Foto saya
Every heart has a story to tell . And This is mine ♡

Sabtu, 25 Februari 2012

seagung cinta JULAIBIB

ASSALAMUALAIKUM




KARYA IMAM MUDA : MOHD HASAN ADLI YAHYA

''cinta bukan hanya dimata ,cinta hadir di dalam jiwa .biarlah salah dimata mereka .biar perbezaan terlihat antara kita''.itulah antara bait lagu suci dalam debu nyanyian kumpulan iklim dan pernah menjadi siulan remaja suatu ketika dahulu.
itulah kehebatan cinta serta kesucian cinta diciptakan Allah SWT dalam setiap diri manusia.Allah ciptakan cinta tanpa dapat dilihat disentuh namun dapat dirasai oleh manusia.
cinta lelaki kepada seorang wanita adalah perasaan insani bersumber daripada fitrah Allah dalam diri manusia,iaitu kecenderungan kepada lawan jantinanya sebagai saling melengkapi diantara satu sama lain.Allah berfirman dalam surah AR-RUM ayat 21 yang bermaksud ' dan diantara tanda2 kekuasaanNYA adalah DIA menciptakan untukmu ( kaum lelaki ) isteri2 dari sejenismu sendiri supaya kamu bersenagn hati''.
istilah cinta terlalu indah ,bicara mengenai cinta pula kadangkala boleh meremangkan bulu roma.apatah lagi bagi remaja yang ghairah mencari cinta datang dan pergi silih berganti.
saya umpamakan cinta sebagai satu masakn.
keenakkan suatu masakan bergantung kepada bahan yang kita gunakan.jika bagus kualitinya bagus jugalah masakan itu.
bergitu juga dengan perihal cinta.untuk mendapatkan kemanisan cinta sejati ,tentu ramuannya perlu sempurna,
pergaulan hendaklah sentiasa dibatasi.paling utama ,panduan serta tunjuk ajar agama perlu ditaati agar cinta yang didamba bukan cinta yang dimurkai.zaman ini sukar bertemu cinta yang benar2 ikhlas kerana Allah SWT.
apabila berbicara soal cinta ,saya teringat sahabat rasulullah SAW yang bernama Junaibib.
junaibib adalah seorang pemuda yang kurang elok paras rupanya.pendek kata wanita lebih rela membujang daripada berkahwin dengan junaibib.
suatu hari rasulullah SAW mengajak julaibib ke rumah sebuah keluarga yang mempunyai seorang anak gadis yang rupawan.
berjumpalah rasulullah dengan bapa perempuan itu lalu melamarnya untuk julaibib.
si bpa tersentak apabila rasulullah menyebut nama julaibib.
tetapi tidak bagi gadis itu,si gadis berkata kepada kedua ibu bapanya .
'' adakah ibu dan ayh sanggup menolak pinangan daripada kekasih Allah ? jika pinangan itu daripada kekasih Allah tentu ada kebaikannya''.
kemudian menikahlah gadis itu dengan julaibib.namuntidak lama selepas itu julaibib terkorban ketika menyertai peperangan bersama rasulullah.rasulullah sendiri yang mendukung julaibib dan meletakkan tubuh syahidnya di dalam liang lahad.rasulullah memuliakan julaibib.lalu berebut2;ah para sahabat untuk mengawini balu julaibib dan akhirnya gadis itu berkahwin dengan sahabat nabi muhammad yang bernama saad bin ubadah,hartawan terkenal zaman itu.
inilah kisah yang dapat memberi panduan kepada kita menyintai seseorang itu kerana agama bukan nafsu semata-mata..
bak kata pepatah'' cintakan bunga ,bunga akan layu..cintakan Allah kekal selama-lamanya ''.
paling utama,turutilah batas agama supaya cinta kekal hingga ke syurga.apabila mencintai seseorang ,pasang niat untuk mengahwininya supaya tidak menjadi sia-sia.
cari jalan untuk mencintai seseorang itu kerana Allah SWT.

Tiada ulasan: