Foto saya
Every heart has a story to tell . And This is mine ♡

Isnin, 18 Jun 2012

kau kekasihku



 

Kau Kekasihku mengisahkan tentang seorang gadis bernama Nadhira yang baru 7 bulan menamatkan pengajiannya. Masih menunggu peluang pekerjaan. Namun hampa. Dalam berat hati dia menerima tawaran untuk menjadi guru gantian di sekolah tempat kakaknya mengajar. Ternyata bidang perguruan itu bukanlah bidangnya. Dia sering menjadi bahan usikan pelajar-pelajar nakal di kelas itu. Ternyata dia gagal mengawal mereka. Akhirnya, dia mengalah dan mencari perkerjaan yang bersesuaian dengan minat dan kursus yang diikuti semasa di kampus.

Nadhira nekad membawa diri ke Kuala Lumpur. Dan nasibnya baik apabila Kak Fiza iaitu teman serumahnya sudi menolongnya. Dan akhirnya dia berjaya mendapat pekerjaan di Syarikat Alam Perdana sebagai setiausaha kepada Datin Suhanim. Nadhira senang berkerja di bawah arahan Datin Suhanim kerana dia merupakan seorang ketua yang baik dan mesra dengan pekerjanya.

Setiap tahun, Syarikat tempat Nadhira berkerja itu akan membuat lawatan untuk staf-staf di syarikat itu. Dan tahun ini, Beijing China menjadi lokasi pilihan mereka. Dan di situlah Nadhira bertemu dengan Zairi Hisham. Jejaka yang mirip dengan pelakon Farid Kamil mengikut usikan teman-temannya.
Banyak kenangan manis mereka bersama di sana. Nadhira merasakan Zairi ada tarikan yang tersendiri sehingga membuatkan dia jadi penasaran seketika.

Sekembalinya dari Beijing, Datin Suhanim mengajaknya ke Rumah Kebajikan sekitar Kuala Lumpur untuk memberi sumbangan kepada mereka yang tidak bernasib baik. Dan di situ dia berkenalan dengan penghuni di rumah tersebut. Sungguh terharu hatinya mendengar sejarah hidup mereka. Dan dia rasa bersyukur sangat kerana nasibnya tidak seperti nasib mereka.

Bertemu semula dengan Zairi dalam keadaan yang terduga. Kehilangan kad yang diberi Zairi mengundang rasa dijiwanya. Ternyata pemuda itu masih mengingati dirinya. Dan mempunyai kesungguhan juga untuk mendekati dirinya. Pertemuan demi pertemuan menyemarakan rasa yang sedia ada di dalam dirinya. Nadhira tidak sedar entah bila dia jatuh sayang kepada jejaka itu. Dia merasakan yang Zairi mengambil berat tentang dirinya.

Dalam pada itu, Razeen iaitu anak kepada Datin Suhanim mula menaruh hati kepadanya. Datin Suhanim pula seakan merestui perbuatan anaknya itu. Walaupun tahu Razeen sudah bertunang dengan gadis mat salih. Dan berita itu benar-benar menbuatkan Zairi rasa tergugat.Di tambah pula dengan kedatangan orang untuk melamar Nadhira di kampung. Walaupun lamaran itu di tolak Nadhira namun masih belum dapat meredakan perasaannya. Lalu dia menghantar rombongan untuk menyunting Nadhira.

Namun Nadhira kecewa. Kebahagian yang diharapkan tidak juga dikecapi. Salah apakah dirinya sehinggakan Zairi enggan 'menyentuh' nya. Nadhira tidak tahu kenapa Zairi bertindak begitu.

Nadhira buntu. Walaupun di akui Zairi adalah seorang suami yang baik dan penyayang. Tapi dia dahagakan belaian dari seorang suami. Dia tidak tahu kepada siapa harus diadukan masalahnya. Dalam diam dia cuba menyelidiki suaminya. Dan alangkah terperanjatnya dia bila mengetahui punca kenapa suaminya bersikap begitu.

Kenyataan itu terbukti benar bila dia bersemuka dengan suaminya. Dan suaminya mengakuinya. Dia tidak menyangka langsung yang suaminya seorang yang 'lemah'.

Lalu dalam kebuntuan dia menceritakan masalahnya kepada Kak Fiza. Dan Kak fiza membawanya berjumpa dengan Ustaz Anuar. Seorang alim ulama yang pandai dalam hal yang sebegini. Dan penjelasan Ustaz itu begitu memeranjatkannya. Menurut ustaz itu, suaminya mengalami gangguan jin yang merupakan satu pengkhianatan.Nadhira menyampaikan maklumat itu kepada suaminya. Tetapi malangnya, Zairi tidak mempercayainya dan buat acuh tak acuh sahaja bila Nadhira menyuruhnya berjumpa dengan Ustaz Anuar.

Reaksi Zairi itu membuatkan Nadhira kecewa dan akhirnya dengan perasaan yang berat dia meminta Zairi melepaskannya. Dan Zairi bersetuju dengan kehendaknya itu.

Namun bukan begitu yang tersirat dalam hatinya. Dia masih menyayangi Zairi dan masih ingin bertahan dalam keadaan yang sudah tersurat untuknya.Tapi dia tidak tahu apakah suaminya juga berkehendakan begitu??

Dalam kekalutan fikiran, Zairi datang semula dalam hidupnya. Menjadikan dia isteri yang selengkap-lengkapnya. Dan bertapa bahagianya Nadhira bila mengetahui yang suaminya telah sembuh dari penyakitnya.

Setelah dua bulan selepas itu Nadhira disahkan mengandung. Namun bahagia yang diharapkan tidak kesampaian bila Nadhira terlibat dalam kemalangan yang meragut anak dalam kandungannya. Nadhira kecewa dan sedih. Namun dia tahu itu ketentuan Tuhan untuk menguji kesabarannya ..

Tiada ulasan: