Foto saya
Every heart has a story to tell . And This is mine ♡

Jumaat, 22 Julai 2011

petua pelajar cemerlang dri DR FAZILAH KAMSAH :)

Berikut merupakan petua-petua dan ciri-ciri yang ada pada pelajar cemerlang, dari Dr Fadzilah Kamsah. Pelajar cemerlang akan:

-Menggunakan kedua-dua belah otak kanan & kiri. Ini dapat dilakukan dengan membuat aktiviti merangsang kedua-dua belah otak tersebut.
-Merangsang kesemua deria dalam pembelajaran. Kajian menunjukkan bahawa:


-kita ingat 10% apa yang dibaca
-kita ingat 20% apa yang didengar
-kita ingat 50% apa yang didengar & dilihat
-kita ingat 70% apa yang dicakapkan
-kita ingat 90% setelah dipraktikkan

-Belajar secara aktif dengan pen/pensil ditangan.
-Belajar 3 jam sehari atau 20 jam seminggu (tidak termasuk kerja rumah).
-Belajar dalam persekitaran kondusif.
-pastikan cahaya adalah terang
-kurangkan gangguan bunyi
-tampal poster yang mengandungi slogan yang menaikkan semangat belajar
-tampal gambar-gambar yang menenangkan fikiran
-kerusi dan meja menghadap kiblat
-jangan lupa untuk senyum
-Tidak ponteng kelas. Kalau tertinggal kelas, salin nota dari rakan.
-Mengulang kaji menggunakan kaedah 'output learning' iaitu belajar untuk melatih otak n menggunakan maklumat yang terkumpul. Ini dapat dilakukan dengan membaca buku/nota, ingat kembali, lakar/tulis, sebut apa yang difahami, dan jawab soalan.

* Tahu teknik merangsang memori:

-memasukkan maklumat dalam memori (registration)
-menyimpan maklumat dalam sel memori (retention)
-mengingat kembali (recall)
-menggunakan maklumat untuk menjawab soalan atau kegunaan lain (application)

* Sentiasa awal dan mendahului:

-persediaan awal akan memberikan permulaan yang baik dan memberi tanggapan yang positif pada guru.
-pelajar yang mendapat A pada ujian lazimnya akan dapat mengekalkan kejayaannya.
-belajar awal ketika tiada tekanan adalah tidak membosankan.
untuk sentiasa awal dan mendahului, bacalah dahulu sekali atau 2 kali sebelum guru mengajar.
-Berbuat baik dengan guru. Setiasa hormati dan sayangi guru.

* Mempunyai teknik membaca yang betul:

-duduk dengan tegak & bernafas dengan betul
-memberikan tumpuan sepanuhnya
-menggunakan jari telunjuk untuk membaca
-menyesuaikan kelajuan membaca dengan kesukaran bahan bacaan
-sentiasa mengawasi pencuri waktu belajar iaitu angan-angan kosong, bertangguh & malas.
-Membaca doa penerang hati setiap kali selepas sembahyang, sebelum mengulangkaji, dan sebelum menghadapi peperiksaan.
-Tidak membuang masa dengan belajar ketika letih.
-Mengadakan rehat sebentar setiap 20 minit mengulangkaji.
-Belajar mengikut waktu yang sesuai dengan diri (study according to your biological clock). Bagaimanapun, perlu tahu waktu-waktu yang sesuai untuk belajar iaitu sebelum tidur, selepas bangun tidur, selepas mandi air panas, selepas baca al-quran/zikir selepas riadah dan selepas berdoa.
-Mengulang kaji secepat mungkin. Ulang kaji ringkas selepas belajar (kita akan lupa 80% selepas belajar).
-Mengulang kaji secara bersendirian atau berkumpulan.
-Tahu mengulang kaji adalah aktiviti pembelajaran terpenting sebelum peperiksaan.
-Mengulang kaji pelajaran berulang-ulang kali.
-Mengulang kaji apabila mulai terlupa.

* Tahu petua mengulang kaji:

-cari tempat yang tenang dan serasi dengan jiwa kita
-siapkan semua 'bekalan' dengan sempurna
-duduk tegak dikerusi yang selesa
-baca doa penerang hati
-baca buku atau nota mengikut teknik membaca yang betul
-fikir dan ingat kembali isi utama
-catat/lakar
-semak semula ketepatan maklumat
-ulang sebut atau ceritakan pada orang lain
-buat rumusan
-jawab soalan
-tampal maklumat yang rumit di dinding
-baca doa tanda kesyukuran selepas belaja

* Tahu petua-petua agar tidak lupa:

-jangan makan kepala ikan
-jangan makan organ dalaman
-jangan minum semasa makan
-jangan minum atau makan makanan yang tercemar oleh semut
-jangan melihat kemaluan
-jangan melihat buih
-jangan membaca nama pada batu nisan
-banyakkan makan makanan yang mengandungi soya seperti tempe, tauhu dan lain-lain
-banyakkan makan kismis, kurma dan madu
-banyakkan makan kekacang
-pakai minyak wangi ketika belajar atau menghadapi peperiksaan
-jangan makan sehingga terlalu kenyang
-jangan kencing berdiri



nota : dengan ini mudah-mudahan kita semua akan berjaya :) aminn

Tiada ulasan: