Foto saya
Every heart has a story to tell . And This is mine ♡

Khamis, 31 Mei 2012




khas buat kaum adam :)





Tergoda dengan kecantikanya, Itu kerana mata yang melihatnya~
Tergoda dengan kemerduannya, Itu krana telinga yang mendengarnya~
Tergoda dengan keharumannya, Itu kerana hidung yang menghidunya~
Tergoda dengan kebijaksanaannya, Itu kerana akal yang memikirkannya~
Tergoda dengan budi perkertinya, Itu kerana hati yang mengatakannya~
Tergoda dengan akhlaknya, Itu kerana Iman yang memberitahunya~

Cinta itu tak perlu dicari~
Kerana ia akan hadir sendri~
Setiap jodoh tlh diitentukan Ilahi~
Apa yang perlu dibuat adlah bersabar menanti~
Menanti waktu yang sesuai~
Untuk meluahkan perasaan dihati~
InsyAllah, jika takdir menyebelahi~
Dia akn menjadi pasangan kita nanti~
Jika tiada rezeki~
Janganlah bersedih hati~
Kelak disyurga ada yang sedia menanti~



:: DOA AGAR DIBERI JODOH TERBAIK ::

Bismillahirrohmannirrohim.....

Ya Allah..Ya Tuhanku..
Jika pendampingku tlah Engkau lahirkan
Gerakan hatinya tuk menujuku ,Pertemukanlah kami dlm sebaik-baiknya pertemuan tuk menuju Ridha-Mu..
Kerana Engkaulah yg berhak atas hati hamba2-Mu..
Dan Engkau jua yg kuasa membolak balikannya..

Ya Rabb,
bila dia jauh,dekatkanlah..
Eratkan hati kami dlm ikatan kerana-Mu ,tautkan hatiku dgn hatinya yg sama2 mengharap&mendamba sebuah keinginan menuju ridha-Mu..

Ya Allah...Yang Maha Pecinta
Pemilik cinta sejati ,Jikalau cintaku kau ciptakan 
untuk dia
Tabahkan hatinya..
Teguhkan imannya..
Tegarkan penantiannya..

Ya Rabb...Sang Pemilik Hati
Jikalau hatiku KAU ciptakan untuk dia ,Penuhi hatinya dg Kasih-Mu,
Terangi langkahnya dengan Cahaya-Mu ,Limpahkan kelapangan dikalbunya dengan kesabaran,Temani dia dlm kesepian..

Ya Rabb,
Tiada tempat ku bersandar Selain pada-Mu,
Kutitipkan cintaku pada-Mu untuknya..
Kutitipkan sayangku pada-Mu untuknya..
Kutitipkan rinduku pada-Mu untuknya..
Mekarkan cintaku bersama cintanya..
Satukan hidupku & hidupnya dlm Cinta-Mu..

Rabb....
Ku yakin bila saatnya sudah menghampiri,
Pasti kebahagiaan itu aku dapati..
Mohon beri aku kekuatan dan kesabaran dlm 

penantianku..

Ya ALLAH..
kirimkan dia yang dapat membawa kebaikan,
Baik bagi duniaku,akhiratku dan agamaku..
Agar kami sama2 berjamaah tuk tetap Menuju-Mu..
bimbinglah hati kami ,Kuatkan hati kami..
Penuhilah dengan Rahmat & kasih sayang-Mu..Aamiin ya Rabb...




, al fatihah





first of all .. marilah kte ramai2 sedekahkan AL FATIHAH untuk FARIZUL FIKRY ny ..
walaupun aq xpnah sembang2 ngn dye ,tp mmg siyez aq terkejut sbb dye tlah kembali ke rahmatullah ..
actually aq knal dye time kami 1 bas pg kem kat UITM last year ..pasto aq selalu jgak nmpk dye komen2 kat group kem to .. 
n aq dpt tahu p0n ble diyana msj ..tp to aq ade kat EAMC .. Al Fatihah ..moga2 arwah ditempatkan dikalangan org 2 yang beriman .amin amin amin ya rabbal alamin ..
kat sk dye ni ketua pengawas n ramai kwn2 dye yg bersedih di atas pemergian dye .. kesian to mmg la kesian .. tp nak wat cmne ..Allah lebh sygkan dye ..
dorg ckp dye bawak laju .. sbb to la xcident ..da mmg ajal dye .. YA ALLAH ..kesian mak dye ..

AL FATIHAH ........

Sabtu, 26 Mei 2012

, hurey hureyy







hello assalamualaikum kalian sume .. hew hew .. yeyeah !! esok da stt cuti !! *chicken dance :)
owh yaa .. td kami ade motivasi kat sk ..under UITM SHAH ALAM .. 
mcm biase motivasi to tntg care nak stdy .. 

FIRST OF ALL : 

1. nawaitu kne elok ..
2. jaga hubungan ngn sume org
3. jaga pemakanan yg baik
4. jaga hubungan dengan Allah ..
5. tingkatkan usaha ..dont give up !

that all for today ..thanz u :)

owh btw esok gnap'  hubungan ' kami 5 bulan ..hehe alhamdulilah !
eh .. k k ..tata :)


DONT BREAK MY KIDNEY !  muahaha .. #oPPSS

                     #sila tutup mulut nanti masuk langau ..  hehehe









Sabtu, 12 Mei 2012

, Renungan











:: JANGAN SESEKALI KAMU ::

◆ Jangan beri HARAPAN jika kamu tidak mahu MEMILIKINYA..
◆ Jangan beri SAYANG jika kamu TIDAK MAMPU MENYAYANGINYA..
◆ Jangan BERMAIN dengan perasaan jika perasaanmu 'ZERO' padanya..
◆ Jangan sesekali kamu mengatakan 'AKU CINTA PADAMU' sedangkan di dalam hatimu hanya NAFSU YANG BERTAKHTA..

p/s : Wahai lelaki atau perempuan..jika kamu betul-betul MENCINTAI seseorang itu dengan sepenuh hati, maka..JAGALAH dia dengan sebaiknya, JANGAN HANCURKAN HATINYA kerana nanti hatinya berasa amat pedih atas KELUKAAN yang terjadi..jika kamu SAYANG dia sepenuh hatimu, kenapa kamu MEMINTA PUTUS? Mulut kata sayang tapi HATI TIDAK SAYANG..jika dari awal kamu tidak sayang, BERITAHU SAJA..buat susah dia saja SETIA KERANAMU...♥♥

