Foto saya
Every heart has a story to tell . And This is mine ♡

Jumaat, 11 Oktober 2013

Ehemm ...

Hai .

Haaa baru ada masa nak update blog . Hahaha *tolong jgn percaya*

Entry kali ni tentang shisheido .

korang tahu dok ape tu shiseido ?


Shiseido Black Mask adalah peel off mask yang berfungsi untuk membuang 
blackhead dan whitehead, bulu halus di muka dan jadikan muka lebih licin dan bersih.


Hmm semalam godek godek insta pastu terjumpa 1 gambar izzue pakai mask .

Tapi bukan jenis topeng . Ni jenis cecair yang tempek2 kat tempat tertentu je .

untuk menhilangkan bintik bintik hitam katanya .

sebelum ni pun kak fatin pernah buat entry tentang mask yang izzue pakai tu .

Tapi al maklumlah tak penah pulak kite jumpa benda alah tu kat kawasan sini =='

mereka pakai spesis warna purple punya , tapi yg ni special sikit .

special tang warna dia . Black colour ok .

Mask tu kami beli dekat cikgu praktikal . Kahkah beli 12 habaq hang .

Bukan selalu .

Yang sebenarnya kami kongsi 4 orang . muahaha

cara nak guna ?



1. Cuci muka dulu bagi bersih. Then lap sampai kering.
2.Sebaik-baiknya steam kan wajah dengan air panas selama sekurang-kurangnya
10 -15 minit. Ini bertujuan utk membesarkan pori-pori & memudahkan pembersihan
jeragat. Dah siap, lap bagi kering ya kulit muka anda.
3. Buka shiseido mask dan sapu ke kawasan muka. Boleh sapu seluruh muka
ataupun dekat certain tempat saja, contohnya hidung. (Make sure jangan 
kena bahagian kening, mata dan bibir).
4. Sapu bagi tebal sampai tak nampak kawasan kulit muka. Boleh sapu guna
jari sebab senang nak bagi rata.
5. Tunggu bagi kering dalam 15-30 minit. Sampai betul-betul kering ya.
6. Bila dah betul-betul kering, tarik masker dari bahagian hujung ke kawasan 
tengah slow-slow. Korang dapat tengok blackhead yang melekat.
7. Cuci muka and kalau ada tonner sapukan tonner untuk menutup
pori-pori. Kalau tak de, basuh je dengan air dingin.



Boleh guna 1 atau 2 kali seminggu. Kalau guna untuk bahagian hidung saja,
satu sachet boleh guna untuk 2 atau 3 kali penggunaan. Make sure simpan dalam 
bekas tertutup. Jangan guna 1 pek sekali pakai, memadai hanya 
pakai sederhana tebal sahaja.






Alah senang je nak pakai . sambil pejam pun boleh buat .

sekian :)



Tiada ulasan: