentiasa merasakan Allah itu maha melihat semua perbuatan hambaNya.
7. Menjaga amanah.
Sebagai wanita perlulah menjaga amanah yang telah dipikulkan ke atasnya seperti amanah menjadi seorang isteri, seorang ibu , seorang pekerja, seorang tertangga. Amanah kepada Allah seperti di dalam surah Al-Fatihah , ‘kepada Engkau kami menyembah dan kepada Engkau kami memohon pertolongan.
8. Pandai mengaji Al-Quran
Wanita solehah  selain solat, menjaga solatnya dengan istiqamah, menjaga amanah dan memelihara diri, mestilah juga tahun mengaji quran dan suka /sering menjadikan Quran itu sebagai sahabatnya. Sesungguhnya rumah yang tidak diperdengarkan alunan bacaan Quraan ibarat sebuah kubur.

Isnin, 18 Jun 2012

, kau kekasihku



 

Kau Kekasihku mengisahkan tentang seorang gadis bernama Nadhira yang baru 7 bulan menamatkan pengajiannya. Masih menunggu peluang pekerjaan. Namun hampa. Dalam berat hati dia menerima tawaran untuk menjadi guru gantian di sekolah tempat kakaknya mengajar. Ternyata bidang perguruan itu bukanlah bidangnya. Dia sering menjadi bahan usikan pelajar-pelajar nakal di kelas itu. Ternyata dia gagal mengawal mereka. Akhirnya, dia mengalah dan mencari perkerjaan yang bersesuaian dengan minat dan kursus yang diikuti semasa di kampus.

Nadhira nekad membawa diri ke Kuala Lumpur. Dan nasibnya baik apabila Kak Fiza iaitu teman serumahnya sudi menolongnya. Dan akhirnya dia berjaya mendapat pekerjaan di Syarikat Alam Perdana sebagai setiausaha kepada Datin Suhanim. Nadhira senang berkerja di bawah arahan Datin Suhanim kerana dia merupakan seorang ketua yang baik dan mesra dengan pekerjanya.

Setiap tahun, Syarikat tempat Nadhira berkerja itu akan membuat lawatan untuk staf-staf di syarikat itu. Dan tahun ini, Beijing China menjadi lokasi pilihan mereka. Dan di situlah Nadhira bertemu dengan Zairi Hisham. Jejaka yang mirip dengan pelakon Farid Kamil mengikut usikan teman-temannya.
Banyak kenangan manis mereka bersama di sana. Nadhira merasakan Zairi ada tarikan yang tersendiri sehingga membuatkan dia jadi penasaran seketika.

Sekembalinya dari Beijing, Datin Suhanim mengajaknya ke Rumah Kebajikan sekitar Kuala Lumpur untuk memberi sumbangan kepada mereka yang tidak bernasib baik. Dan di situ dia berkenalan dengan penghuni di rumah tersebut. Sungguh terharu hatinya mendengar sejarah hidup mereka. Dan dia rasa bersyukur sangat kerana nasibnya tidak seperti nasib mereka.

Bertemu semula dengan Zairi dalam keadaan yang terduga. Kehilangan kad yang diberi Zairi mengundang rasa dijiwanya. Ternyata pemuda itu masih mengingati dirinya. Dan mempunyai kesungguhan juga untuk mendekati dirinya. Pertemuan demi pertemuan menyemarakan rasa yang sedia ada di dalam dirinya. Nadhira tidak sedar entah bila dia jatuh sayang kepada jejaka itu. Dia merasakan yang Zairi mengambil berat tentang dirinya.

Dalam pada itu, Razeen iaitu anak kepada Datin Suhanim mula menaruh hati kepadanya. Datin Suhanim pula seakan merestui perbuatan anaknya itu. Walaupun tahu Razeen sudah bertunang dengan gadis mat salih. Dan berita itu benar-benar menbuatkan Zairi rasa tergugat.Di tambah pula dengan kedatangan orang untuk melamar Nadhira di kampung. Walaupun lamaran itu di tolak Nadhira namun masih belum dapat meredakan perasaannya. Lalu dia menghantar rombongan untuk menyunting Nadhira.

Namun Nadhira kecewa. Kebahagian yang diharapkan tidak juga dikecapi. Salah apakah dirinya sehinggakan Zairi enggan 'menyentuh' nya. Nadhira tidak tahu kenapa Zairi bertindak begitu.

Nadhira buntu. Walaupun di akui Zairi adalah seorang suami yang baik dan penyayang. Tapi dia dahagakan belaian dari seorang suami. Dia tidak tahu kepada siapa harus diadukan masalahnya. Dalam diam dia cuba menyelidiki suaminya. Dan alangkah terperanjatnya dia bila mengetahui punca kenapa suaminya bersikap begitu.

Kenyataan itu terbukti benar bila dia bersemuka dengan suaminya. Dan suaminya mengakuinya. Dia tidak menyangka langsung yang suaminya seorang yang 'lemah'.

Lalu dalam kebuntuan dia menceritakan masalahnya kepada Kak Fiza. Dan Kak fiza membawanya berjumpa dengan Ustaz Anuar. Seorang alim ulama yang pandai dalam hal yang sebegini. Dan penjelasan Ustaz itu begitu memeranjatkannya. Menurut ustaz itu, suaminya mengalami gangguan jin yang merupakan satu pengkhianatan.Nadhira menyampaikan maklumat itu kepada suaminya. Tetapi malangnya, Zairi tidak mempercayainya dan buat acuh tak acuh sahaja bila Nadhira menyuruhnya berjumpa dengan Ustaz Anuar.

Reaksi Zairi itu membuatkan Nadhira kecewa dan akhirnya dengan perasaan yang berat dia meminta Zairi melepaskannya. Dan Zairi bersetuju dengan kehendaknya itu.

Namun bukan begitu yang tersirat dalam hatinya. Dia masih menyayangi Zairi dan masih ingin bertahan dalam keadaan yang sudah tersurat untuknya.Tapi dia tidak tahu apakah suaminya juga berkehendakan begitu??

Dalam kekalutan fikiran, Zairi datang semula dalam hidupnya. Menjadikan dia isteri yang selengkap-lengkapnya. Dan bertapa bahagianya Nadhira bila mengetahui yang suaminya telah sembuh dari penyakitnya.

Setelah dua bulan selepas itu Nadhira disahkan mengandung. Namun bahagia yang diharapkan tidak kesampaian bila Nadhira terlibat dalam kemalangan yang meragut anak dalam kandungannya. Nadhira kecewa dan sedih. Namun dia tahu itu ketentuan Tuhan untuk menguji kesabarannya ..

, what the cat ?



ellop elopps .. heheh da lame gler xupdate blog .huhu beselah i busy :P *lempang mulut
eh ,,perkataan to teringt kat someone ==' .. lalala
eh .. da dapat result exam ?? so mcmne ?? oke ?? i hope ok .. 
atau korang xtaw lg .. em jap jap .
http://saps.moe.gov.my/ibubapa2/index.php

haaa,,kalo korang nak tahu klik jew oke then tell me :)

em .k la ..tata !^_^

Jumaat, 8 Jun 2012

, chef ct shu






hello ..oke entry kali ni pasal '' KEOW TEOW '' ..korg kenal keow toew ?? alahh,,yg gitu gitu to .. hahah

arini aq nak tunjukkan cara2 nak mask keow teow ala2 ct shu ..tp keow teow kali ni aq xgne cili kering sbb da abes :) hahah

bahan -bahan :

  1) sekampit  keow teow
  2) bawang besar  
  3) lada burung
  4) sos cili ,kicap ,stok pati ayam ,sedikit gula
  5) bebola ikan
  6) kubis n tauge

cara -caranya :




first of all,panaskan minyak then masukkan bawang n cili ..




then masukkan plak sos cili,kicap n stok pati ayam dan sedikit gula ..
kacau sebati dan masukkan pula bebola ikan.




pasto gaul smpai pekattttt ..




tadaaaa..my keow teow sudah hampir siap ..yummy yummy




n finally masukkan kubis n tauge .. yeyeahh da siap :)


amacam ?? ade gaye mcm chef x ??  CHEF XBERTAULIAH :)
 

Isnin, 4 Jun 2012

, AL QURAN





~Ini adalah satu kisah yang sangat menarik. Semoga dengan cerita ini hati anda akan terbuka tentang membaca Al-Quran. Kisah ini dipetik daripada kisah yang ditulis dalam Bahasa Inggeris. ~

Mengapa Kita Membaca Al-Quran, sedangkan kita tidak memahami sepenuhnya apa yang di baca?.
Ada seorang Atuk tua tinggal bersama cucu lelakinya di sebuah bukit di pendalaman. Setiap pagi Atuk bangun awal pagi duduk di meja makan dan membaca Al-Quran. Cucunya ingin menjadi seperti Atuk dan meniru seberapa boleh akan bacaan yang dibaca oleh Atuknya.

Pada suatu hari cucunya bertanya, ‘Atuk! saya cuba membaca Al-Quran macam Atuk baca tapi saya tak faham pun, dan jika saya faham sekali pun saya akan lupa sebaik sahaja saya menutupinya. Apa bagusnya bila kita membaca Al-Quran?’ Sedang orang tua itu meletakkan arang batu ke dalam dapur pemanas badan, dengan perlahan dia menoleh kepada cucunya sambil berkata, ‘ Bawa guni arang batu ini ke sungai dan bawakan saya seguni air.’

Budak lelaki itu buat seperti apa yang disuruh, tetapi semua air itu membocor keluar sebelum dia sampai ke rumah. Orang tua itu ketawa dan berkata. ‘ Awak hendaklah berjalan lebih cepat untuk yang akan datang,’ dan meminta cucunya ke sungai bersama dengan guni arang batu untuk cuba sekali lagi. Kali ini budak lelaki itu berjalan lebih laju, sekali lagi guni itu kosong sebelum dia tiba ke rumah. Terlalu letih, dia memberitahu Atuknya bahawa mana mungkin untuk membawa air di dalam guni, dan dia pergi untuk mengambil baldi. Orang tua itu berkata, ‘ saya tidak mahu sebaldi air, saya mahu seguni air. Anda tidak cukup kuat mencubanya.’ dan dia 
menuju ke pintu melihat cucunya mencuba lagi.

Pada katika itu, budak lelaki itu sudah tahu bahawa tidak mungkin dapat membawa air di dalam guni hingga ke rumah, tetapi untuk tidak menunjukkan apa-apa reaksi kepada Atuknya dia berlari seberapa laju yang dia boleh, semua air yang di bawa masih membocor keluar sebelum dia sampai ke rumah. Budak lelaki itu sekali lagi pergi ke sungai dan berlari secepat mungkin dengan seguni air, tetapi apabila sampai kepada Atuknya, guni tersebut sekali lagi kosong. Meletihkan, katanya,’ tengok Atuk, tak guna!’ ‘ Jadi anda fikir ianya tidak berguna?’ Orang tua itu berkata,’ tengok guni itu.’

Budak lelaki itu melihat akan guni tersebut dan buat kali pertamanya dia sedar bahawa guni tersebut sudah berubah. Ia telah bertukar daripada guni lama yang kotor bekas arang batu menjadi begitu bersih, luar dan dalam.

‘Cucuku, itulah yang akan berlaku jika anda membaca Al-Quran. Anda mungkin tidak faham ataupun ingat kesemuanya, tetapi apabila anda membacanya, anda akan berubah dengan sedirinya, dalaman dan luaran. Itulah kurniaan Allah s.w.t. dalam kehidupan kita.’~