Foto saya
Every heart has a story to tell . And This is mine ♡

Rabu, 19 Jun 2013

All bout Rindus


Rindu . Aku rindu diyana . Aku rindu moksu . Aku rindu black . Aku rindu idris . Aku rindu fakrul . Aku rindu hakim . Aku rindu poksu . Aku rindu mey . Aku rindu pemilik kromosom 'xxy' . Ya aku sangat sangat dan tersangat rindukan mereka . Aku sangat rindukan 5 ibnu khaldun . Aku sangat rindukan kenangan di antara kita semua selama hampir 5 tahun kita bersama . Nangis tawa suka duka dikongsi bersama . eceh .

Rindu kenangan ‘bergosip’ di makmal fizik dengan diyana dan idris . ya 1 kumbang 2 bunga itulah yang kejenya asyik dok pok pek pok pek dari a hingga z yang ntahapaapantah  .ok whatever . apa lu kesah ? Yang penting kami masing masing memahami antara satu sama lain . Aku faham perangai ko . Ko faham perangai aku . Kita faham perangai masing masing . bereh .

Rindu nak kena denda dengan sir akibat tak siap homework . Ya kita selalu kena denda sama sama . kutip batu sama sama . duduk kat luar makmal sama sama . Bebudak lain tengok kita malu sama sama . hehe bestkan kenangan kita ? denda macam bebudak menengah rendah tapi itulah yang special . korang ado ?

Rindu kenangan di makmal bio . rindu nak dengar sir panggil aku ‘ct shu’ . rindu nak dengar sir membebel  tiap kali bentang result exam . rindu nak dengar sir gelak sambil urut2 dada . rindu rindu serindunya . Rindu nak dengar sir panggil ‘ ct shu ‘ dan ’ yati ‘ sebab selalu terkikik kikik time sir buat lawak . Bila kami cakap slow2 pun sir dengar . hebat kan sir bio kami ?  well anak murid dia pun hebat jugak . Bak kata pepatah ‘bagaimana acuan bergitulah kuihnya ‘ tak gitu anak anak ?

Rindu nak belajar kimia walaupun aku dengan kimia memang tidak ada chemistry lansung . Fuhhh markah kimia tak penah membanggakan dari tingkatan 4 hinggalah zaman kemuncak SPM .  mengapa ? Kerana kimia jahat dengan ct shu . kerana kimia kejam dengan ct shu . kerana kimia dengan ct shu memang tak de ‘kimia’ sejak azali . eh ? ok tipu je . Actually secara jujurnya aku memang tak mood langsung time study kimia . Hanya selak . selak . dan selak . dan akhirnya zzzzz . ya . itulah kenyataannya . Sesungguhnya hanya Allah yang mengetahui . Chewahh

Rindu makmal matematik . ya disinilah aku menghabiskan masa sepanjang budak PMR exam hang tau ?  makmal yang boleh dikatakan mewah kerana ada air cond . sejuk . nyaman . bahagia  dan bebas dari bau bauan yang menyengat hidung . erghh  di sini lah tempat aku menjadi mentor kepada hafiz and hakim sehingga mereka mendapat A dalam SPM . sape tak happy mentee dia dapat A woi ? bajet . hahaha antara kenangan yang paling lawak ialah before SPM math paper2  hafiz tanya aku soalan 1 masuk apa . pergh aku dengan konfidentnya menjawap soalan A padahal B yang masuk . hahahahaha  im so sorry hafiz . Ini adalah takdir Allah . Tapi alhamdulilah korang dapat A jugak . berbaloi usaha korang yang tak jemu jemu mengadap buku hijau tebal tu tiap hari .

Rindu nak jadi mc walaupun aku sebenarnya segan tahap giga . ittew segan angat awaksss . ittew egan bila tercacul cacul macam erghhh . ittew egan angat bila org peracan yg tangan ittew bergetaq getaq macam si lelaki nak pegang tangan tok kadi time nikah . Dan kenangan paling best kat tapak perimpunan tu ialah sewaktu form3 dimana aku ditugaskan untuk memberi air yassin kepada  budak2  form5 2010 . ya dia amik air yassin yang aku pegang . woooo berbunga bunga hati habaq hang . dan yang paling sengalnya boleh pulak dia senyum dan aku sempat wish ‘ GOOD LUCK ‘ lagi *tutup muka . ya ya ya aku ingat lagi bertapa manisnya senyumanmu . erghhh meroyannnnnnn ! tapi itu kenangan yang agak POYO POYO POYO  yang pernah aku lalui . Well time tu form3 kut . Aku masih bebudak yang belum cukup matang atau perkataan yang lebih dasyat ‘hang tu budak hingusan lagi mana tau apa’ . tapi tapi hmmm whatever  .  keep calm and life must go on . May Allah bless forever and always .

Kawan kawan . aku rindukan korang sangat . semoga persahabatan yang terjalin antara kita diredhai Allah . Jaga diri .Jaga iman . Jaga akhlak . In sha Allah hidup bahagia dunia akhirat .




oh yahh . do you miss me ? krik krik krik . erk weird . so weird . haha




kenangan 1 : Johan kawad kaki rumah kenyalang 2013



kenangan 2 : Tusyen math 



kenangan 3 : Majlis sambutan hari raya di sekolah .



kenangan 4 : beraya di rumah mama aka guru kelas 4 khaldun 2012



kenangan 5 : di lab kimia . see ? rajin tak kak ton ?



kenangan 6 : time SPM paper math .



kenangan 7 : Jamuan kelas .



kenangan 8 : 5 inbu khladun tetap dihati 



kenangan 9 : Teruna 5 ibnu khaldun with mama aida 



kenangan 10 : kem di UPSI



kenangan 11 : kem di UITM




kenangan 12 : meniti hari terakhir sebagai senior  






Tiada ulasan: