Foto saya
Every heart has a story to tell . And This is mine ♡

Isnin, 30 April 2012

, AL-QURAN





~✿>> Hidup tanpa Al-Quran ibarat hidup TANPA OKSIGEN untuk BERNAFAS..

"Sesungguhnya hati-hati BERKARAT seperti berkaratnya besi. Sahabat-sahabat
bertanya bagaimana untuk MENYUCIKANNYA, ya Rasulullah? Baginda menjawab, dengan MEMBACA AL-QURAN dan mengingati mati."
(HR Ibnu Umar r.a)

p/s : Kadangkala kita menjadikan ALASAN SIBUK hingga mengabaikan al-Quran..sedangkan al-Quran itulah yang akan jadi SAKSI kita di akhirat kelak, Al-Quran yang akan membantu MELEBARKAN KUBUR kita, MENERANGKANNYA, menjauhkan dari api neraka..tapi semakin hari, kita seakan-akan semakin meminggirkannya..hati semakin sakit kerana MELUPAKANNYA, adakah kita SEDAR akan semua itu? Seperti mana kamu memerlukan oksigen untuk bernafas, kamu juga memerlukan AL-QURAN untuk memahami rahsia sebenar untuk mencapai KEJAYAAN dalam hidup kamu..♥♥

, tahajud :)





~✿>> Di ribaanMu, kata aku : "Aku JANJI, hanya mahu DIAM..tapi, dalam diam-diam yang lama itu, kata aku lagi : tapi Allah, bolehkan aku MENANGIS, sekejap?"

Perasaan dan rasa itu..bila datang menghuni jiwa, rasa TENANG yang amat..walaupun hati sedang SARAT dengan gelisah, letih, terbeban dan segala rasa lain..termasuk dengan rasa-rasa MAZMUMAH, bisikan syaitan atau hawa nafsu yang meliar..

Rasa tenang bila dapat menangis..dapat MENGADU sepenuh-penuhnya, rasa Dia amat DEKAT DI HATI, amat-amat dekat..sesungguhnya, rasa itu bukan datang sentiasa..setiap masa, PAYAH benar menghuni hati..sukar benar mendidik jiwa, MENANGISLAH SEPUAS-PUASNYA, tiada siapa memandang, hanya Dia yang SETIA MENDENGAR..

p/s : Aku MENANGIS di malam yang hening itu, kerana AKU TIDAK MAMPU MENANGIS keranaMU..kerasnya hati ini Ya Allah, MALUNYA aku..RINDU TAHAJUDKU padaMu..

Sahabatku sayang, mari..aku menyeru, aku memujukmu..malam ini, mari bersama-sama dalam TAHAJUD CINTANYA..rasakanlah kasih sayangNya, menangislah sepuasnya..hamparkan segalanya 
hanya padaNya..Dia sentiasa MEMAHAMI rasa hati hambaNya...♥♥

:: TAHAJUD tanda KEMESRAANMU denganNya ::

, wanita






✿~ MENGHAIRANKAN sekali, orang yang MENCUCI WAJAHNYA berkali-kali dalam sehari tetapi TIDAK MENCUCI HATINYA walaupun SEKALI DALAM SETAHUN..

✿~ Ramai orang RISAU bagaimana untuk MENCANTIKKAN FIZIKAL tetapi AMAT SEDIKIT orang yang memikirkan bagaimana untuk MENCANTIKKAN HATI..♥♥

p/s : Allah TERIMA KITA bukan sebab fizikal kita yang cantik tetapi Allah menerima hanya kerana HATI YANG BERSIH DAN IKHLAS untuk BERJUMPA dengan Allah..LAYAKKAH hati yang SAKIT, KOTOR, dan penuh dengan PENYAKIT HATI untuk berjumpa dengan Allah?

:: MENGAPA sering MENZALIMI hatimu sendiri? ::

Rabu, 25 April 2012

, lelaki VS perempuan


✿~ LELAKI JANGAN LAYAN wanita tu special sangat jika TIDAK ADA NIAT untuk buat dia menjadi yang SAH/HALAL..wanita ini lain sikit, CEPAT PERASAN dan MUDAH JATUH HATI..jangan letak harapan seandainya hati tidak yakin..jangan beri HARAPN pada yang mudah menyerap harapan..hati wanita ni macam gelas kaca, mudah pecah..bila sudah terluka, susah nak rawat balik.. ✿~ WANITA JANGAN BERHARAP terlalu tinggi kepada lelaki yang kamu sayangi, kerana bila kecewa datang..ia boleh menyakiti hati dan dirimu dengan banyak..jadilah wanita yang TEGAS, MAHAL dan TIDAK MUDAH untuk menerima cinta dari seorang lelaki yang belum sah menjadi milikmu. nota kaki : Jangan ada niat ingin kahwin sahaja, tapi TINDAKAN ke arah itu tidak ada..cari calon ini BUKANLAH sahaja-sahaja ingin MENCUBA macam mencuba pakaian..tidak sesuai yang ini, amik yang lainlah..♥♥

Sabtu, 21 April 2012

, tutorial bawal :)





#kelaka plak  amek gambo dekat2 ,, hahah


camne nak pkai tudung cmni ?? senang bin kacang jew .. jom tgk tutorial ni ...

*kalo korang nak labuh cuma  besarkan bidang tdg ni jew ..





*simple jew .. try lah yew :)

, wahai perempuan

"Perempuan kenalah pandai masak." "Perempuan kalau belajar jauh-jauh kat mana pun, bab masak kenalah pandai." "Perempuan kalau pandai masak, cepat kahwin." "Si H tu cepat kahwin sebab dia pandai masaklah.." "Suami kalau nak makan, dia nak air tangan isteri juga.." ~✿>> Seorang ISTERI SOLEHAH hendaklah MEMASAK DENGAN AIR TANGANNYA SENDIRI kepada suami..air tangan isteri yang memasak LEBIH BERKAT dari air tangan di kedai makan, buat wanita/bakal isteri BELAJARLAH MEMASAK..setinggi manapun PANGKAT DAN PELAJARAN kamu, MEMASAK akan menjadi RUTIN utama apabila sudah berkahwin kelak.. Wahai isteri solehah, BERWAJAH MANISLAH ketika memasak..kelak masakan kamu TETAP MANIS..jangan mengatakan TIDAK TAHU MEMASAK, di pasaran banyak BUKU RESEPI MASAKAN..sebelum memasak mulakan dengan BISMILLAH DAN SELAWAT..InsyaAllah, masakan kalian bertambah BERKAT dan MEMBUAHKAN PAHALA.. p/s : AIR TANGAN wanita solehah SANGAT AJAIB, mampu MEMBAHAGIAKAN rumahtangga di dunia dan di akhirat..tiada manusia yang akan pandai jika TIDAK BERUSAHA memperbaiki diri..ramai wanita BERAZAM ingin menjadi ISTERI SOLEHAH, salah satunya memasaklah untuk suami agar suami selalu tertawan..belajarlah memasak even "sesimple resepi" sekalipun, setiap titisan air masakan akan menjadi ZIKIR MEMOHON KEAMPUNAN kepada Allah..♥♥ :: Jika WANITA kena pandai MASAK, LELAKI kenalah juga pandai menjadi IMAM :: :)

Rabu, 18 April 2012

, majlis MAKAN PETANG




* menunggu hidagan char keow toew


*sesi menambah oleh ecah n nadia :)


*sesi menambah air kali kedua,ketiga n keempat..hehhe



*sesi makan cokodok ..wakaka


*sesi bergambar dihadapn rumahku syurgaku ..chewahh
eh eh gambo rumah jew ade .. maaf yew gambo kami xdew :)


Khamis, 12 April 2012

, Enam pesanan khusus untuk wanita..






1. Jaga solat pada awal waktu. Kalau datang haid sekalipun jika tidak dapat solat, kena duduk atas tikar sembahyang supaya anak tidak lihat kita meninggalkan solat.

2. Hidupkan Bacaan Hadis Nabi s.a.w di rumah dengan keluarga. Dianjur baca Hadis Fadhilat Amal. Ini amalan sahabiah zaman Nabi s.a.w sehingga dari rumah kita keluar anak-anak yang soleh yang mendoakan kesejahteraan kedua ibubapa dunia akhirat.

3. Baca Al-Quran setiap hari walaupun hanya 8 ayat. Kalau tak mampu nak baca kerana terlalu sibuk, cukup dengan mencium Al-Quran dan muhasabah “Ya Allah, apa dosa saya hingga saya tak dapat nak baca kitab Mu pada hari ini”.

4. Mendidik anak secara islam. Mengajar anak-anak dari kecil bermula dengan doa-doa masnun, iaitu doa seharian Nabi s.a.w seperti doa tidur,bangun tidur, makan dan sebagainya.

5. Hidup sederhana dengan tidak membebankan suami. Setiap hari malaikat akan menghantar 500 jambangan bunga dari syurga untuk wanita yang hidup sederhana. Setiap titisan air masakan & basuhan mereka akan menjadi zikir mohon keampunan kepada Allah s.w.t atas wanita tersebut.

6. Galak suami untuk bermujahadah atas Agama Allah. Seorang isteri yang menggalakkan suami untuk solat berjemaah di Masjid / Surau akan dapat pahala berjemaah suaminya termasuk solat dia sendiri.

Mudah-mudahan ulasan ringkas ini bermanfaat. Muzakarahlah bersama teman2 wanita yg lain supaya hakikat amalan ini masuk dalam hati kita & mudah nak amalkan.

Rabu, 11 April 2012

, PERKAMPUNGAN PUTERI ISLAM PERINGKAT DAERAH BATANG PADANG





*sepanduk kami


*hasil kerja group kami menyediakan sandwish :)


*acara memasang khemah giat dilakukan dibawah sinaran matahari yang panas terik :)


*ceramah kesihatan yg bergtu membosankan +_+



*yeah ! acara menyediakan sandwish .. i sdg memotong TIMUN :) hahah



*with my ecah :)

Ahad, 8 April 2012

, ✿:: AL-QURAN KALAMULLAH ::✿






✿~ Kepada yang MAMPU, hafallah..
✿~ Kepada yang TIDAK MAMPU, bacalah..
✿~ Kepada yang LEMAH, bergurulah..

JANGAN biarkan Al Quran memburuk di atas almari, jangan tinggalkan Al-Quran bersendirian..sesungguhnya kitab mukjizat lagi SUCI nan MULIA itu tidak
sepatutnya diperlakukan sedemikan rupa..

Jika buku ilmiah, majalah, novel boleh dibaca sehingga ke titik terakhir, jika di alam maya, boleh seharian mengadap berjam-jam lamanya..jika surat khabar, kita belek lembarannya 5 kali sehari..KENAPA tidak dengan Al-Quran?
(Astaghfirullah’azim, betapa lalai dan cuai dan malasnya diri ini :(( )

CARILAH MASA untuk membaca AL Quran..ada HAMBA ALLAH selalu berkata :
"Jika tidak boleh membaca 1 juzuk sehari, bacalah sehelai sehari..atau 1 muka surat sehari, atau membaca setakat mana terdaya yang mampu..."

“Orang MAHIR dalam bidang Al-Quran maka ia bersama para Nabi dan syuhada..adapun orang yang MEMBACA DENGAN GAGAP (tidak mahir) namun hatinya TERTAMBAT kepadanya, maka ia memperolehi DUA PAHALA.”
(Hadis riwayat Muslim)

MOHONLAH KEKUATAN dari Allah untuk melawan NAFSU MALAS kita kerana sesungguh tiada daya dan upaya, hanya kepada Allah TEMPAT PERTOLONGAN..

Ada satu Hadis Nabi saw yang mengatakan kepada sesiapa saja yang membaca Al-Quran, mempelajarinya dan mengamalkanya, maka akan dipakaikannya kepada KEDUA IBU AYAHNYA pada hari kiamat MAHKOTA DARI CAHAYA yang sinarnya bagaikan sinar matahari, dan dikenakan kepada kedua orang tuanya DUA PERHIASAN yang nilai tidak tertanding oleh dunia..masyaAllah, terlalu indah..rebutlah PELUANG yang ada untuk ibu dan ayah kita..♥♥

:: InsyaAllah, ISTIQAMAH dalam membaca AL-QURAN ::

Khamis, 5 April 2012




Wanita lebih menghairahkan berbanding lelaki.
Wanita nampak lebih menghairahkan jika menayang auratnya.
Tambahan pula jika mereka memiliki aset yang gebu dan montok.
Lelaki pula dipandang selekeh walaupun hanya berselipar dan berseluar pendek menayang bulu kaki yang lebat. Bernafsukah perempuan tengok?Kebiasaannya, jika perempuan ternampak lelaki bogel, mereka akan tutup mata.
T...etapi, jika lelaki ternampak perempuan bogel, terbeliak biji mata.
Ada kes perempuan rogol lelaki? Jika ada, pasti mengundang reaksi luar biasa. Berbanding kes lelaki rogol perempuan yang boleh dikatakan perkara biasa dan muak untuk didengar kerana terlalu kerap terpampang di dada-dada akhbar.

Jadi, mungkin inilah antara sebab orang ramai lebih memberi fokus kepada aurat perempuan berbanding aurat Lelaki. Kerana aurat perempuan lebih berat dan menjadi beban kepada orang lain. Kami semua sangat menyayangi anda. Tetapi, kenapa kamu tidak mahu menyayangi kami? Kenapa kamu tiada belas ihsan membiarkan ayah, saudara lelaki dan anak lelaki menanggung dosa-dosa kamu semua? Jika wanita sayangkan lelaki, tutuplah aurat. Kami tidak sanggup menemani anda di neraka.Walaubagaimanapun, ini bukanlah alasan untuk kaum lelaki memandang remeh bab aurat. Aurat lelaki tetap wajib ditutup. Entry ini hanya sebagai jawapan kepada yang suka mengeluh, kenapa orang ramai asyik fokus bab aurat wanita sahaja.

Aurat wanita juga penyebab ramai lelaki ke neraka.
Daya tarikan wanita sangat hebat kerana mampu menarik golongan ayah, suami, abang, saudara lelaki dan anak-anak lelakinya sebagai teman ke neraka.
Kaum lelaki terpaksa menanggung dosa wanita yang tidak menutup aurat kerana kegagalan membimbingnya.
Jika lelaki tidak menutup aurat, wanita tidak perlu menanggung dosa lelaki.
Aurat wanita amat dititik beratkan kerana mudah timbul fitnah dan mengundang maksiat. Dengan hanya melihat rambut pun sudah cukup untuk menaikkan syahwat lelaki. Mendedahkan diri ke arah lembah penzinaan. Risiko untuk lelaki memuaskan nafsu dengan tangan sendiri juga tinggi.

kalau ISLAm, ikut cara ISLAM...
kuatkan IMAN!!!
"TEPUK DADA TANYE IMAN"!!!!!!

, :: SODEHKAH saya? ::







✿~ SEKUAT mana seorang WANITA cuba menghadapi DUGAAN..
✿~ SETABAH mana seorang wanita cuba melalui UJIAN..
✿~ SETENANG mana seorang wanita cuba MENYEMBUNYIKAN KESEDIHAN..

Adakalanya, AIR MATA akan tetap JATUH BERGUGURAN di pipi walau dalam SENYUMAN, lumrah wanita penuh KASIH SAYANG dan KELEMBUTAN, mudah terguris dan terhiris, hati halusnya menguatkan SEMANGAT dalam diri dan..hanya LELAKI SEJATI sahaja yang mampu menjadi PENAWAR buat dirinya..♥♥

:: Saya akan BELAJAR untuk TABAH ::

, k.E.K.E.K




sila klik gambar diats untuk pembesaran yang lebih sihat ^_^

HAPPY BESDAY TO YOU
HAPPY BESDAY TO YOU
HAPPY BESDAY TO CT SHUH SHU
HAPPY BEDAY FOR ME :)

yeyeah ..dapat kek pink :) 3 tahun berturut2 kek wane pink tp perisa coklat ..wakaka
thanz mak .. n arini abg aq plak beli kek keju .. :) wiwit ..hahah


k bai ..



*IMISSU ..UMISSME ..THEYLOVEU .. WE LOVE YOU :)

Selasa, 3 April 2012

, WAHAI WANITA SOLEHAH






Wahai Gadis Solehah…
Dari jauh ku melihat raut wajahmu… tunduk memandang bumi yang luas, gerak langkah kaki mu mengingatkan daku akan sebuah kematian.
Dunia ini penuh dengan kepura-puraan. Namun kau mampu mengharunginya bersama ladang kesabaran dan ketaqwaan mu. Meski pun kau dicaci dan dimaki… ditaburi fitnah… namun bersama gunung kesabaran dan benteng ketaqwaan mu, kau mampu mempertahankan kerana diri mu penuh dengan Nur Iman dan Din Islam utk menegakkan jihad di akhir zaman ini.

Bagi mu Al-quran sebagai hiburan, As-sunnah menjadi amalan dan rumah sebagai tempat perteduhan dari tipuan dunia yang penuh dengan kepura-puraan.

” Perempuan suci adalah perempuan yang dijaga oleh Allah SWT,tidak sedikit pun Allah membenarkan mana-mana lelaki menyentuh dirinya walaupun hatinya kerana Allah terlalu mencintainya,tetapi andai kita bergelumang dengan cinta lelaki, dimanakah Allah untuk …menjaga kita ?? Allah seperti melepaskan kita kpd manusia yg lebih bnyk mengecewakan kita. Jika Allah datangkan kesedaran dlm diri supaya meninggalkan cinta seorang lelaki, bermakna Allah mahu mengambil kita kembali untuk jagaanNya.Mengapa masih ragu-ragu ??Kekuatan usah ditunggu tapi harus dicari.Hargailah diatas kesempatan yg Allah berikan.Sebesar-besar dosa adalah dosa yg kita rasa berdosa melakukannya”-Imam Ghazali

-m.o-



ANDAINYA LELAKI TAHU..

