Foto saya
Every heart has a story to tell . And This is mine ♡

Rabu, 24 Ogos 2011

, DARIPADA diriku KEPADA diriku !!!

AKU SEORANG PELAJAR YANG HEBAT
aku memang HEBAT kerana Tuhan telah menjadikan bahawa manusia dijadikan hebat dan terbaik antara segala makhluk ..aku lebih hebat daripada apa yang ak sangkakan ...ah !!
apa yang orang lain katakan pada diriku semuanya BOHONG belaka ..aku lebih taw siapa diriku !!!
aku HEBAT sebenarnya !!
aku
hebat ,hebat ,,hebat..hebat !!!


CT SHU HEBATTTTT !!!!!


Aku boleh lakukan apa sahja yang aku inginkan ..
nsyallah ...I CAN DO IT !!

I CAN DO IT !!!!!!!!!

ibuku ! ibu ! ibu ! tidaklah kau sia-siakan mengandungkanku sembilan bulan sepuluh hari dengan melahirkan aku dalam susah payah !!

aku berjanji padamu ibu ...
aku tidak akan mensia-siakan dirimu ..

ayah !!
aku taw kau telah bekerja susah payah !aku taw kau telah berkorban segalannya untuk kejayan ku ...aku tida akan memalukanmu ...

ayah ! ibu ! dengarlah janji anakmu !!akan aku pastikan kejayaan milikku ... !!!

Jumaat, 19 Ogos 2011

, nOvel :)



Tajuk : Biar Rindu Berlalu
Pengarang : Sharifah Abu Salem
Penerbit : Alaf 21 Sdn Bhd
ISBN : 978-983-124-305-3
Mukasurat : 592 Halaman

Sinopsis belakang novel:

Sering rindu datang tanpa diundang. Sering pula hati dipersalahkan apabila rindu begitu mendera. Namun, kerana rindu itu dua insan saling berjanji untuk sehidup semati. Dan, kerana rindu itu juga ada insan yang sanggup melupakan janji yang dimaterai.

Janji Khalil dengan Samirah untuk membina istana bahagia, bagaikan sirna kerana permusuhan anak-anak. Fatiha tidak mahu kasih ibu diganti dengan kasih wanita lain kerana merasakan cinta wanita itu tidak seagung cinta ibunya. Nasrul juga tidak sanggup orang asing muncul dalam hidup ibunya.

Masing-masing menafikan hak bahagia kedua orang tua. Sengketa keduanya berpanjangan, saling membenci dan melukakan. Bagai api yang membakar, kedua-duanya saling menyakitkan. Marah dan dendam mewarnai setiap kata-kata.

Mengenalimu merupakan kenangan pahit dalam hidupku,
namun ia juga adalah saat terindah
yang tak mungkin dapat kutemui sampai bila-bila ....


Di saat kemelut dan persengketaan kian bertandang, Fatiha bagai kehilangan kehidupan... apabila musibah datang menimpa, Nasrul didera rasa bersalah. Fatiha pula tidak mahu mengaku kalah. Dia cuba bangkit dari kehancuran yang sedang didepani. Tanpa disedari, rindu perlahan-lahan datang. Namun dia lebih rela rindu itu berlalu pergi. Dia tidak mahu rindu itu bertamu di dalam hati.


kesimpulanye : novel ny xbest sgt la..tp kalau nak try bace xsalah ...
plot novel ny pon bese2 jew :)




heheh ..kim bum say : I LOVE U SO MUCH CT SHU ^_^

Selasa, 16 Ogos 2011

, NOVEL again :)


assalamualaikum sume ...
arini shu xtaw nak updte ape so , just nak share ngan korang pasal novel gempak ny ..

terbaik dohh novel ny ..xcaye bace la :)

kat sini ,shu bg sinopsis novel to oke :
hayatilah ... hahaha

( salin dr belakang novel to jew ..hikhik )

PERHATIAN yang diberi Adam Lutfi membuatkan Kauthar mula merindui lelaki itu. Atas dasar menghormati hubungan pelajar - tutor, dia mengambil langkah memendamkan perasaannya sendiri. Sedangkan Adam Lutfi cuba mendekati Nadiha tanpa mengetahui gadis itu sebenarnya mahu mengecewakan setelah cintanya dengan Karl tidak kesampaian.

Tika hati mula bergetar setiap kali mengingati Adam Lutfi, Kauthar mem bicarakan jua soal hatinya. Sayangnya, Adam Lutfi sudah mengikat pertunang an dengan Nadiha. Kehancuran cinta yang tidak berbalas melarakan hati. Dihumban jauh kasihnya yang tidak memberi apa-apa erti lagi.

Pertemuan dengan Kauthar memutikkan bunga-bunga cinta di jiwa Karl. Ketulusan Karl berjaya membuka semula pintu hati Kauthar. Saat Kauthar melakar bahagia, rumah tangga Adam Lutfi pula bergolakan. Tahulah Adam Lutfi yang mana intan, yang mana kaca. Cinta Kauthar ingin diraihnya se mula. Dan Kauthar terpaksa memilih. Jika jatuh cinta itu boleh dirancang... pasti tiada hati yang akan terluka.


kesimpulannye : i like adam lutfi oke !!

Sabtu, 13 Ogos 2011

, sewaktu dahulu ~~

Assalamualaikum ^_^

em ... korang sume sihat ?? pose tak ?? haaaaa ... baju raye da beli ?? bape pasang ??
wane ape ??

haha...adehh ..banyak betol soalan kan ..kan ?? * silly *

weee..arini shu ada something nak share n korang sume ..
oke2 ..da ready ??

1
2
3
4
5 .......


arini shu nak cite sikit time shu kecik2 dulu ..

kampung aku lebih cantek dari pic ni ..hikhik



alkisah ...

aku dilahirkan di JERANTUT, pahang ...aku lahir kat umah oke !!
mak aku cakap ,jiran aku yang jd bidan time to ..coz time to ayah aku xdew kat umah ..tokwan aku pon sme ..so ,panggil jew la tok nek kat sebelah to ..xsilap la ,,aku lahir tengah hari ....

nenek aku cakap aku tembam giler2 time kecik ..aku dok pahang sampai umur aku 4 tahun ...then ayah aku dapat keje kat SABAH ..so kami pon pindah la kat sne ...time to abang aku umur 10 tahun kot ..adik aku lak baru bape bulan ..
weee....first time naik kapal terbang memang mengerikan !!
kecut perut dibuatnye ....aku ase jantung aku cam nak tercabut jew ..seriusy !! takut sangat ...
mule2 kami naik kapal terbang yg kecik ..then sampai kat lapangan terbang kuala lumpur..pasto naek lagi kapal terbang ..tapi besar sikit ..boing !
then sampai kat lapangan terbang kota kinabalu ..then fly lagi sampai la kat lapangan terbang lahad datu..sampai jew sane ,ade orang jemput ...then bawak g umah baru ..

aku dok sne sampai umur aku 10 tahun ..
time raye kami kene balik 2 tahun sekali jew ..sedih bukan ??
memang sedih !!
tp xpew ...orang2 sabah sumenye baik2 ...

time balik raye tuh aku memang pulun habes ..maknenye aku beraye sangkan la ...
kalo bab makan ny toksoh nak cakap la ..memang hebat !!
nak katekan aku tawaf 1 kampung tuh !! hahaha ...nak kumpul duit raye la katakan !

time malam plak ,,aku n sedare2 aku xpg terawih ..baik besa baik kecik ..heheh ..kami dok main mercun n bunge api kat luar umah tok aku to ...
yang paling best xterkate ,,umah tok aku to jadi tumpuan budak2 ...
sume budak2 datng berkumpul kat umah to then maen sme2 ...
well ..aku lak dok dating !!
hhaha ..xdew la ...aku dok mengusha dorang men jew la ...coz aku xberani men mercun ny ..seram ..meletup sne sini ..last2 putus jari baru taw !!

kat sebelah umah tok aku to dye ada ramai cucu lelaki ... hahaha
encem 2 plak to .. kami men dgn mereka la ..nak katakan dorang ni tauke mercun n ketua la jugk !!
tp sekarang ny da besa da ..banyak da abes sekolah ...
rindu la kat mereka ...!!
ahaha ...
tahun lepas aku balik kampung , aku nampak dye ...haiya !!
ehh ,malas la cakap ......

time berbuke lak juadah yang paling penting sekali ..ialah
MERTABAK
aku mmg suke gile2 lak makanan ny ..
mertabak kat jerantut paling terbaik laaa !!

bile bersahur lak banyak beno makanan !
penuh 1 meje to ..
atuk aku cakap xpew demi cucu dye !1
alahai SO SWEET *Yaaakkkk*

sekarang masing2 da besa ..semangat nak men mercun da pudar !!
weeee :( ..
eeiihh ,,xsonok !!


em ..k laa ...
assalamualaikum .
selamat berpose kawan2 ..heheh
pose penuh dapt duit raye oke ?? !!

Jumaat, 12 Ogos 2011

, peranan REMAJA dan cabarannye !

"Remaja tunggak negara", "Remaja hari ini adalah pemimpin hari esok" dan "Pemuda harapan bangsa" adalah sebahagian ungkapan yang sering kita dengar tentang remaja.Ia merupakan satu kenyataan yang tidak boleh dinafikan oleh golongan remaja, baik lelaki mahupun perempuan.Merekalah yang bakal mengambil alih pucuk kepimpinan negara, negeri, daerah, kampung, kawasan, tempat kerja atau pun setidak-tidaknya sebagai ketua keluarga apabila sudah berumah tangga.

Rasulullah pernah bersabda yang bermaksud: Setiap daripada kamu adalah pemimpin yang bertanggungjawab terhadap mereka yang di bawah jagaannya. Pemimpin negara bertanggungjawab ke atas rakyat di bawah pemerintahannya; seorang lelaki adalah pemimpin dan bertanggungjawab terhadap keluarganya; seorang wanita adalah penjaga rumah suami serta anak-anaknya; seorang hamba bertanggungjawab terhadap harta tuannya; kamu semua adalah pemimpin dan bertanggungjawab ke atas mereka yang dalam jagaan kamu. (riwayat Bukhari)

Oleh itu, setiap daripada kita mempunyai tanggungjawab termasuklah para remaja. Secara umum, remaja biasanya dianggap sebagai kelompok usia peralihan antara anak-anak dan dewasa, iaitu antara usia 12 hingga 20 tahun atau mungkin lebih.

Sebagaimana yang kita ketahui, remaja sekarang banyak yang terpengaruh dengan rakan-rakan, saudara mara, jiran tetangga dan masyarakat sekeliling yang menyebabkan berlakunya perubahan terhadap diri mereka terutamanya sikap.

Perubahan yang positif amat disyukuri tetapi bagi yang tidak mencukupi didikan agama, mereka mudah dipengaruhi oleh gejala-gejala negatif yang bukan sahaja boleh merosakkan diri sendiri bahkan masyarakat sekeliling juga akan turut sama musnah sedikit demi sedikit.Nasihat demi nasihat diberikan. Fakta demi fakta dibuktikan. Semuanya untuk merubah golongan yang bergelar remaja supaya bersiap sedia dengan apa sahaja keadaan dan dapat membezakan antara yang baik dan yang buruk.

Apakah generasi kita benar-benar faham akan tanggungjawab mereka untuk mendambakan masa depan dengan desakan perubahan yang mungkin akan lebih drastik dan hebat?

Bersediakah mereka dengan apa jua keadaan yang akan berlaku?Budaya Barat yang bersalut dengan kekufuran dan kemaksiatan sentiasa mengalir melalui media elektronik, termasuk juga video lucah yang menjadikan remaja sebagai sasarannya.Apakah remaja hari ini menyedari bahawa mereka sedang melalui satu jalur perubahan yang semakin menjadikan mereka lupa kepada siapa mereka menyandarkan kerisauan dan keresahan mereka?Sedarkah kita bahawa generasi muda yang kita anggap sebagai penyambung warisan kita turut terkeliru dalam pengertian sebenar kehidupannya?

Remaja amat memerlukan bimbingan dan panduan yang betul untuk menjadi individu cemerlang dan bukan sahaja berguna kepada diri sendiri, malah juga kepada agama, bangsa dan juga negara.Oleh hal yang demikian, remaja seharusnya bersedia menyertai apa-apa program yang berbentuk kepemimpinan sama ada di peringkat sekolah ataupun oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Seperti yang kita sedia maklum, remaja sering berhadapan dengan pelbagai cabaran dalam bermacam-macam situasi. Remaja harus membuktikan bahawa mereka mampu mengiringi arus globalisasi yang kian rancak mendominasikan nilai kemanusiaan.
Kita tidak mahu adanya keciciran di kalangan remaja yang boleh merencatkan pembangunan bangsa. Dengan itu, didikan perlu diberi sebelum mereka mencapai tahap umur yang dipanggil remaja.

Tidak ada sesiapa pun didalam dunia ini yang boleh lari daripada tanggungjawab masing-masing walau dalam apa jua keadaan. Sebagai pelajar, maka menjadi tanggungjawab mereka untuk belajar.

Sebagai anak, mereka juga ada tanggungjawab terhadap kedua ibu bapa. Sebagai abang, kakak, adik, kawan, jiran dan berbagai-bagai lagi tanggungjawab yang boleh dipikul oleh seorang remaja.

Oleh itu, sedarilah bahawa setiap orang mempunyai tanggungjawab yang berbeza-beza yang harus dipikul dengan sebaik-baiknya.Remaja memainkan peranan penting dalam menentukan maju atau mundurnya suatu bangsa.Malah remaja menjadi tunggak harapan negara. Remaja juga disebut sebagai generasi penerus yang berperanan penting dalam perjuangan bangsa dan negara. Zaman remaja adalah masa muda dalam kehidupan yang penuh dengan tenaga, harapan dan semangat.

Pemuda adalah barisan pemimpin pelapis negara yang akan mencorakkan landskap negara masa depan. Jikalau rosak akhlak remaja hari ini, bermakna pemimpin negara yang akan datang juga terdiri dari mereka yang tidak berkualiti dan tidak bermoral.Disebabkan inilah remaja hari ini mesti diberi bimbingan dan didikan serta pengetahuan yang cukup sebagai persediaan membina barisan pelapis pemimpin negara yang berwibawa.Persediaan awal ke atas remaja mestilah memfokuskan kepada tiga peranan yang utama iaitu remaja sebagai individu, remaja sebagai anak dan remaja sebagai ahli masyarakat.

Rabu, 10 Ogos 2011

, 11 HIKMAH BERPUASA :)

ASSALAMUALAIKUM SEMUA ...

arini shu nak share sikit tentang hikmah berpuasa :


1. Puasa adalah suatu ibadah untuk mendekatkan diri seorang hamba itu kepada Allah s.w.t dengan meninggalkan perkara-perkara yang mereka sukai yang harus bagi mereka lakukan seperti makan, minum dan berjimak dengan isteri mereka semata-mata inginkan keredaan Allah dan mendapat kejayaan di hari akhirat nanti. Maka terserlahlah ibadat puasa ini dengan mereka mendahulukan kecintaan mereka terhadap Allah daripada diri mereka sendiri dan terhadap akhirat daripada dunia ini.

2. Mengajar kita mengawal dan menguasai diri untuk mendapatkan kebaikan dan kejayaan bagi diri kita sendiri dalam menyempurnakan ibadah ini dan bersabar dalam melakukan ketaatan dan meninggalkan nafsu syahawat kita.

3. Hikmah puasa juga ialah penyebab kepada taqwa, apabila seseorang itu telah menyempurnakan kewajipan puasanya. Firman Allah s.w.t ; "Wahai orang-orang yang beriman diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang terdahulu sebelum kamu moga-moga kamu bertaqwa" [Al-baqarah:183].

Maka seseorang yang berpuasa itu disuruh supaya bertaqwa kepada Allah dengan melakukan apa yang disuruh dan menjauhkan apa yang dilarang dan inilah maksud yang besar daripada puasa itu bukanlah maksud utamanya untuk menyiksa orang yang berpuasa itu dengan meninggalkan makan, minum dan berjimak semata-mata. Nabi s.a.w telah bersabda s.a.w ; " Barangsiapa yang berpuasa tidak meninggalkan perkataan dusta, perkataan sia-sia dan beramal dengannya maka tiadalah hajat bagi Allah untuk menyuruh dia meninggalkan makan dan minumnya (iaitu puasa) " [riwayat bukhari, kitab puasa, bab barangsiapa tidak meninggalkan perkataan dusta, no. Hadis 1903].

4. Hikmah puasa juga ialah orang-orang yang kaya dapat mengetahui dan menilai nikmat Allah Ta’ala terhadapnya. Allah telah mempermudahkan kepadanya untuk memperolehi apa-apa yang dikehendakinya seperti makanan, minuman, perkahwinan dan apa-apa yang dibenarkan oleh syariat Allah maka mereka pun bersyukur kepada Allah di atas sekelian nikmat tersebut dan mereka tidak lupa terhadap saudara-saudara mereka yang miskin lalu mereka pun bermurah hati untuk bersedekah dan berbuat baik terhadap mereka.

5. Hikmah puasa juga ialah menjaga kesihatan tubuh badan hasil daripada berlapar diri pada siang hari sekaligus dapat memberi rehat kepada sistem penghadaman dan mengeluarkan simpanan makanan kita yang telah Allah ciptakan dalam tubuh kita yang menyebabkan keracunan dan mudarat terhadap tubuh kita.

6. Faedah puasa ialah mendidik insan untuk bersabar dengan mereka mendidik diri mereka untuk meninggalkan segala keinginan dirinya secara taat dan sukarela dan ianya dapat memberi kekuatan kepada orang-orang yang sentiasa melakukan maksiat untuk belajar meninggalkan segala maksiat yang dilakukannya dan menjauhkan diri daripada maksiat tersebut.

7. Dapat mempermudahkan kepada seseorang itu untuk melakukan segala ketaatan, perkara ini telah nyata daripada orang yang berpuasa, mereka sentiasa berlumba-lumba untuk melakukan segala ketaatan yang sebelum ini mereka malas untuk melakukannya seperti membaca Al-Quran, bersedekah, solat malam dan sebagainya.


8. Faedah puasa juga ialah dapat melembutkan hati dan menjinakkannya untuk mengingati Allah dan memutuskan dirinya daripada segala kesibukan dunianya.

9. Faedah puasa juga ialah terdetiknya di dalam hati orang yang berpuasa rasa cinta kepada perkara-perkara ketaatan dan timbul perasaan benci kepada segala perkara maksiat secara berterusan sekaligus dapat memperbetulkan kefahaman insan dan peribadinya dalam kehidupan ini.

10. Dapat melemahkan tuntutan syahwat. Nabi s.a.w telah menjadikan puasa ini sebagai perisai kepada pemuda sebagaimana yang disebut di dalam sebuah hadis ; " Wahai sekelian pemuda! Barangsiapa di kalangan kamu yang mampu untuk berkahwin maka berkahwinlah kerana sesungguhnya ianya dapat merendahkan pandangan dan memperlihara kemaluan dan barangsiapa yang tidak mampu maka hendaklah mereka berpuasa kerana ianya adalah perisai bagi kamu " [riwayat Bukhari, kitab nikah, bab barangsiapa yang mampu kahwin, no. Hadis 5066]

11. Dapat mengembalikan peraturan dan mengajar menepati masa dengan kita sama-sama menepati masa untuk berbuka dan mengakhiri waktu sahur kerana tiada seorang pun yang sengaja ingin memlengah-lengahkan masa untuk berbuka puasa, mereka sentiasa menanti-nantikan suara azan maghrib berkumandang.



Isnin, 8 Ogos 2011

, buat tatapan kite semua :)

Assalamualaikum semua ..

weee ...arini shu nak share ikit 1 info kat korang semua ...
actually benda ni shu amek dalam majalah SEKOLAH TEKNIK SLIM RIVER 2009 abg shu punye ..
tadi pas kemas bilik dye then terjumpe majalah ny ..shu pon bukak la ...bace ape yang patut ..
finally tertarik dengan nukilan ni :


Ah .mengapa aku harus mengalah ?? mengapa pula aku harus ketinggalan ??
kenapa mereka boleh berjaya sedangkan aku tidak ?? mengapa ??
itulah sebabnya aku asyik termenung ..aku terkenangkan nasib diri yang sering kebelakang ..
orang lain melangkah setapak ..aku baru nak mengorak ..mengapa ??
orang tua ada berkata '' BELAKANG PARANG DIASAH LAGIKAN TAJAM ''
habis aku ni apa ?? kayu ??
batu ??
pepatah pon ada berkata ''JIKA TIDAK DIPECAHKAN RUYUNG MANAKAN DAPAT SAGUNYA ''
ah ...USAHA ...!!! yaa USAHA !!
adakah aku telah berusaha ???
orang belajar aku pon belajar .orang ke kelas tambahan akupon pegi
silapnye orang pandai aku baru nak pandai !!
cikgu mengajar aku pon nak mengjar sama ...
cikgu bersuara aku pon nak bersuara ..kalau xpon berangan ....
lalu sapa yang SALAH ????
cikgu ??? BUKAN !!!!!
yang salah tu diri aku sendiri ..
dah tahu nak belajar saja buat xnak belajar ....
sampai bila aku nak mengamalkan sikap macam ni ???
sampai bila ???
jangan sampai pepatah orng melayu '' BARU TERANTUK BARU TERNGADAH ''
ingatlah wahai kalian semua termasuk jugak aku !!
'' SESAL DULU PENDAPATAN SESAL KEMUDIAN TIDAK BERGUNA ''


ingatlah IBU BAPA kita :)


like they :)



cam gini jugak

renung-renunglah diri anda ........