Foto saya
Every heart has a story to tell . And This is mine ♡

Rabu, 30 Oktober 2013




susahnya nak jadi permanently baik.
susahnya nak jaga pandangan.

susahnya nak jaga iman.
susahnya penghijrahan.
tapi hakikatnya yang susah itu mahal.
limited edition.
jadi baik tu susah sebab dia mahal.
tak semua orang mampu.
but i keep trying to be better than yesterday.


when i think about the past me, i was ashamed.
lumrah bila berubah, orang mula mengata.

tapi mereka belum faham.
belum mengerti jadi abaikan mereka.
they won’t affect our change if we’re not letting them to do so.
rasa fed up bila orang pandang sinis konon kita ni ‘bajet alim’.
kejadah semua tu?

macam aku cakap tadi, abaikan.
akhir zaman, jadi baik tu perkara pelik.
i kept repeating the same quote over and over again.
biarlah abnormal di mata manusia tapi normal di mata Allah.
biarlah nobody di mata manusia tapi somebody di mata Allah.
i’m not living to impress people. but Allah.
don’t mind what people gonna say.
aku bukan nak jadi ustazah. aku nak jadi muslimah.


kenapa lebih senang jadi jahat?
jawapan, tepuk dada tanya iman.

masih belum terlambat kan untuk berubah?
ingat, pintu hidayah tak pernah tertutup. selalu terbuka.
tapi dah terlambat kalau ajal datang menjemput
well, its not too late right?


"Allah ada walau di abai jutaan manusia, Allah terus ada. Walau manusia lupakan kita, AllAh terus ingat, tak pernah lupa. Allah sentiasa ada."

Allah yuftah alaikum . Ameen :)




Selasa, 29 Oktober 2013





Mungkin Allah nak aku redha, 
nak aku sedar yang mana,
hidup ini bukan selalunya kita yang berada di atas, 
bukan selalunya kita yang paling tinggi,
dan bukan selalunya kita yang akan sentiasa menang, 
Allah nak aku terima keadaan itu dengan hati yang terbuka
dan cuba buat yang terbaik untuk masa yang akan datang.


, Deep






Walau seburuk mana seorang insan di mata kita dengan dosa-dosanya, hakikatnya  fitrah setiap insan itu suci dan menginginkan Allah s.w.t

Sementara berapa ramai insan yang baik di mata kita dengan amal ibadahnya, namun  ternyata beribadah dengan dirinya (bangga, riak) bukan Tuhannya. 


''Berjalanlah di atas muka bumi dengan rasa seorang pendosa, kerana itulah  yang akan melahirkan rasa kehambaan dalam jiwa kita.''


Jumaat, 25 Oktober 2013

, Happiest







Santailah dalam kehidupan.
Bergembiralah dengan takdir Allah
Setiap ujian mahupun musibah, baik dalam kepimpinan, organisasi mahupun kehidupan seharian, segalanya dari Allah atas percaturan Allah.
Maka Allah jugalah yang akan mengeluarkan kita dari masalah dan ujian tersebut.
Sebabnya ?
"everything comes from Allah"
(27:40)


Berbahagialah, bergembiralah dengan ujian-ujian Allah kerana kita hidup dalam jadualNya. 

''Semoga Allah sentiasa memberikan pelangi untuk setiap ujian, senyuman untuk setiap tangisan, rahmat untuk setiap cubaan dan kekuatan untuk setiap dugaan.''


, Novel


“Kita tidak akan dikahwinkan dengan seseorang atas sebab jatuh cinta atau saling cinta mencintai kerana kita akan berkahwin dengan jodoh kita, jodoh yang Allah telah tetapkan sejak azali…”


SIAPA sangka itulah yang tersurat buat Dahlia dan Aariz Danial. Ikatan suci yang tercipta antara mereka bukanlah kerana cinta yang menggebu dalam hati, mahupun kasih yang membara. Tetapi kerana sikap mementingkan diri seorang manusia bernama Syafiq.
“Janganlah suka sangat kacau saya, Aariz. Tak larat saya nak layan perangai awak tu, tau. Nakalnya, ya ampun!!” – Dahlia
“Okeylah, okeylah. Just kidding. Dahlia Darius bukan isteri baru yang saya beli. She’s a gift. Hadiah paling istimewa yang dihadiahkan Allah untuk saya. Puas hati?” - Aariz Danial
“Aku takkan biarkan kau bahagia, Aariz Danial! Kebahagian yang bernama Dahlia itu… akan aku rampas sekejam mungkin!” – Syafiq
Tatkala persoalan demi persoalan mula timbul di sebalik tulusnya seorang lelaki bernama Aariz Danial, mampukah Dahlia terus teguh berdiri mempertahankan cinta buat suami sendiri? Atau mungkinkah mahligai bahagia mereka rebah menyembah bumi sebelum ianya sempat bermula? Apakah akhirnya Syafiq yang akan tersenyum puas tatkala melihat kehancuran seorang lelaki yang paling dibenci… iaitu abangnya sendiri?

Alhamdulilah dapat habiskan baca novel tebal ni dalam masa sehari.
Alhamdulilah jugak novel ni best dan menarik tertarik kau memang debom.
Alhamdulilah ittew uke angat dengan watak Aariz . *krik krik*
Alhamdulilah novel ni banyak mengajar aku erti jodoh yang sebenar .

JODOH ITU MILIK KITA .

In Sha Allah . 

Berkenaan dengan jodoh jugak .

Alhamdulilah harini aku jumpa aisyah n zul .

Adakah ini dinamakan jodoh ?
Mudah mudahan jodoh itu milik mereka .
Ameen .


Khamis, 24 Oktober 2013

, Today





Sometimes It is better To keep silent And just smile Just to avoid Any argument With someone That you Love



Isnin, 21 Oktober 2013


aku takut.
takut seandainya aku tewas lagi dengan ujian hati yang Allah beri.
mohon kuatkan diri, tabahkan hati.










Kadang - kadang,
Kita buat salah,
Kita buat silap,
Kita hilang kawalan, hilang sabar.
Buat benda2 yang tak patut.

Dan kadang - kadang,
Kita juga jadi terfikir,
Mengapa takde yang tegur?
Mengapa takde yang nasihat?
Apa tiada yang peduli?
Atau tiada yang berani?

Antara menjaga hati dan menasihati.
Nasihatilah, andai benar kau peduli. 


Ahad, 13 Oktober 2013



Tika ini . Saat ini .

Aku termenung sendirian .

Sambil ditemani lirik lirik indah oleh nomad-tetap menantimu.

Aku terkaku  .

Ya Allah aku rindu dia .



Sabtu, 12 Oktober 2013




Good night Starlight .


, Contengan











Contengan pengalaman perjalanan mencari Tuhan


Contengan perjalanan

yang dituliskan

tanpa perancangan

untuk kenangan 

masa depan

ada senyuman

dan ada rasa bosan 

itu namanya

kehidupan








Jumaat, 11 Oktober 2013

, Ehemm ...

Hai .

Haaa baru ada masa nak update blog . Hahaha *tolong jgn percaya*

Entry kali ni tentang shisheido .

korang tahu dok ape tu shiseido ?


Shiseido Black Mask adalah peel off mask yang berfungsi untuk membuang 
blackhead dan whitehead, bulu halus di muka dan jadikan muka lebih licin dan bersih.


Hmm semalam godek godek insta pastu terjumpa 1 gambar izzue pakai mask .

Tapi bukan jenis topeng . Ni jenis cecair yang tempek2 kat tempat tertentu je .

untuk menhilangkan bintik bintik hitam katanya .

sebelum ni pun kak fatin pernah buat entry tentang mask yang izzue pakai tu .

Tapi al maklumlah tak penah pulak kite jumpa benda alah tu kat kawasan sini =='

mereka pakai spesis warna purple punya , tapi yg ni special sikit .

special tang warna dia . Black colour ok .

Mask tu kami beli dekat cikgu praktikal . Kahkah beli 12 habaq hang .

Bukan selalu .

Yang sebenarnya kami kongsi 4 orang . muahaha

cara nak guna ?



1. Cuci muka dulu bagi bersih. Then lap sampai kering.
2.Sebaik-baiknya steam kan wajah dengan air panas selama sekurang-kurangnya
10 -15 minit. Ini bertujuan utk membesarkan pori-pori & memudahkan pembersihan
jeragat. Dah siap, lap bagi kering ya kulit muka anda.
3. Buka shiseido mask dan sapu ke kawasan muka. Boleh sapu seluruh muka
ataupun dekat certain tempat saja, contohnya hidung. (Make sure jangan 
kena bahagian kening, mata dan bibir).
4. Sapu bagi tebal sampai tak nampak kawasan kulit muka. Boleh sapu guna
jari sebab senang nak bagi rata.
5. Tunggu bagi kering dalam 15-30 minit. Sampai betul-betul kering ya.
6. Bila dah betul-betul kering, tarik masker dari bahagian hujung ke kawasan 
tengah slow-slow. Korang dapat tengok blackhead yang melekat.
7. Cuci muka and kalau ada tonner sapukan tonner untuk menutup
pori-pori. Kalau tak de, basuh je dengan air dingin.



Boleh guna 1 atau 2 kali seminggu. Kalau guna untuk bahagian hidung saja,
satu sachet boleh guna untuk 2 atau 3 kali penggunaan. Make sure simpan dalam 
bekas tertutup. Jangan guna 1 pek sekali pakai, memadai hanya 
pakai sederhana tebal sahaja.






Alah senang je nak pakai . sambil pejam pun boleh buat .

sekian :)



Khamis, 10 Oktober 2013

, Mungkin ...



Mungkin dengan kesusahan ini.

Dengan ujian ini.
Dengan dugaan ini.
Tuhan sedang membentuk kita.

Agar menjadi lebih baik.

Lebih memahami manusia lain.
Lebih bertimbang rasa. 
Dan lebih baik akhlak dan cara pergaulan sesama manusia.


Rabu, 9 Oktober 2013

, Again n again



Penat .

penat otak .

penat badan .

penat mata .

Ya Allah .

Haish merungut lagi !!!

Bukan merungut tapi 'memberitahu'

Ahh pedulikan .

Yang pasti tadi nyok bagitau yang dia balik arini .

diyana balik esok .

Black pulak jumaat .

Ecah sampai sabtu .

Mey ? idk

Idris ? Hari hari boleh jumpa

Hmm ok bai

Miss uolss .




, Busy



Busy .

Busy bebeno .

busy gilerrrr .

Harap maklum 

k bai .




Sabtu, 5 Oktober 2013




They don’t know your struggle, but they only see the trouble.

They never appreciated you, they never valued you or say thank you.


The moment you’ve done something, they said you’ve done nothing.

Don’t worry. Allah sees, Allah knows.

It is said that not a single leaf falls but with His knowledge.

If they don’t see your struggles, Allah sees it.

If they don’t appreciate you, Allah does.


If they think you’ve done nothing, Allah knows you’ve done something.

And that’s what matters, right?

Allah knows your pain, Allah knows you’re trying.

He is ready to always comfort you, forgive you, help you, and guide you.

Indeed, Allah knows you, and sees you, and cares about you more than you can imagine.

MashaAllah!


''Kadangkala ada suatu masalah yang Allah takdirkan dalam hidup ini bukan untuk diselesaikan, tetapi untuk kita ‘hidup bersamanya’. Itulah saluran kita merintih dan berdoa kepada-Nya. Sentiasa! ''







Teruskan bertahan dalam senyuman walau hanya garisan tawar,
Teruskan berjalan tanpa henti walau langkah kian perlahan,
Dan teruskan hidup dengan semangat walau hatimu dilanda ujian berat.
Kerana hidup perlu berjuang,
dan perjuangan perlu kekuatan,
dari Tuhan. =)



Jumaat, 4 Oktober 2013

, .




Wish me luck for final exam next month .........................................................................


, Resepi Baru


Hai uolls .

Entry kali ni nak share sikit pasal resepi makaroni .
Hmm sebenarnya makaroni ni dah lama da beli tapi tak tahu nak buat apa . kahkahkah
Nak buat makaroni bakar ?
Rumittt gilerrr . malas deh !
Nak buat makaroni berkuah ?
Family tak suka . Biasalah kami ni jenis perut nasi .
Last2 , godek buku resepi sana , buku resepi sini akhirnya
terjumpalah satu makanan yang nampak sedap dan yang paling best , goreng je
so, terciptalah resepi makaroni  goreng hentam sajalah labu versi kak ton . Muahahaha

RESEPI : Makaroni Goreng Versi Kak Ton


bahan-bahan :

1)Makaroni
2) cili kering yg dibland bersama bawang merah & bawang putih
3) sayur campur
4) ayam/udang/sosej/sotong/daging cincang
5) sos cili
6) sos tomato
7) sos tiram

Cara-caranya :

 1) Rebuskan makaroni dalam 15 0r 20 minit
2) Panaskan minyak
3) masukkan sedikit cili kering yang sudah dibland bersama bawang merah & bawang putih tadi
4) setelah cili kering tadi dah pecah mintak , masukkan pula 3 serangkai iaitu sos cili , sos tomato n sos tiram
5) masukkan ayam bersama sayur campur [ Ikut selera masing2 ]
6) Tunggu dalam 15 minit kemudian masukkan makaroni yang sudah direbus tadi .
7) Finishhhhhhhhhhhhh ....