Andainya lelaki tahu, dalam hati seorang perempuan
ada naluri untuk di sayangi,
ada rasa untuk di beri perhatian,
ada rasa untuk di dengari keluh kesahnya,
ada waktu2 minta di temani kesedihannya,

Andainya lelaki tahu rajuk seorang perempuan minta di pujuk,
Marah seorang perempuan perlu di dekati,
Sedih seorang perempuan perlu di dengari,
Gembira seorang perempuan ingin di kongsi,

Sayangilah seseorang itu atas dasar siapa dirinya sekarang,
Bukan atas dasar siapa dirinya sebelum ini,
Cintailah seseorang itu kerana hatinya,
Bukan paras rupa semata2

Isnin, 2 April 2012

, pesanan kepada KAUM HAWA





Perempuan yang perasan cantik akan menggedik dengan lelaki,

Perempuan yang perasan cantik akan suka membuka auratnya,

Perempuan yang perasan cantik akan mula make up tebal-tebal,

Perempuan yang perasan cantik akan tunjuk semua gambarnya pada lelaki,

Perempuan yang perasan cantik akan merasakan dirinya paling ‘cute’,

Perempuan yang perasan cantik akan rasa diri dia paling ramai peminat,

Sedangkan HAKIKAT KECANTIKAN wanita ialah:

Muslimah yang cantik tidak akan menggedik dengan lelaki,

Muslimah yang cantik tidak akan membuka auratnya,

Muslimah yang cantik tidak perlu make up tebal-tebal,

Muslimah yang cantik tidak akan tunjuk wajahnya pada lelaki bukan mahram,

Muslimah yang cantik akan sentiasa rasa dirinya biasa-biasa saja,

Muslimah yang cantik akan merasa terhina apabila dirinya dikelilingi ‘kumbang’,

Kecantikan wanita tidak bererti andai tiada iman, taqwa dan ilmu padanya. Tariklah perhatian Allah, bukan menarik perhatian lelaki yang tidak halal bagi kamu..


-m.o-

Ahad, 1 April 2012

, Hadith mengenai wanita.




Hadith-hadith ini sering saya baca atau dengari.Mungkin sebahagian dari anda sudah biasa mendengarnya.Namun,bagi yang belum pernah membaca atau mendengarnya,bersyukurlah di atas kurniaan Allah kerana menanugerahkan jantina yang mulia…

1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayangnya yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda, “Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia”.

2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.

4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan..

6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah.

7. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis karena takut akan Allah dan orang yang takut akan Allah, akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

8. Barangsiapa membawa hadiah ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya(10, 000 tahun).

10. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana saja yang dikehendaki.

11. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.

12. Aisyah berkata, “Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab Rasulullah, “Suaminya. “Siapa pula yang berhak terhadap lelaki?” Jawab Rasulullah, “Ibunya”.

13. Apabila ibu dan bapa mu memanggil kamu secara serentak,maka jawablah ibumu dahulu.

14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama dia taat kepada suami serta menjaga sembahyang dan puasanya.

15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

16. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

17. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku Nabi SAW di dalam syurga.

18. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa taqwa serta bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.

19. Dari Aisyah r.a., Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuan lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.

-M.O-

, happy birthday :)



DOA SEMPENA HARI LAHIR

Catatan kelahiran 01 APRIL 2012


Terima kasih Ya Allah untuk usia yang telah Engkau berikan.
Terima kasih juga untuk setiap rezki yang Engkau kurniakan.
Terima kasih untuk setiap cubaan yang Engkau turunkan.
Terima kasih untuk bakat dan ilham yang Engkau anugerahkan.
Sesungguhnya terlalu banyak yang telah Engkau berikan kepadaku...
dan terlalu sedikit pengabdianku terhadapMu.

Amin amin ya rabbal alamin ...




alhamdulilah .alhamdulilah ..
finally ,i officially 17 y/s now .. huhu * chicken dance

btw thanz a million kat spe2 yg wish to ..hehhe
terharu ble dorang ingat besday aq ,..especially mey,yati,ecah,diyana,wan,deris,akol n raje ..
n to amirudin ...THANZ SESANGAT ,I LAP U