Foto saya
Every heart has a story to tell . And This is mine ♡

Jumaat, 30 Ogos 2013

, Quote



'' Jika jatuh,bangkit kerana Dia ,
          Jika kau yakin dengan janji Dia,
                 Kau akan bahagia dengan izinNya ''


Selasa, 20 Ogos 2013

, Renungan ....


,


perasan tak, setiap kali manusia down mesti nak cari Allah? baru nak menangis mengadu dekat Allah, normal. sebab Allah sweet. Dia tak pernah tinggalkan kita bila kita ada masalah. Dia setia mendengar semua masalah kita tanpa membantah. teresak-esak kita menangis, tapi Allah damaikan kita dengan janji-Nya,

Dan Tuhanmu berfirman:
"Berdoalah kepada-Ku, niscaya akan Kuperkenankan bagimu."
[Surah al-Mu’min, 40: 60]

manusia dicipta oleh Allah senantiasa memerlukan Dia.
sikit-sikit cari Allah,
sikit-sikit nak jumpa Allah,
tak boleh langsung berenggang dengan Allah,
tak bolehlah nak berpisah dengan Allah,
sebab apa? sebab Allah tu dekat sangat dengan manusia.

“Dan Apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu (Muhammad) tentang Aku, maka katakanlah sesungguhnya Aku dekat. Aku mengabulkan doa orang yang memohon apabila ia memohon kepadaKu. Maka hendaklah mereka memenuhi (panggilan atau perintah) Ku, dan beriman kepadaKu agar mereka mendapat petunjuk (bimbingan)”.
[Al-Baqarah: 186]

hai jiwa-jiwa yang Allah senantiasa rindui,
jiwa kita ini rapuh,
kuatkan dengan Allah.
jiwa kita ini sentiasa terasa kekosongan,
isilah dengan Allah.




Sabtu, 17 Ogos 2013

, #Syurga merinduimu : Hijrah

Sarjan misai dan 1 Abdul .


Hai . Assalamualaikum . Salam Aidilfitri . Hehe

Perkongsian kita petang ni tentang ' Aktifkan Hijrah kita di jalan Allah '

Dah ready ? ok Bismillah .


Sekalian Anak Adam yang ada semuanya bersalah belaka . Sentiasa buat salah . selalu saja tersalah, kecuali Nabi Muhammad SAW .

Namun yang menariknya,insan terbaik daripada sekalian anak adam yang bersalah itulah insan yang mahu bertaubat membersihkan jiwanya .

Anas meriwayatkan sabda Nabi :

'' Semua anak adam adalah bersalah . dan sebaik baik yang bersalah adalah orang yang mahu bertaubat ''

Allah sangat rindu dan gembira menantikan hamba hambanya 'bersalah' yang mahu bertaubat kepadaNya .

Justeru pintu taubat buat seseorang sentiasa terbuka seluas luasnya , selebar lebarnya sehinggalah nyawanya dicabut sampai kerongkongan ghalgharah ataupun kala matahati terbit dari ufuk barat .
Allahuakbar .


RAMAI YANG TELAH KEMBALI KEPADA ALLAH .

Alhamdulilah .
kini ramai hamba Allah yang terlanjur telah menginsafi hakikat ini . Ramai yang tersalah haluan dan tersilap langkah sebelumnya telah kembali ke pangkuan Allah serta tidak mahu berterusan tenggelam dalam lembah dosa dan noda . Inilah hidayah yang tiada tolok bandingnya .
Alhamdulilah

Kalau fasa pertama hidup mereka dulu berlumburan dosa , penuh kecelaruan , dan caca merba maka di fasa kedua hidup mereka mahu penuhkan ia dengan amal soleh , amal islami , muhasabah , mujahadah , menuntut ilmu ,berjuang , berkorban dan berjihat tanpa jemu . Matlamat hidup mereka kini lebih jelas . Hanya untuk Allah dan RasulNya . Hanya untuk islam yang tercinta .

Disini titik muhasabah kita .Bukankah ini kasih sayang Allah yang maha luas rahmatNya ?

Walaupun kita telah hanyut jauh ,Dia masih sudi memanggil kita , menyeru kita , membimbing dan memimpin kita , memberi peluang dan kesempatan pulang kepada kita tanpa mempedulikan siapa kita sebelumnya .
Alhamdulilah . Terima kasih Ya Allah .

USAH BIARKAN HIJRAH KITA MENJADI BEKU DAN TEPU .

Perlu di ingat , hidayah yang Allah kurniakan kepada kita bukan sekadar sebesar besar nikmat malah ia juga sebesar besar amanah .

Dengan hidayah yang memenuhi jiwa kita itu , Allah mahu diri kita menjadi 'asbab' hidayah dan hijrah ramai lagi saudara kita yang lain .

'' kenapa anda tidak turun ke gelanggang dakwah , memberi tazkirah , menyampaikan nasihat , mencatat sesuatu yang baik di laman sosial seperti blog , tumblr , fb dan twitter buat tatapan dan manfaat umum , menulis buku motivasi, menghasilkan drama dakwah dan lain lain lagi?


Jawap mereka '' Oh siapalah kami . kami tidak layak . kami tidak sanggup . carilah orang lain ! ''

Inilah sikap hijrah pasif . Sayang seribu kali sayang . Ini bukan jiwa pemuda pemudi islam sejati . Ini luahan orang yang lemah motivasi diri . Ini adalah perkataan orang yang mengaku kalah sebelum berjuang .

Oh tidak ......

Para sahabat sekalian .

Fahami dan yakinilah  bahawa Allah sangat gembira dengan perubahan dan hijrah kita lebih daripada suka dan gembiranya si Badwi yang bertemu semula dengan untanya yang hilang di padang pasir . 

Jaga diri . Jaga iman . Jaga Aurat . 

Assalamualaikum :)

Jumaat, 16 Ogos 2013

, #Syurga Merinduimu : Debu kaki yang bernilai


oh ya . itu kasut abang kitewww . haha Besarrr punya 


Motif letak gambar kaki ?

Yaaaa . Relax . Tarik nafas . Hembus .

Are you ready ?

ok . lets start . Bismillah .

Sebenarnya harini nak share something tentang kaki .

KAKI ?


Sepasang kaki yang Allah kurniakan kepada kita,apakah kita mensyukurinya ?

Firman Allah SWT dalam surah Yassin 36:65 :

''Pada waktu itu kami kunci mulut mereka dan memberi peluang kepada tangan tangan mereka memberitahu kami kesalahan masing masing dan kaki mereka pula menjadi saksi tentang apa yang mereka telah usahakan''

Besar sekali nikmat yang diberikan Allah secara percuma kepada kita iaitu sepasang kaki buat kita berjalan sana sini mencari rezeki Allah di Bumi yang luas ini .

Allahuakbar . Allah Maha Besar .

Sebenarnya ,
sama ada nikmat kaki ataupun nikmat nikmat yang lain , Allah tanya kepada kita, nikmat manakah yang kamu dustakan ? Nikmat manakah yang kamu kufuri ?

Allah berseru dan mengingatkan kita berulang kali dalam surah ar Rahman :

'' Maka nikmat manakah yang kamu dustakan ? ''

dengan sepasang kaki yang sempurna itu kemanakah kita telah melangkah ? kemanakah kaki tersebut dihayunkan ?

Langkah langkah manusia itu ada yang terpuji dan juga sebaliknya sepertimana ucapan lidah . Lidah apabila digunakan untuk berzikir dan membaca Al Quran,maka terpujilah ia dan sebaliknya andai digunakan untuk mengumpat dan memfitnah maka tercelalah ia .

Langkah manusia yang terpuji ialah bilamana sseorang itu melangkah ke jalan yang Allah redhai . Ke jalan yang syarak restui . Itulah langkah langkah di jalan Allah . Contohnya menziarahi sanak saudara , menghadiri majlis majlis agama , menuju solat jumaat (masjid ) , solat jemaah dan sekalian hal yang diredhai Allah .


Manakala .

Langkah manusia yang keji ialah apabila ia melangkah ke arah dosa dan maksiat . Contohnya langkah kearah perzinaan , permusuhan , memutus silaturahim dan kezaliman .

Beruntunglah seseorang itu andai sekalian langkah sepanjang hidupnya adalah Fi Sabililah Taala .

Subhanallah . 

Imam Hassan berkata bahawa terdapat 3 golongan orang yang mendapat naungan pada hari akhirat :

1) Seseorang yang masuk ke masjid kerana Allah Taala . Maka ia sebagai tetamu Allah sehingga ia keluar kembali ke rumahnya .

2) Seseorang yang menziarahi sanak saudara se Islam kerana Allah Taala . Ia termsuk ziarah kepada Allah sehingga ia kembali .

3) Seseorang yang menunaikan haji dan umrah kerana Allah Taala .

lihatlah,siapakah yang lebih menghargai tetamunya selain Allah ?

Allah SWT amat menghargai para tetamuNya sehingga debu yang terinjak dan melekat di kaki mereka itu membuat mereka diharamkan oleh Allah dari api neraka .

Bukan sekadar debu dikaki ....
Bahkan Allah Yang Maha Rahman dan Rahim turut menjelaskan betapa Dia tetap akan memberi nilai kepada kebaikan walaupun ia sekecil atom .

Allahuakbar .



Sekian dahulu perkongsian hari ini .
Assalamualaikum . 

Khamis, 15 Ogos 2013

, #Syurga Merinduimu : MALU





Andai kita tidak takut pada kebesaran Allah , maka kita patut rasa malu .

Malu ?

Ya malu .

Malu kepada siapa ?

Kita patut rasa malu kepada ciptaan ciptaan Allah yang lain .
Mereka amat takutkan Allah .
Mereka amat gementar dengan keagungan dan kekuasaan Allah .

Sedangkan kita ?

terus menerus tengelam dalam arus lautan dosa dan maksiat , walhal ke atas pundak kitalah diamanahkan kekhalifahan Bumi .

Sebagai khalifah yang diamanahkan,kitalah yang sepatutnya lebih takut dan gerunkan Allah .

Tetapi .............. *tepuk hati tanya iman


Firman Allah SWT dalam  Al Ahzab (33:72)

'' Sesungguhnya kami bentangkan AMANAH kepadalangit dan bumi serta bukit bukau , tetapi semuanya tidak mahu memikulnya kerana TAKUT kepadaNya,walhal manusia sanggup memikulnya . Ia zalim lagi jahil (apabila mengkhianati amanah dalam hidupnya) ''

Lihatlah .

Lihatlah . makhluk makhluk yang bersaiz mega itu pun takut kepada Allah .

Batu yang bersifat keras pun amat takut kepada Allah .

sedangkan kita ?

kalau hati kita (manusia) tidak takutkan Allah,tidak gerun pada azab Allah , maka hatinya lebih KERAS dari batu .

ingatlah wahai Manusia .

Para malaikat pun takutkan Allah .

Buktinya dalam firman Allah SWT (surah An Nahl 16:50)  :

'' Mereka berasa takut kepada RabbNya dan mereka melakukan apa apa yang diperintahkan Allah ''

Mimbar Nabi pun diceritakan sangat takut kepada Allah .

Apa itu mimbar ?

Mimbar itu diperbuat dan diukir daripada kayu .
Kayu diambil dari pokok .
Pokok asalnya tidak boleh berkata kata apalagi menzahirkan perasaanya .

Subhanallah ! Pernahkah kita rasa takut kepada Allah sehingga tubuh kita bergoncang sebagaimana bergongcangnya mimbar ?

Oleh itu . Ayuh sahabatku . Marilah kita sama sama berdoa dengan doa indah yang diajar oleh Nabi sebagaimana yang diriwayatkan oleh Imam Tarmizi :

'' Ya Allah ,berikanlah kami rasa takut kepadaMu yang dapat menghalang kami daripada melakukan maksiat   kepadaMu .Anugerahkanlah kami ketaatan kepadaMu yang dapat menyampaikan kami ke dalam SyurgaMu ''

Amin ya Rabbal Alamin .

Marilah sama sama kita kembali kepada Allah .

Jangan biarkan nasib amalam kita bagai si tua yang lemah lagi tidak berdaya .

Jangan biarkan kejahatan kita terus bertambah hingga ia menjadi ular yang liar dan ganas .

In sha Allah . Mudah mudahan . Ameen . Ameen .

Terima kasih padamu ya Rasulullah . Ya Habibalah . Ya Nabiyyallah . Ya Rahmatan lil'alamin .




Rabu, 14 Ogos 2013

, #Part3 Salam Lebaran



Raya ketujuh .
Masih lagi dalam mood raya .
Tapi 'terpaksa' pandang homework yang bertimbun .
Nak tak nak kena la siapkan .
Kate nak dapat 4 plat . Tak gitu ct shu ?



Assalamualaikum .

Selasa, 13 Ogos 2013

, #Part2 Salam Lebaran



Fatih seferagic dah kawin .
'MA' pun da kawin .
Bila pulak turn aku ? Hahahahaha
Eh ? lari tajuk nampaknya . lol
Ok ok gurau je . Hahaha

Assalamualaikum . Salam Aidilfitri .

Seperti yang telah dijanjikan janjikan . harini i hadir merajinkan diri meng----u-p-d-a-t-e ‘long entry’ berkaitan Syawal 2013 . Anugerah Syawal Seindah Ramadhan . Alhamdulilah .
Oh yaa . Sebelum bercerita panjang lebar i dengan suka rela nak bagitau yang tahun ni raya kat Jerantut .




 Raya pertama

Alhamdulilah . Tahun ini best sangat . Tambah2 lagi malam raya . Fulamak sumpah best gilerrrr bak hang . Malam tu time mak mak sibuk bergendang kat dapur kami sepupu sepapat pg keluar main mercun . Hahaha molek sungguh . Tapi yang paling awesomenye aku lah yang paling 'muda' kat situ :p. Yang besar2 semua dalam rumah duk tengok tv n mengonline . Aku ? Hahahaha .
bukan apa , sebenarnya aku 'menjaga'mereka . Takut kang ada yang terputus tangan . sapa yang susah
 ? Aku jugak . Fuhhh *tiuptudung
Lepas mercun kami habis, kami g tengok pulak jiran sebelah main mercun dengan harapan mereka share mercun mereka dengan kami sikit . Hahaha buruk perangai --' Tapi bukan ke 'sharing is caring . Caring is loving '. Tak gitu ? hehehe
Raya pertama i , mak n adik bersepakat nak pakai jubah pagi tu . Huhu sepakat kato ko :p
kebetulan pulak ramai sepupu sepapat aku yang pakai jubah . Macam2 warna ada . Nasib baik la yg colourfull tak dak kang jenuh tok n tokwan berpinorrr nak tengok . Haaa amikawww


Malam pulak macam biasa 'teman' bebudak main mercun . Tapi kali ni sepupu sepapat yang besar2 semua join . Nahhh meriah jangan nak cakap la !
duble triple meriah 
Raya kedua

Pagi tu aku dikejutkan dengan satu tangisan . Jeng jeng jeng
Rupa rupanya tok jatuh time nak solat subuh . Hmm kesian sangat .
Kami kaum kerabat ingatkan cuma sakit biasa . Lepas urut2 ingatkan boleh baik tapi tok still nangis .
Andak bawak ke hospital Jerantut . Bila xray nahhhhh .... bukan sakit biasa tu !
Tulang punggong tok patah . Pastu Dr suruh transfer ke Hospital Temerloh pulak . 
Kami bebudak tinggal kat rumah . Yang besar2 je ikut tokwan g Hospital . 
So kesimpulannya pagi tu kami tak beraya ..................................................... *The end*


Pakai baju kurung dan duduk rumah diam diam . Tak ke comel tu ?

Raya Ketiga

Pagi ni kami semua bersiap2 untuk melawat tok dekat Hospital Temerloh . Lama jugak la nak sampai kat sana .  Kalau buat kek batik pun dah boleh makan . Dengan jalam jem nya lagi . Sabor jelah kome =_=


disebabkan masih dalam MOOD raya so apa lagi baju kurung laaaaa .. huhu
Tapi kami berlapan je pakai baju kurung . Sedara aku yang lain pakai jubah . Lagipun sorang tu berpurdah so dia lebih selesa pakai jubah setiap masa . Dalam rumah je pakai bju kurung . Pakai tshirt jarang sekali . Dia muda 2 tahun dari aku . Tapi tinggi mengalahkan aku . Hahaha *bajettinggi
Petang tu makan nasi ayam dekat karak . Saja je bagitau sebab dah lama tak makan nasi ayam yang betul2 nasi ayam . hahahaha PERFECT gitueww! 

Raya Keempat

Lepas breakfast kami beransur pulang ke rumah . Huhu Say goodbye to Jerantut and Say Hai to perak . Konvoi sekali dengan andak sebab dia tinggal selangor. Jalan sehala je .



Hmm . That All for today .
Alhamdulilah . Harini tok da selamat operate .
Jantung semua ok .
Esok ada terapi .
Doakan tok saya cepat sembuh yeeeee :)


Assalamualaikum . Salam Aidilfitri .

Selasa, 6 Ogos 2013

, #Part1 Salam Lebaran


Hai selamat hari raya
Kami semua ucapkan
Menikmati hidangan
Yang kami sediakan

Sila jamu selera
Dengan bermacam hidangan
Pilih yang mana suka
Sila janganlah segan 





amboi hangpa bersemangat beno ye ..


Assalamualaikum and hai hai . 

ehem ....

bulan ramadhan bulan yang mulia,
di sambut dengan hati yang gembira,
kini syawal semakin menjelma,
tangan ku hulurkan maaf dipinta…

Tangan dihulur maaf dipinta,
Erat hubungan sesama kita,
Semoga gembira di hari yang mulia ini,
Salah dan silap harap dimaaf,
Selamat Hari Raya Aidilfitri,
Maaf Zahir dan Batin.

k Assalamaualaikum . Long entry next weeks yaaa :)


,





Saya rasa, 
memasang impian SEKARANG

untuk mempunyai jodoh 
yang soleh solehah, 
membina baitul muslim 
yang mawaddah wa rahmah,
dikurniakan permata hati
yang memartabatkan Islam,

tak bermakna dia 
tak sabar-sabar nak kahwin. 

Pasanglah impian,
Berdoalah dari sekarang,
Bukan nak membina masjid
baru nak berdoa. 

Tak salah, berdoalah. Dan Allah akan mengaturkan waktu yang tepat. 

Semoga jodoh kita semua berkekalan hingga ke JannahNya. Aamiin

Apa yang Allah haramkan sebelum kahwin, sekejap saja. Sabarlah sekejap! Dah kahwin nanti, yang halal amatlah luas. Yang halal lebih indah kerana bernaungkan redha Allah …♥