#Renungan





Ahad, 6 Mei 2012

, wanita dan PERFUME



Haruman daripada minyak wangi yang dipakai seorang wanita yang melintas di hadapan tadi masih kuat berbau walaupun wanita itu sudah hilang daripada pandangan.
Dalam hati memuji-muji bau haruman minyak wanginya dan tertanya-tanya jenama apakah minyak wangi yang dipakai oleh wanita itu.
Hmm, jika saya, yang juga seorang wanita pun terpikat dan sukakan bau yang datang daripada wanita itu, kaum Adam juga pasti menyukainya dan mereka pasti akan tertoleh-toleh untuk melihat gerangan wanita yang berbau sangat harum itu.
Jika hal demikian terjadi, maka berdosalah wanita itu kerana telah menarik minat (atau mungkin nafsu) kaum Adam terhadapnya.
Memang menjadi fitrah manusia sukakan sesuatu yang cantik dan wangi. Ini kerana Allah juga sukakan kecantikan dan menggalakkan hamba-Nya berhias dengan pakaian yang cantik untuk mengerjakan ibadah. Hal ini bersesuaian dengan maksud surah Al-A’raaf, ayat yang ke-31:
“Wahai anak-anak Adam, pakailah pakaian kamu yang indah berhias pada tiap-tiap kali kamu ke tempat ibadah (atau mengerjakan solat), dan makanlah serta minumlah, dan jangan pula kamu melampau, sesungguhnya Allah tidak suka akan orang yang melampaui batas.”
Galakan untuk berhias ini bukan sahaja untuk kaum lelaki, bahkan juga untuk kaum wanita. Akan tetapi, perhiasan kaum wanita hanya terhad kepada golongan tertentu. Mereka tidak boleh berhias dan mempamerkan perhiasan mereka pada khalayak ramai seperti firman Allah dalam surah An-Nuur, ayat 31 yang bermaksud:
“Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.”
Terdapat beberapa hukum tentang wanita memakai minyak wangi iaitu harus, sunat, makruh dan haram. Wallahu’alam.
 Harus
Seseorang wanita itu dikatakan harus memakai wangi-wangian ketika suami berada di rumah terutamanya ketika ingin melayan suami mereka. Selain daripada itu, wanita tidak diharuskan memakai wangi-wangian. Nabi s.a.w telah bersabda yang bermaksud:
“Sebaik-baik wanita (isteri) ialah jika kamu memandangnya sentiasa menyenangkan hati kamu…” (Riwayat an-Nasa’is dari Abu Hurairah)
Ini bererti seorang wanita itu haruslah sentiasa kelihatan menarik dari segi akhlak dan penampilannya agar dapat menyenangkan hati suaminya.

Sunat
Sunat bagi wanita berwangian ketika berada di rumahnya, ketika ingin menunaikan solat dan beribadah di dalam rumahnya, dan juga ketika menyambut tetamu wanita.
Terdapat hadis yang menjelaskan wanita juga digalakkan berwangi-wangian tetapi bukan pada tempat yang telah dilarang. Rasulullah telah bersabda yang bermaksud:
“Wangi-wangian lelaki ialah yang jelas baunya dan tersembunyi warnanya. Sementara wangi-wangian wanita pula ialah yang cemerlang (jelas) warna dan tersembunyi baunya”(Riwayat al-Tarmizi)
Wanita juga disunatkan memakai wangian sebelum melakukan ihram. Aisyah r.a berkata:
“Kami (isteri-isteri Rasulullah s.a.w) pergi menunaikan haji bersama Rasulullah s.a.w. Ketika hendak berihram, kami memakai minyak wangi yang terbaik di kening kami. Ketika salah seorang di antara kami berpeluh, minyak wangi itu akan mengalir hingga ke muka dan Rasulullah s..aw melihat hal itu, tetapi tidak menegur kami (ertinya nabi s.a.w tidak melarang)” (Riwayat Ahmad dan Abu Daud)

Makruh
Hukum berwangi-wangian ketika berpuasa adalah makruh. Ini telah umum disepakati oleh ulama dan terdapat penjelasan dalam bab puasa.
Keterangan yang dapat dipegang dan dijadikan alasan ialah fatwa Imam Syafie dan Qaliyubi yang menyatakan “makruh memakai wangi-wangian ketika berpuasa”. Menurut Qaliyubi pendapat itu ialah pendapat ijmak.
 Haram
“Seorang wanita yang memakai bau-bauan dan melintasi satu kaum (orang banyak) maka dia itu adalah perempuan zina” (Abu Dawud, Tirmidzi)
Nabi s.a.w bersabda:
“Siapa saja perempuan yang memakai minyak wangi kemudian keluar ke masjid nescaya tidak diterima solatnya sehingga ia mandi dahulu (membersihkan dirinya dari wangi-wangian tersebut).” (Sahih riwayat Ibnu Majah dari jalan Abu Hurairah)
Abu Hurairah menceritakan bahawa dia pernah bertemu dengan seorang wanita sedang pulang daripada masjid dan ia berbau wangiannya, lalu beliau menegur:
“Wahai hamba Allah, apakah kamu pulang dari masjid. Rasulullah s.a.w pernah bersabda bahawa Allah s.w.t tidak akan menerima solat wanita yang memakai bau-bauan ke masjid sehingga dia pulang dan mandi……” (Abu Daud, An-Nasaie, Ibnu Majah dan Al-Baihaqi)
Abu Musa meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w bersabda:
“Setiap mata itu berzina (apabila memandang dengan nafsu wanita yang asing). Dan seorang wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melalui sesuatu majlis, maka ia adalah demikian, demikian…(penzina)” (Riwayat Tirmidzi)

 Daripada hadis-hadis di atas, maka jelaslah bahawa kaum wanita diharamkan memakai wangi-wangian ketika keluar dari rumah dan juga dilarang berhias berlebih-lebihan kecuali di rumah terutamanya di hadapan suaminya.
Allah jualah yang Maha Mengetahui. Wassalam


Sabtu, 5 Mei 2012

, cinta itu AMANAH ALLAH











                                             ~✿>> CINTA ITU AMANAH ALLAH..<<✿~


Jadikan PERCINTAAN kita sebagai AMANAH dari Allah s.w.t, insyaAllah kita akan BAHAGIA dunia dan akhirat..apabila kita sematkan dalam hati bahawa percintaan kita adalah amanah dari Allah untuk kita, tentu kita akan menjaga cinta itu dengan sebaiknya.. 

TETAPI..bagaimana hendak MENJAGANYA?

>>> Bila kita MENCINTAI kerana Allah, kita akan JAGA cinta-cinta kita dari jatuh ke lembah dosa dan maksiat..kita akan bawa orang-orang yang kita cintai bersama-sama ke jalan Allah..tidak akan kita tinggalkan orang-orang yang kita cintai di belakang sementara kita sendiri mengecap MANISNYA CINTA pada Allah..

Dan INGATLAH, orang-orang yang kita cintai itu 
juga BERHAK mendapat kemanisan IMAN..♥♥♥




                          don't steal '' Z '' from me.







Selasa, 1 Mei 2012

, good luck :)






with my new hijab :))

#mcm cacat jew tgn aq =='


bismilahirohmanirohim ..assalamualaikum kalian semua :)
huhu ..skrg da masuk bulan 5 kan kan ?? *selak klendar
mei,jun,julai,ogos,september,oktober n NOVEMBER !!!!!
mkneye SPM da nak dekat !!! YA ALLAH ...
*tadah tangan*
Ya Allah Ya Tuhan kami ..kau limpahkanlah kami kekuatan dan kesabaran dlm menghadapi liku2 kehidupan yg penuh panca roba ini ..amin amin ya rabbal alamin ..

korg sume da ready kew nk SPM ni ?? aq nasihatkan agar korg sume rajen2 kan lah diri tok study topik2 form4  ,wat latihan bnyak2 , memperbanyakkan amalm2 sunat ( puasa sunat n solat hajat ) ,pasto jage persahabtan .. xmau gaduh2 taw !! pasto jge pemakanan ..n finaly ,JGN LUPE BERDOA OKE !
kepada Dia lah tempat kte mengadu selain ibu bapa :)
n kpd kwn2 lelaki dlm kelas aq to ,plez la korg !! jgn maen2 da ,korg ingt spm ni mcm upsr ?? mcm amek lesen ?? skdr suke suke ??
no lah !! SPM NI PENENTU MSE DEPAN KTE ..!!! oke 

em ,,lg 2seminggu !! lg 2seminggu !! lg 2seminggu jew nak ppt ..YA ALLH ,sempat kew aq cover sume ni ?? hew hew hew ,,takut la ..mintak mintak la aq dpt khatam sumenye secepat yg mungkin !! yeahh yeahh !! SAYA BOLEH ..

so kepada kalian kalian sume '' WISH ME GOOD LUCK YEW ''

n xlpe jgak kat zairul,ecah,yati,diyana,wan,timah,deris,nad n mey ..GOOD LUCK :)







k wassalam :) peace no war !





mak n kak long .. hew hew hew rindu kak long :)
last jumpe thn lpas time dye kwen ..