Foto saya
Every heart has a story to tell . And This is mine ♡

Rabu, 10 Ogos 2011

11 HIKMAH BERPUASA :)

ASSALAMUALAIKUM SEMUA ...

arini shu nak share sikit tentang hikmah berpuasa :


1. Puasa adalah suatu ibadah untuk mendekatkan diri seorang hamba itu kepada Allah s.w.t dengan meninggalkan perkara-perkara yang mereka sukai yang harus bagi mereka lakukan seperti makan, minum dan berjimak dengan isteri mereka semata-mata inginkan keredaan Allah dan mendapat kejayaan di hari akhirat nanti. Maka terserlahlah ibadat puasa ini dengan mereka mendahulukan kecintaan mereka terhadap Allah daripada diri mereka sendiri dan terhadap akhirat daripada dunia ini.

2. Mengajar kita mengawal dan menguasai diri untuk mendapatkan kebaikan dan kejayaan bagi diri kita sendiri dalam menyempurnakan ibadah ini dan bersabar dalam melakukan ketaatan dan meninggalkan nafsu syahawat kita.

3. Hikmah puasa juga ialah penyebab kepada taqwa, apabila seseorang itu telah menyempurnakan kewajipan puasanya. Firman Allah s.w.t ; "Wahai orang-orang yang beriman diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang terdahulu sebelum kamu moga-moga kamu bertaqwa" [Al-baqarah:183].

Maka seseorang yang berpuasa itu disuruh supaya bertaqwa kepada Allah dengan melakukan apa yang disuruh dan menjauhkan apa yang dilarang dan inilah maksud yang besar daripada puasa itu bukanlah maksud utamanya untuk menyiksa orang yang berpuasa itu dengan meninggalkan makan, minum dan berjimak semata-mata. Nabi s.a.w telah bersabda s.a.w ; " Barangsiapa yang berpuasa tidak meninggalkan perkataan dusta, perkataan sia-sia dan beramal dengannya maka tiadalah hajat bagi Allah untuk menyuruh dia meninggalkan makan dan minumnya (iaitu puasa) " [riwayat bukhari, kitab puasa, bab barangsiapa tidak meninggalkan perkataan dusta, no. Hadis 1903].

4. Hikmah puasa juga ialah orang-orang yang kaya dapat mengetahui dan menilai nikmat Allah Ta’ala terhadapnya. Allah telah mempermudahkan kepadanya untuk memperolehi apa-apa yang dikehendakinya seperti makanan, minuman, perkahwinan dan apa-apa yang dibenarkan oleh syariat Allah maka mereka pun bersyukur kepada Allah di atas sekelian nikmat tersebut dan mereka tidak lupa terhadap saudara-saudara mereka yang miskin lalu mereka pun bermurah hati untuk bersedekah dan berbuat baik terhadap mereka.

5. Hikmah puasa juga ialah menjaga kesihatan tubuh badan hasil daripada berlapar diri pada siang hari sekaligus dapat memberi rehat kepada sistem penghadaman dan mengeluarkan simpanan makanan kita yang telah Allah ciptakan dalam tubuh kita yang menyebabkan keracunan dan mudarat terhadap tubuh kita.

6. Faedah puasa ialah mendidik insan untuk bersabar dengan mereka mendidik diri mereka untuk meninggalkan segala keinginan dirinya secara taat dan sukarela dan ianya dapat memberi kekuatan kepada orang-orang yang sentiasa melakukan maksiat untuk belajar meninggalkan segala maksiat yang dilakukannya dan menjauhkan diri daripada maksiat tersebut.

7. Dapat mempermudahkan kepada seseorang itu untuk melakukan segala ketaatan, perkara ini telah nyata daripada orang yang berpuasa, mereka sentiasa berlumba-lumba untuk melakukan segala ketaatan yang sebelum ini mereka malas untuk melakukannya seperti membaca Al-Quran, bersedekah, solat malam dan sebagainya.


8. Faedah puasa juga ialah dapat melembutkan hati dan menjinakkannya untuk mengingati Allah dan memutuskan dirinya daripada segala kesibukan dunianya.

9. Faedah puasa juga ialah terdetiknya di dalam hati orang yang berpuasa rasa cinta kepada perkara-perkara ketaatan dan timbul perasaan benci kepada segala perkara maksiat secara berterusan sekaligus dapat memperbetulkan kefahaman insan dan peribadinya dalam kehidupan ini.

10. Dapat melemahkan tuntutan syahwat. Nabi s.a.w telah menjadikan puasa ini sebagai perisai kepada pemuda sebagaimana yang disebut di dalam sebuah hadis ; " Wahai sekelian pemuda! Barangsiapa di kalangan kamu yang mampu untuk berkahwin maka berkahwinlah kerana sesungguhnya ianya dapat merendahkan pandangan dan memperlihara kemaluan dan barangsiapa yang tidak mampu maka hendaklah mereka berpuasa kerana ianya adalah perisai bagi kamu " [riwayat Bukhari, kitab nikah, bab barangsiapa yang mampu kahwin, no. Hadis 5066]

11. Dapat mengembalikan peraturan dan mengajar menepati masa dengan kita sama-sama menepati masa untuk berbuka dan mengakhiri waktu sahur kerana tiada seorang pun yang sengaja ingin memlengah-lengahkan masa untuk berbuka puasa, mereka sentiasa menanti-nantikan suara azan maghrib berkumandang.



1 ulasan:

aiman mania berkata...

thumbs up!!sarat dengan informasi2 berguna !!great!!aiman nak sentuh sal remaja....aiman sokong 100% tentang apa yg diperkatakan...bnyak gejala2 sosial yg melibatkan remaja...sampai muak nak baca....macam replay bndew yg sama....harap2 remaja2 cam aiman kat luar sana cepat2 insaf...peringatan tuk dirik sendirik dan semua!selamat berpuasa kak!