Foto saya
Every heart has a story to tell . And This is mine ♡

Sabtu, 18 Jun 2011

larangan memakai gelang loceng..

apakah hukum memakai gelang kaki dalam kalangan wanita islam ?





jawapan :

apabila seseorang wanita itu menjaga auratnya di hadapan bukan mahram,ia bukan sahaja menjaga maruah dirinya ,malah menjaga maruah wanita mukmin seluruhnya..maruah dan harga diri wanita bergitu tinggi dan bernilai.
wanita islam wajib menjaga auratnya seperti yang dijelakan dalam firman Allah yang bermaksud :'' dan katakanlah kepada perempuan2 yang beriman supaya menyekat pandangan mereka dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasn tubuh mereka melainkan kepada suami,bapa,bapa mertua,anak mereka,@ anak tiri @ saudara mereka,anak sedara lelaki @ perempuan,sesama perempuan islam,dan kanak2 yang masih tidak mengerti lagi pasal aurat perempuan dan janganlah kamu menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubtlah kamu sekalian kepada Allah supaya kamu berjaya ''

( surah an-nur : ayat 31 )

menutup aurat bukan sekadr memakai tudung semata2,tetapi ia merangkumi aspek keseluruhan tubuh seseorang wanita..haram bagi seseorang wanita mendedahkan auratnya kepada lelki yang bukan mahramnya seperti yang dijelaskan dalam ayat tadi...perlu dijelaskan kerana kegagalan menjaga aurat menyebabkan ramai wanita sekarang dicampakn ke dalam neraka..
ini dijelaskan lagi dalam sabda Nabi Muhammad SAW yang bermaksud : ' perempuan2 yang memakai pakaian ,tetapi masih dalam keadaan seperti bertelanjang ( emndedahkan aurat ) sehingga memalingkan lelaki anjabi ke atas mereka ,kepala mereka seperti bonggol unta khurasan dan tidak akan masuk syurga dan tidak akn mencium bau syurga juga..'

riayat muslim..

etika pemakaian menutup aurat yang sempurna adalah seperti berikut :

a) pakaian hendaklah longgar
b) tidak ketat dan tidak jarang sehingga menampakan susuk tubuh badan
c) tidak memakai wangi-wangian secara berlebihan
d) pakaian hendaklah tidak meyerupai pakaian orang kafir




cara pemakaian yang amat membimbangkan kini apabila ramai kaum hawa memakai tudung dikepala ,tetapi masih berpakaian ketat dan nipis sehingga menampakkan tubuh badan..
islam melarang wanita mukmin memakai gelang berloceng karana ia bleh mengeluarkan bunyi apabila bergerak..ini boleh mendatngkn fitnh dan menarik perhatian orang lain seterusnya bleh mewujudkan pergaulan bebas yang dilarang dalam islam seperti yang dijelaskan dalam ayat tadi..


dipetik dari :surat khabar kosmo : jumaat 17 jun 2011..


terima kasih....

Tiada ulasan: