Foto saya
Every heart has a story to tell . And This is mine ♡

Jumaat, 27 Julai 2012

,




ehem ehem .. assalamualaikum n salam ramadhan al mubarak .
.today is special day for me n him . :)
''happy anniversary'' yang ke 7 amirudin ..hahaha



工 レoV乇 ㄚ◯∪  Z ♥ 

Isnin, 23 Julai 2012

, TAZKIRAH RAMADHAN 2





salam ramadhan untuk semua :)

Sempena Bulan Ramadhan yang mulia ni, aku nak berkongsi serba sedikit tentang TAKZKIRAH RAMADHAN . Di samping utk mengingati diri sendiri, aku juga ingin mengingati rakan-rakan lain tentang kebaikan di Bulan Ramadhan.Actually kat sekolah tadi ade program ihya' Ramadhan ,so agak tersentap  jugaklah time ustaz to bagi ceramah,tambah2 ag time dye pasangkan surah Al- Fatihah .ALLAHUAKBAR !!
so,entry kali ni tentang HIKMAH BERPUASA DI BULAN RAMADHAN
hayatilahh


Bulan Ramadhan bulan berganda. Setiap apa saja yang dilakukan akan mendapat balasan berganda. Malahan nafsu kita juga turut berganda walaupun pada bulan ini syaitan dirantai oleh Allah. Ini adalah kerana nafsu telah bertapak di hati dan bermaharajalela. 

Apabila kita membuat kesilapan kita sering menyalahkan syaitan dan iblis yang menggoda kita. Tetapi mengapakah kesilapan yang sama turut berlaku dalam bulan Ramadhan? Adakah rantai-rantai yang membelit kaki-kaki syaitan itu terlalu panjang hingga dapat memberi 'petunjuk' kepada kita? 


Sabda Rasulullah saw.:
"Apabila datang bulan Ramadhan, dibukakan pintu langit dan ditutup pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan."

Semoga dengan keberkatan Ramadhan ini kita akan dapat menggilap kembali hati kita yang pudar dan melumpuhkan nafsu-nafsu hitam yang bertahta di hati kita selama ini. Oleh itu, inilah masa yang perlu digunakan sebaik mungkin untuk mendidik kembali nafsu kita yang selama ini dikongkong oleh syaitan. Berpuasa bukanlah sekadar berlapar semata-mata. Tetapi puasa adalah berlapar di samping mendidik nafsu dan peribadi manusia. Ini adalah jihad yang maha besar yang perlu dihadapi oleh setiap  umat Islam. 


Nabi Muhammad saw pernah bersabda:
"Berjihadlah kamu dengan lapar dan dahaga kerana pahalanya seperti pahala mujahid di jalan Allah (fi sabilillah) dan sesungguhnya tiada amalan yang lebih diperkenankan oleh Allah selain menahan lapar dan dahaga"

Bulan Ramadhan ini adalah anugerah Allah sebagai lambang kasih sayang kepada hamba-hamba Nya. Allah tidak mensia-siakan keletihan umatnya yang berpuasa hinggakan tidur di waktu siang juga diberikan pahala. Begitu besarnya kasih sayang Allah pada kita. Oleh itu marilah bersama-sama kita menilai diri kita. Semoga tahun ini amalan kita akan semakin bertambah dan sempurna perlaksanaannya. Insya Allah. Janganlah kita termasuk dalam golongan yang menganiayai diri
sendiri. 


Sabda Rasulullah saw:
"Barangsiapa yang mendirikan Ramadhan dengan penuh keimanan nescaya diampunkan segala dosa-dosanya yang lalu."

Wasalam

Sabtu, 21 Julai 2012

, fadilat solat tarawih :)



assalamualaikum n selamat menyambut bulan ramadhan ..
yes alhamdulilah,arini kita semua telah berpuasa selama 2 hari  .
i hope kita semua dapat menjalani ibadah puasa tahun ni dgn sempurna ..amin ,

so,entry kali ni special for you ^_^ :

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Saya telah mendengar sabda Rasulullah s.a.w. mengenai Ramadan: Sesiapa yang mendirikan sembahyang (Tarawih) dalam bulan itu dengan penuh keimanan dan mengharapkan keredhaan Allah, akan diampunkan segala dosa yang dilakukannya sebelum itu.


Diriwayatkan oleh Saiyidina Ali (r.a.) daripada Rasulullah S.A.W., sebagai jawapan dari pertanyaan sahabat-sahabat Nabi S.A.W. tentang fadhilat (kelebihan) sembahyang sunat terawih pada bulan Ramadan:

Malam 1 - keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama sepertimana ia baru dilahirkan, mendapat keampunan dari Allah.

Malam 2 - diampunkan dosa-dosa orang mukmin yang sembahyang terawih serta kedua ibu bapanya (sekiranya mereka orang beriman).

Malam 3 - berseru Malaikat di bawah ‘Arash supaya kami meneruskan sembahyang terawih terus menerus semoga Allah mengampunkan dosa engkau.

Malam 4 - memperolehi pahala ia sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan AL-Quran.

Malam 5 - Allah kurniakan baginya pahala seumpama orang sembahyang di Masjidilharam, Masjid Madinah dan Masjidil Aqsa.

Malam 6 - Allah kurniakan pahala kepadanya pahala Malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul Ma’mur (70 ribu Malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah-tanah mendoakan supaya Allah mengampunkan dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang terawih pada malam ini.

Malam 7 - Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa serta menolong Nabi ‘Alaihissalam menentang musuh ketatnya Fir’aun dan Hamman.

Malam 8 - Allah mengurniakan pahala orang sembahyang terawih sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Allah Ibrahim ‘Alaihissalam.

Malam 9 - Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad S.A.W.

Malam 10 - Allah swt mengurniakan kepadanya kebaikan di dunia dan di akhirat.

Malam 11 - Keluar ia daripada dunia (mati) bersih daripada dosa seperti ia baru dilahirkan.

Malam 12 - Datang ia pada hari Qiamat dengan muka yang bercahaya (cahaya ibadatnya).

Malam 13 - Datang ia pada hari Qiamat dalam aman sentosa daripada tiap-tiap kejahatan dan keburukan.

Malam 14 - Datang Malaikat menyaksikan ia bersembahyang terawih, serta Allah tiada menyesatkannya pada hari Qiamat.

Malam 15 - Semua Malaikat yang menanggung ‘Arasy, Kursi, berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.

Malam 16 - Allah swt tuliskan baginya terlepas daripada neraka dan dimasukkan ke dalam Syurga.

Malam 17 - Allah kurniakan orang yang bertarawih pahalanya pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.

Malam 18 - Seru Malaikat: Hai Hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha kepada engkau dan ibu bapa engkau (yang masih hidup atau mati).

Malam 19 - Allah swt tinggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.

Malam 20 - Allah kurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang solihin.

Malam 21 - Allah binakan sebuah istana dalam Syurga daripada Nur.

Malam 22 - Datang ia pada hari Qiamat aman daripada tiap-tiap dukacita dan kerisauan (tidaklah dalam keadaan huru hara di Padang Mahsyar).

Malam 23 - Allah swt binakan kepadanya sebuah bandar di dalam Syurga daripada Nur.

Malam 24 - Allah bukakan peluang 24 doa yang mustajab bagi orang berterawih malam ini, (elok sekali berdoa ketika dalam sujud).

Malam 25 - Allah Taala angkatkan daripadanya siksa kubur.

Malam 26 - Allah kurniakan kepada orang bertarawih pahala pada malam ini seumpama 40 tahun ibadat.

Malam 27 - Allah kurniakan kepada orang bertarawih pahala pada malam ini ketangkasan melintas atas titian Siratulmustaqim seperti kilat menyambar.

Malam 28 - Allah swt kurniakan kepadanya 1000 darjat di akhirat.

Malam 29 - Allah swt kurniakan kepadanya pahala 1000 kali haji yang mabrur.

Malam 30 - Allah swt beri penghormatan kepada orang berterawih pada malam terakhir ini yang teristimewa sekali, lalu berfirman:

Hai hambaKu: makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau ingini hendak makan di dalam syurga, dan mandilah engkau daripada air syurga yang bernama Salsabila, serta minumlah air daripada telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad S.A.W. yang bernama ‘Al-Kauthar’”.



Wallahua'lam...

Khamis, 19 Julai 2012

, hai PAHANG bai PERAK






hey assalamualaikum semua .. eh ,mesti korang pelik kan ble bace tajuk entry ni .. aku nak pindah pahang kew ??  xnak dok perak dah kew ?? haaa jeng jeng jeng..
actually baru2 ni aku balik pahang sebab ade kenduri kesyukuran ..semua kazen balik ,n yang paling bestnye ble aku dpt jumpe kawan lame semua :)) .. yeayyy




tapi naseb baek la sepanjang aku kan kampung,ditemani oleh bodyguard2 terbaruku iaitu MAJALAH REMAJA N NOVEL :)) wuhuuu
actually aq beli majalh ni sbb ade najwa latif n gabungan BIRU + PINK=






hai ,nama saya ZAKWAN :)) em .. ni sape ?? ni adik aku la. ( adik yang xdiiktiraf ) heheh
actually sepanjang aku kat kampung,aku selalu maen ngan dye ..petang2 bawak ronda2,bawak jalan2 then maen2 tocak ngn dye .. heheh
tapi mase ari sabtu to aku xmaen ngn dye sbb busy weyh .. haha busy masak :))




see .. setiap petang aku akan bawak dye jalan2 ..hehhe yang paling aku suka,ble dye nak berkepit ngn aku jew ,,alalala so sweet :)
even ble erra nak bawak dye ,dye nanges .. hheh..JUST ME :) 






haaa..time kenduri arto ,andak cadangkan kami masak arnab .. what ?? arnab ?? siyez aku geli sbnrnye nak mkn arnab tambah2 ag ble nmpak bulu dye yg gebu to ..hewwwwww ,
tapi ble da siap masak,mak suh aku rase ..then ajak aini mkan sekali,pasto aini cakap rase arnab macam ayam tp liat skit .so, aku pon try gigit sket .. hahah 
conclusionnye,arnab itu sedap :)






ija ngn aini selamba jew pegang arnab ..aku ?? oh NEVER !!

ohh ya,,baru2 ni nadia tnye aku mcmne nak masak ayam masak kicap .. hahha rupe rupenye setelah disoal siasat akhirnye dye bgtaw yang pakwe dye suka ayam masak kicap .so dye nak try masak for him .alalala so sweet :) untunglah pakwe dpt rase masakan ko .. hahah




Selasa, 17 Julai 2012

, SELAMAT BERPUASA ^__^







R ~ Ramadhan yang dirindu rindukan

A ~ Akan hadir membawa seribu rahmat sejuta berkat

M ~ Membersih hati dalam meraih Cinta Yang Maha Pencipta

A ~ Allahu Robbi ya Rahman ya Rohim

D ~ Datangkan kepada kami hari yang dirindu rindukan

H ~ Hilangkan kegundahan hati kami saat tibanya hari penuh kemuliaan

A ~ Alihkan kesibukan hati kami dari dunia penuh tipuan

N ~ Naungilah zahir bathin kami dengan cahaya rahmat dan kasih sayang-Mu.




assalamualaikum semua :)) 
huhu.alhamdulilah..tak lame lagi nak puasa ,.korang da ganti puasa ?? haaa,,baek ganti cepat ..
to la laen kali ganti hujung tahun,baru la tak kelam kabut gini ..like me n ecah :)) ececehceh 
pape pon shu nak ucapkan SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN AL MUBARAK DENGAN PENUH KEIMANAN N KETAQWAAN especially to my beloved FAMILY ,IBNU ZULKIFLI'' and also to my best frends ( BINTU JAMALLUDDIN , BINTU ABDUL HALIL , BINTU JAHARI , BINTU MOHD SHARIFF , BINTU MOHD ANUAR n also IBNU WAN ROSLI ) .. heheheee
pose penuh aku bg duit raye oke .. lallalala * sila tuntut 6 tahun kemudian ^____^

Sabtu, 7 Julai 2012

, RAHSIA RUKUN SEMBAHYANG







assalamualaikum kalian semua .. today,i want to share something about '' RAHSIA RUKUN SEMBAHYANG ''

I sure selame ni korang xtaw rahsia disebalik rukun sembahyang to kan kan ?? elelele,baek ngaku cepatt !! :)) so,kalo nak tahu sila lah bce kat atas to .. 

eh,nampk x ?? kalo xnmpak meh sni shu nak tuliskan ..

1) NIAT SEMBAHYANG 
    memelihara taubat kita dari dunia n akhirat .

2) BERDIRI TEGAK
    dapat meluaskan tempat kita 

3) TAKBIRATUL IHRAM
    sebagai pelita yang akan menerangi dalam kubur .

4) MEMBACA SURAH AL FATIHAH
    sebagai pakaian yang indah 

5) RUKUK
    sebagai tikar kita 

6) IKTIDAL
    akan memberi minuman dari telaga al kautsar di dlm kubur .

7) SUJUD
    memagar kita ketika menyeberangi titian siratul mustaqim ..

8) DUDUK ANTARA 2 SUJUD
    akan menaung panji panji nabi kita .

9) DUDUK TAHIYAT AKHIR
    menjadi kenderaan di padang masyar .

10) MEMBACA TASYAHHUD
      sebagai penjawap bagi soalan yang dikemukakan oleh mungkar dan nakir

11) SELAWAT NABI
     sebagai pendinding api neraka .

12) SALAM 
      memelihara kita

13) TERTIB
     akan pertemukan kita dengan Allah .




, something about ❤






✿~ Allah memberikan PERTEMUAN agar TAKDIR DICIPTA..
✿~ Allah mewujudkan SAYANG agar kita BOLEH MENGENALI..
✿~ Allah menitipkan RINDU untuk kita SALING MENGINGATI..

Bukan hanya DEKAT DI MATA, bukan jua yang DEKAT BICARANYA..tetapi yang sentiasa DI HATI dan DIINGATI dalam setiap BISIKAN DOA..♥♥


Sahabat, LELAKI YANG BAIK itu ada di mana-mana, tidak semestinya datang dengan kepala berketayap, janggut selambak atau harta membuak-buak..tetapi lelaki yang baik, jika Allah mahukan dia MENEMANI kita sepanjang hayat, MEMBIMBING kelakuan kita, menjaga kemurnian kalbu bersama-sama, MENDIDIK, membuka jalan agar kita dapat memperdalamkan SELOK BELOK AGAMA yang barangkali selama ini hanya menjadi pakaian dan lencana, dan memberikan kita ZURIAT YANG HALAL lagi dirahmatiNya..

Dia akan DATANG apabila tiba masanya..LAMBAT ATAU CEPAT, maafkan saya kerana Allah yang LEBIH MENGETAHUI..kedatangan seorang lelaki dalam kehidupan seorang wanita seperti MANUSIA KUDUNG yang diberikan semula sebelah kakinya, dia MENYEMPURNAKAN kita..apabila kita mempersilakan seorang lelaki DUDUK di samping kita untuk sepanjang hayat, bermakna kita secara langsung juga mempersilakan sekian MASALAHNYA berbaring di bahu kita..

Lelaki memang mendatangkan BAHAGIA..tetapi lelaki juga mendatangkan SENGSARA..namun jika kita BIJAK menatangnya, semuanya pasti baik-baik sahaja..itulah adat dalam perhubungan, yang buruk-buruk pasti ada..barangkali daripada si dia, barangkali juga daripada kita, tetapi kita harus cermat mengimbangkannya agar JODOH BERKEKALAN ke hari tua, dan hingga ke akhirat sana..♥♥

:: Saling bergantung, mencari TEMPAT BERPAUT kala suka dan duka ::



Jika RINDUKAN seseorang, pejamkanlah mata & ucapkanlah :
Bismillahirrahmanirrahim..
Ya Allah Ya Ilahi..
Aku RINDUKANNYA keranaMu..
JAUHKANLAH aku daripada perkara yang membuatkan aku LUPA kepadaMu..
Aku semakin mengerti 'JARAK' ini untuk MENJAGA AKU DAN DIA dari terjebak ke lembah KEMAKSIATAN DAN KEBINASAAN..
Dengan 'jarak' ini aku dan dia BERJANJI UNTUK BERUBAH menjadi yang LEBIH BAIK..
PERBAIKILAH AGAMA dan AKHLAK kami..♥♥


semua NIAT kerana Allah JANGAN DIKEJI tapi DIPIMPIN ke jalan yang DIREDHAI..jika ada orang sebut "SAYA CINTA AWAK KERANA ALLAH..", maka kita sebut "ALHAMDULILLAH..."

SEBABNYA? 

Bukan mudah diri kita ini akan buat orang mengingati Allah..apabila "Allah" disebut maka GEMENTARLAH hati orang beriman..moga cinta kerana Allah akan MENGANJAKKAN kita makin KUAT IBADAH, makin KUAT IMAN..tapi kalau cinta kerana Allah buat kita MAKIN LAYU dan ANGAU SENTIASA, maka ketahuilah kita sedang MEMPERMAINKAN NAMA Allah..

Cintalah seseorang kerana Allah, bukan kerana dirinya MEMBANGKIT NAFSU kita..bukan kerana kita mahu dapatkan KEPUASAN HATI, bukan juga kerana kita ada UDANG DISEBALIK BATU..cintalah seseorang kerana Allah bermaksud orang itu sifat-sifatnya DICINTAI Allah atau Allah sendiri memerintahkan kita mencintainya kerana cinta seseorang kerana Allah adalah sifat cinta kedua selepas tiada yang lebih dicintai SELAIN Allah dan rasul merupakan sifat cinta pertama..♥♥

p/s : Semua orang BERIMAN akan mencintai semua saudara seislamnya kerana Allah..sebab Nabi yang suruh, dan sebab Allah perintahkan..cintalah semua orang kerana Allah dengan cara sunnah nabi s.a.w..InsyaAllah..♥







✿~ Indahnya cinta jika BERPAKSIKAN kepada yang Esa..
✿~ Indahnya cinta jika DICURAHKAN kepada Baginda(Rasulullah)..
✿~ Indahnya cinta jika IBUBAPA dibelai MESRA..
✿~ Indahnya cinta jika tidak DINODAI dengan DOSA..
✿~ Indahnya cinta jika tidak TERKORBANNYA MARUAH yang BERHARGA..
✿~ Indahnya cinta jika diakhiri dengan PERNIKAHAN yang sejahtera..

Khamis, 5 Julai 2012

, sport day SMK TROLAK









#alhamdulilah la muke dpt diselamatkan dripada 'panahan matahari' yg membolehkan muke menjadi semakin cerah menawan :)



assalamualaikum semua ..  heheh

entry kali ni pasal SPORT DAY .. yezza ,,semalam iaitu bersamaan dgn 05 julai tepat pukul230 ialah ari sukan kat semetro ..moments paling happy ble pasukan kawad kaki rumah kenyalang dinobatkan sbgai JUARA ..yeayyyy :) *chicken dance


 sepanduk umah kenyalang yang direka khas oleh kami :)


jeng jeng jeng ...



pasukan kawad umah kenyalang ..




tersenyum riang :)




with aien ( kasawari )


hahah ..sumpah kelakar ble tgk gambar ni .. mcm alien kembar siam :)
sejujurnya aku xske pkai tdg then masuk dlm baju .. seksisss woo yeksss




kakak ecahhh .. hahah




su,dyan n eiqa :)




with diyana ..



nani,syafiq n alip .. si syafiq ni selalu pijak kasut aq :(




atlet atlet ..



oh my dearest shoes .... :(


walaupun kasut koyak tp at least aku happy sbb menang .. yeayy ..!! najmi ckp dye nak belanje kami .. *double happy :):)

haa,,pasto ade 1 incident lawak timeacara penutup kami kne kawad lg ,then aku nak pg la amek topeng n topi to pasto tgk2 da hilang .. taw x spe ciplak ?? lalala
ce teka ce teka ce teka ..

ORANG ASLI weyh yg amek topeng kami .. haha mule2 kami xpasan,pasto wawan nmpk bdk2 to maen2 topeng kami kat padang ..tehheeee ,,lawak kot ,.taw la topeng kami cun melecun :P
pape pon kira halal jew la ..naseb menag kalo x .. hahah siap korang :P

that all :) tata <3

last pic :



motif ?? BIA AKU SORG JEW YANG TAHU .. :))