#Sorry la gambar tak de sebab 'kebulur' sangat sampai tak dan nak amil gambar haha
Rupanya sedap jugak . haha *puji masakkan sendiri lol


Khamis, 3 Oktober 2013





Dalam banyak kuntum cinta,
ada satu kuntum jodoh.

Tuhan,

petikkan aku cinta
yang tak rapuh
dimamah waktu.



, WAJIB BACA


Peringatan utk Lelaki dan Perempuan..



Assalamualaikum,

saya minta maaf.
dah lama saya termenung, fikir pasal surat ni,
itu mungkin cerita awak sebagai perempuan,
tapi percayalah,
tak semua lelaki yang suka ajak perempuan buat maksiat.

sejak dari sekolah,
saya memang pelik, kenapa orang kata mendekati zina itu haram,
bukannya berzina lagi, dah berdosa juga.
errm, malas nak fikir panjang-panjang,
saya kan sekolah lagi..

tapi masa saya di sekolah, boleh kata saya kira baik la,
saya tak hisap rokok, sebab saya tahu mende tu tak bagi faedah pun,
tapi saya pun bukannya skema, pernah jugak ponteng kelas sekali dua.
biasa2 je.hehe.

tapi sejak saya masuk u,
saya tengok pergaulan bebas antara lelaki dengan perempuan,
memang sangat ketara,
ye la, kat sini ikut suka kita nak buat apa,
tak macam kat sekolah,
nak jumpa awek pun sorok2 kat belakang stor dekat padang,
takut warden nampak,
tapi itu dulu,

sekarang saya dah dekat u,
saya tengok ramai perempuan tak pakai tudung,
ada yang pakai tudung, ok la.
tapi baju pulak hmm, seluar pulak alamakkk.
ada jugak baju dah labuh, seluar dah longgar,
tapi tudung pulak tak tutup dada,
nampak segala apa yang kami kaum lelaki ni takde,
adui, camne nak jaga iman ni?

tapi saya still control lagi,
saya still ingat Allah larang kita dekat dengan zina.
sampai satu hari,
ada sorang perempuan cakap yang dia suka saya.
dia cantik, pakai tudung,
dan dia baik juga.
zaman sekarang ni, perempuan makin berani tunjuk2 ‘hint’,
mula-mula just nak kawan, sms nak share masalah,
kalau pegi shopping atau holiday mana2, mesti dia ada beli something kat saya,
mula-mula saya tak layan sangat jugak,
takut jugak ‘ter’bagi harapan kat orang perempuan ni,
mereka mudah sangat perasan,
layan sikit, terus ingat kita suka dia.
perempuan~

lama-lama,
dia dah berani call saya,
dengan suara perempuan yang memang lembut mendayu-dayu,
naik luruh jantung saya dengar,
dia minta tolong saya belikan set kfc zinger burger,
adui. banyak kali saya fikir nak beli ke tak,
puas saya cari alasan,
saya tak nak timbul fitnah.
tapi dia cakap dia gastrik,
hati saya mula timbul kesian,
saya beli makanan dan bagi kat dia.

mula-mula memang asalnya kesian je,
tapi lama-lama saya rasa best pulak,
ada orang nak msg saya,
kejutkan solat Subuh,
ada orang yang nak dengar masalah saya,
ada orang yang nak bg hadiah pada saya,
tambah-tambah kawan-kawan dekat kolej saya ni,
memang majoriti ada girlfren,
kira macam saya bertuah sangat2,
saya tak cari pun girlfren pun dah ada orang suka saya,
dah ada orang sayang saya!
eh, syooookkkk la pulak :))))
kau ada?

satu hari tu,
kami keluar berdua dekat satu tempat ni,
nak lintas jalan,
dia dah ada kat depan,
tiba2 ada kereta laju lalu kat jalan tu,
spontan saya tarik tangan dia.
zaaaappppp,
saya rasa berdebar,
saya rasa terkejut dengan tindakan saya,
rasa bersalah pun ada,
tapi niat saya nak selamatkan dia je…

yang paling buat saya lagiiiii terkejut,
dia senyum.
entah. tak faham apa yang dia fikir.
'dia tak marah ke aku pegang tangan dia?'
hati saya pelik.
dia senyum lagi, dan kata,
'Awak, terima kasih. sayang awak!'

saya senyum juga.
malas nak fikir panjang-panjang,
ohh. seronok nya. lembutnya tangan diaaaaaaa…
rasa nak pegang lagi.
'ha, gatal-gatal!'
akal saya marah.
tapi hati saya nak.

dan jujurnya,
saya makin lama, makin rasa sayang pada dia.
tak boleh kalau tak ber-sms,
tak pernah tak call even cakap selama satu minit,
ye la,
bila hati dah rindu,
bila hati dah sayang,
bila hati dah penuh dengan nafsu.

err.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
nafsu?
saya suka dia sebab nafsu ke?
saya cinta dia sebab nafsu ke?

'Tak! Kan saya nak ambil dia jadi isteri saya nanti!'
Hati saya marah.

'Awak pasti ke nak ambik dia jadi isteri?'
Entah dari mana suara tu datang,
Bunyi seakan mengejek.

entah,
tak tahu apa yang saya fikir time tu.
macam -macam perasaan,

tapi saya buat tak tahu,
biar dalam hati saya dah rasa macam,
'eh-betul-ke-apa-yang-aku-buat-ni?’

saya dan dia dah ter’couple’,
nak buat macam mana,
best la ada couple ni,
kawan-kawan selalu puji,
dia cantik,
even pakai tudung,
tapi stylo, bergaya kottt.
tambah-tambah dengan fesyen sekarang,
siapa yang tak kembang semangkuk? eh.

please, sama-sama jaga diri…

satu hari tu,
saya jumpa video ni.
video hilal asyraf.
tentang cinta.
cinta yang hakiki.

terpukul.
terpana.
terasa.

semua ada.
saya cinta dia.
tapi kenapa saya makin bawak dia ke neraka?

Astaghfirullah.

kalau betul saya cinta,
saya mesti nak bawa dia ke syurga,
tapi situasi saya?

saya terpaksa mengaku,
saya kalah dengan nafsu.
saya sebenarnya,
…ikut nafsu.

sepanjang hari,
lepas saya tengok video tu,
saya diam.
kawan ajak main bola,
saya bagi alasan,
member ajak lepak kat mamak,
saya tolak.

saya nak sendiri,
hp saya letak tepi, tekan punat off.
saya malu.

saya dah tak sanggup.
saya dah malu sangat-sangat depan Allah,

saya still solat,
saya kadang-kadang mengaji,
tapi saya buat maksiat jugak.
saya makin lalai,
endah tak endah tentang dosa.

saya rasa,
saya dah tahu kenapa Allah tak bagi dekati zina,
sebab nanti end up,
jadi macam saya.
dari sms, lepas tu call,
dengar suara, rasa nak jumpa,
bila dah terpegang tangan sekali,
rasa nak pegang banyak kali,
semua tu nafsu!

banyaknya dosa saya.
:”(

Allah,
Allah,
Allah.

saya bangun,
ambik wudhu,
solat sunat 2 rakaat,
saya mintak sangat2,
Allah ampunkan dosa-dosa saya,
Allah ampunkan dosa-dosa kita.
dan air mata jantan saya mengalir laju.
.

bila dah tenang sikit,
saya ‘text’ dia,
'Awak, this is not the right way. This is not the way that Allah bless. I let you go, and please let me go. I dont want to bring you to Jahannam, instead I'll pray for you to get the light from Allah. May Allah bless you and me…'

dan saya terus matikan hp.
buat kali kedua.

saya sedar.
susah.
tapi saya bergantung sepenuhnya pada Allah.
sebab Allah yang pegang hati saya, pegang hati dia.
saya tak nak berpaling lagi.

dan untuk hawa semuanya,
jangan terlalu murah,
jangan ambik kesempatan dengan kelemahan lelaki,
awak buat suara mendayu macam tu,
sembur perfume wangi,
pakai blous, skirt, selendang ala-ala hot gitu,
dah namanya lelaki,
kuat mana imannya,
mesti akan tergoda jugak.

jadi,
kena sama-sama jaga diri,
simpan godaan-godaan tu pada orang yang teristimewa, kelak.

dan sekarang,
saya terus begini,
mujahadah.

doa saya terus kuat.
doa supaya dia faham,
doa kita sama-sama dalam redhaNya.

Insha-Allah.

-a guy, still searching for the true love

*lelaki ni bernasib baik sebb sempat utk trsedar.syukur la :’(



#Dipetik dari sang tumblr#


, Saat itu





aku suka bersendirian
saat itu,
kenangan lalu singgah,
menggamit rasa rindu di hati,
tanpa sedar,
air mata mengalir dengan laju.

saat itu,
aku muhasabah diri,
sampai bila aku mahu begini,
terleka dibuai kenangan lalu.

akhirnya,
aku ‘bangkit’,
melawan rasa rindu ini,
demi satu kenyataan,
MOVE ON.




Selasa, 1 Oktober 2013

, Happy Birthday Mom



Happy birthday my beloved mom

I love you

And may your life be filled

with happiness and blessing

from Him 

In sha Allah 

Aamiin