Foto saya
Every heart has a story to tell . And This is mine ♡

Khamis, 5 April 2012




Wanita lebih menghairahkan berbanding lelaki.
Wanita nampak lebih menghairahkan jika menayang auratnya.
Tambahan pula jika mereka memiliki aset yang gebu dan montok.
Lelaki pula dipandang selekeh walaupun hanya berselipar dan berseluar pendek menayang bulu kaki yang lebat. Bernafsukah perempuan tengok?Kebiasaannya, jika perempuan ternampak lelaki bogel, mereka akan tutup mata.
T...etapi, jika lelaki ternampak perempuan bogel, terbeliak biji mata.
Ada kes perempuan rogol lelaki? Jika ada, pasti mengundang reaksi luar biasa. Berbanding kes lelaki rogol perempuan yang boleh dikatakan perkara biasa dan muak untuk didengar kerana terlalu kerap terpampang di dada-dada akhbar.

Jadi, mungkin inilah antara sebab orang ramai lebih memberi fokus kepada aurat perempuan berbanding aurat Lelaki. Kerana aurat perempuan lebih berat dan menjadi beban kepada orang lain. Kami semua sangat menyayangi anda. Tetapi, kenapa kamu tidak mahu menyayangi kami? Kenapa kamu tiada belas ihsan membiarkan ayah, saudara lelaki dan anak lelaki menanggung dosa-dosa kamu semua? Jika wanita sayangkan lelaki, tutuplah aurat. Kami tidak sanggup menemani anda di neraka.Walaubagaimanapun, ini bukanlah alasan untuk kaum lelaki memandang remeh bab aurat. Aurat lelaki tetap wajib ditutup. Entry ini hanya sebagai jawapan kepada yang suka mengeluh, kenapa orang ramai asyik fokus bab aurat wanita sahaja.

Aurat wanita juga penyebab ramai lelaki ke neraka.
Daya tarikan wanita sangat hebat kerana mampu menarik golongan ayah, suami, abang, saudara lelaki dan anak-anak lelakinya sebagai teman ke neraka.
Kaum lelaki terpaksa menanggung dosa wanita yang tidak menutup aurat kerana kegagalan membimbingnya.
Jika lelaki tidak menutup aurat, wanita tidak perlu menanggung dosa lelaki.
Aurat wanita amat dititik beratkan kerana mudah timbul fitnah dan mengundang maksiat. Dengan hanya melihat rambut pun sudah cukup untuk menaikkan syahwat lelaki. Mendedahkan diri ke arah lembah penzinaan. Risiko untuk lelaki memuaskan nafsu dengan tangan sendiri juga tinggi.

kalau ISLAm, ikut cara ISLAM...
kuatkan IMAN!!!
"TEPUK DADA TANYE IMAN"!!!!!!

Tiada ulasan: