Foto saya
Every heart has a story to tell . And This is mine ♡

Selasa, 13 Ogos 2013

#Part2 Salam Lebaran



Fatih seferagic dah kawin .
'MA' pun da kawin .
Bila pulak turn aku ? Hahahahaha
Eh ? lari tajuk nampaknya . lol
Ok ok gurau je . Hahaha

Assalamualaikum . Salam Aidilfitri .

Seperti yang telah dijanjikan janjikan . harini i hadir merajinkan diri meng----u-p-d-a-t-e ‘long entry’ berkaitan Syawal 2013 . Anugerah Syawal Seindah Ramadhan . Alhamdulilah .
Oh yaa . Sebelum bercerita panjang lebar i dengan suka rela nak bagitau yang tahun ni raya kat Jerantut .




 Raya pertama

Alhamdulilah . Tahun ini best sangat . Tambah2 lagi malam raya . Fulamak sumpah best gilerrrr bak hang . Malam tu time mak mak sibuk bergendang kat dapur kami sepupu sepapat pg keluar main mercun . Hahaha molek sungguh . Tapi yang paling awesomenye aku lah yang paling 'muda' kat situ :p. Yang besar2 semua dalam rumah duk tengok tv n mengonline . Aku ? Hahahaha .
bukan apa , sebenarnya aku 'menjaga'mereka . Takut kang ada yang terputus tangan . sapa yang susah
 ? Aku jugak . Fuhhh *tiuptudung
Lepas mercun kami habis, kami g tengok pulak jiran sebelah main mercun dengan harapan mereka share mercun mereka dengan kami sikit . Hahaha buruk perangai --' Tapi bukan ke 'sharing is caring . Caring is loving '. Tak gitu ? hehehe
Raya pertama i , mak n adik bersepakat nak pakai jubah pagi tu . Huhu sepakat kato ko :p
kebetulan pulak ramai sepupu sepapat aku yang pakai jubah . Macam2 warna ada . Nasib baik la yg colourfull tak dak kang jenuh tok n tokwan berpinorrr nak tengok . Haaa amikawww


Malam pulak macam biasa 'teman' bebudak main mercun . Tapi kali ni sepupu sepapat yang besar2 semua join . Nahhh meriah jangan nak cakap la !
duble triple meriah 
Raya kedua

Pagi tu aku dikejutkan dengan satu tangisan . Jeng jeng jeng
Rupa rupanya tok jatuh time nak solat subuh . Hmm kesian sangat .
Kami kaum kerabat ingatkan cuma sakit biasa . Lepas urut2 ingatkan boleh baik tapi tok still nangis .
Andak bawak ke hospital Jerantut . Bila xray nahhhhh .... bukan sakit biasa tu !
Tulang punggong tok patah . Pastu Dr suruh transfer ke Hospital Temerloh pulak . 
Kami bebudak tinggal kat rumah . Yang besar2 je ikut tokwan g Hospital . 
So kesimpulannya pagi tu kami tak beraya ..................................................... *The end*


Pakai baju kurung dan duduk rumah diam diam . Tak ke comel tu ?

Raya Ketiga

Pagi ni kami semua bersiap2 untuk melawat tok dekat Hospital Temerloh . Lama jugak la nak sampai kat sana .  Kalau buat kek batik pun dah boleh makan . Dengan jalam jem nya lagi . Sabor jelah kome =_=


disebabkan masih dalam MOOD raya so apa lagi baju kurung laaaaa .. huhu
Tapi kami berlapan je pakai baju kurung . Sedara aku yang lain pakai jubah . Lagipun sorang tu berpurdah so dia lebih selesa pakai jubah setiap masa . Dalam rumah je pakai bju kurung . Pakai tshirt jarang sekali . Dia muda 2 tahun dari aku . Tapi tinggi mengalahkan aku . Hahaha *bajettinggi
Petang tu makan nasi ayam dekat karak . Saja je bagitau sebab dah lama tak makan nasi ayam yang betul2 nasi ayam . hahahaha PERFECT gitueww! 

Raya Keempat

Lepas breakfast kami beransur pulang ke rumah . Huhu Say goodbye to Jerantut and Say Hai to perak . Konvoi sekali dengan andak sebab dia tinggal selangor. Jalan sehala je .



Hmm . That All for today .
Alhamdulilah . Harini tok da selamat operate .
Jantung semua ok .
Esok ada terapi .
Doakan tok saya cepat sembuh yeeeee :)


Assalamualaikum . Salam Aidilfitri .

Tiada ulasan: