Foto saya
Every heart has a story to tell . And This is mine ♡

Ahad, 31 Julai 2011

, EXAM *_*

assalamualaikum ..
mood : =_=

em ...hari rabu ny da exam ...
tapi aku juz study sikit jew ...

BIOLOGY - sentuh sikit
KIMIA - bile nak bace ase mengantuk +_+
BM - kate orang xyah bace pon xpew ... pejammate pon da bole jawap ^_*
BI - study sikit jew
PAI - belum bace lg
PHYSICS - xpaham laa...
+ MATH - belum lg
MATH - sikit2
SEJ - baru study tadi :(


em ....ce tgk ..betapa malasnye diriku !!

haisy....sejujurnye kadang2 aku memamg malas ..kadang2 terlebih rajen sampai 24 jam nak melekat kat buku ... ( nampak beno nipunye ) heheh

sebb to la ada ramai student cakap kadang2 study kena ikut mood ..
betol kan ??
kalo kite study tapi xrela baik xpayah coz kompom 100% xmelekat !!



pic bulan lepas ..lepas ..lepas ..hehhe time exam ppt kot :)


+_+

em ... SAYA NAK JADI PANDAI LAAAA !!

seriusly ..aku jeles gile2 bile tengok budak2 pandai ny ..
nak jadi cam MEREKE !!!
AKU NAK JD CAM ABG AKIM !!
serisly ..abang akim sangat pandai !!!
kadang2 dye selau bg nasihat n motivasi free kat aku ...
em ... nak katakan 90% jugak aku ikut ...heheh
tapi nape bukan 100 % ??
sebab aku malas nak ikut !!!!!!!!!!!

em ..aku nak jd cam nik madihah to ... dapt bape erk ?? adussyy lupe lak ..
EM ...ALANGKAH BESTNYE KALO AKU DAPT TUNJUKKAN RESRT YANG BEST2 KAT MAK AYAH AKU ...


MACAM NY !!!

em ..k la ..semangat nak study aku da datang ..
PAPE PON DOAKAN YANG TERBAIK TOK AKU ERK :)

gud luck jugak tok yati ,ecah , mey , nad ,diyana ,akim n sume lah :)

Khamis, 28 Julai 2011

, kutemui cintamu :)




heheh ..Assalamualaikum :)

em ... disebabkan hari ni cuti so,aku dok pulun nak habiskan novel ni !coz minggu depan da exam ..
seriusly novel ni besstttttt sesangat !!
xcaye ?? ce korang bace ..sumpah best ..!!
BUT novel ni still xleh kalahkan novel :


novel ni terbaik dohh !!
korang da bace ??
kalo blom g la pinjam kat sape2 ..
kompom xmenyesal .heheh

haaa..kat sini aku nak bgtaw sinopsis novel : KUTEMUI CINTA BY NURAQILAH SYUHAIDA ;)

ADAM anak orang kaya memiliki segalanya..namun kerana kurang didikan agama menyebabkan dye terjerumus ke dalam dunia keseronokan..adam memiliki kembar yang bernama yusuf ..mereka memiliki perwatakan yang sangat berbeza bagai langit dan bumi .kelebihan rupa paras yang dimiliki adam memberi peluang kepadanya untuk memperdaya gadis2 ..mulanya dye turut berniat untuk memperdaya NADYA namun tanpa disedari dye mula mencintai NADYA ..NADYA seorang wahasiswi UM ..memiliki perwatakan yang sopan n mukenye sibijik cam '' barbie '' ..malangnya NADYA mencintai HAFIZ ..namun hubungan hafiz dan nadya tidak disenengi oleh adam..lantas perkara tersebut telah membuatkan adam berdendam dengan hafiz ..pemergian hafiz telah mengubah segala-galanya ...adam sedar hakikat diri dan mula berubah ...namun dye tetap tidak pernah berputus asa untuk mendapatkan nadya ..meskipun nadya tidak mencintai adam ..


novel ni pon bestt jugak ~~


novel ni not bad la ..80& best !!! hahah ...
awal2 xbest ..bile da nak abes baru best !!
haisyy MASALAH btol la ( cm fakrul ) !!!


weee ~~
macam mane ??
best kan ...??
bagus..bagus ...


em ..k la ..bye :)

, CINTA menurut pandangan islam :)

assalamualaikum :)
hari ni SHU nak share sikit info pasal '' CINTA ''


Cinta. Apa itu cinta? Jika kita berbicara tentang cinta, pasti kita tidak terlepas daripada memperkatakan tentang cinta monyet yang menjadi nadi kepada kehidupan muda-mudi masa kini. Malahan kebanyakan cinta seperti ini menjurus kepada pelakunya untuk membuat perkara maksiat tanpa menilai dan memahami erti cinta yang sebenar-benarnya. Cinta bukan sekotor itu.

Apakah maksud atau makna cinta? Cinta sebenarnya merupakan satu fitrah yang ada di dalam hati setiap manusia. Cinta wujud hasil daripada satu perasaan yang halus. Cinta mewujudkan perasaan kasih sayang dan belas kasihan sesama manusia dan makhluk di dunia ini. Tanpa perasaan cinta, seseorang itu akan merasai kekosongan di dalam jiwa mereka.

Cinta yang hanya berpaksikan runtutan fitrah tanpa dicemari oleh hawa syahwat melambangkan kedamaian, keamanan dan ketenangan.

Bagaimanapun, cinta seringkali diperalatkan untuk melepaskan keghairahan nafsu. Maka akan terjadi bermacam perkara yang merosakkan manusia dan membawa kepada kemaksiatan dan kehancuran umat terutama bagi golongan remaja yang terlalu taksub dan asyik dengan cinta tanpa ada penilaian dan pertimbangan akal fikiran yang waras.

Cinta yang hanya berlogikkan nafsu dan syahwat semata-mata hanyalah cinta palsu yang penuh jijik dan hina. Oleh hal yang demikian itu, sebagai remaja, terutamanya remaja mukmin, kita sewajarnya peka terhadap kehadiran cinta di dalam jiwa dengan lebih memahami makna dan erti serta cara yang sesuai untuk menerima dan memberi cinta kepada seseorang. Jangan hanya membuta tuli dan mengikut tuntutan nafsu semata.

Cinta dan permasalahannya telah menjadi perkara serius yang dihadapi oleh umat Islam hari ini. Pertembungan antara cinta hakiki dengan cinta palsu menyebabkan umat Islam menghadapi dilema perasaan yang kronik. Krisis cinta palsu telah menyebabkan umat Islam memusnahkan etika spritual - membunuh solidariti dan menodai sosial sehingga ada yang sanggup membunuh dan membunuh diri akibat daripada tekanan perasaan yang sukar untuk dikawal.

Islam tidak memusuhi cinta. Ini sesuai dengan ciri-ciri Islam sebagai agama yang menepati fitrah manusia. Malah, Islam memandang tinggi persoalan cinta yang tentunya merupakan perasaan dan fitrah yang menjiwai naluri setiap manusia.

Bagaimanapun, cinta di dalam Islam perlulah melalui pelbagai peringkat keutamaannya yang tersendiri seperti:

1. Cinta kepada Allah

Islam meletakkan cinta yang tertinggi dalam kehidupan manusia, iaitu cinta kepada Allah. Tanpa cinta kepada Allah, perlakuan hamba tidak memberi pulangan yang bererti, sedangkan apa yang menjadi tunjang kepada Islam ialah mengenali dan dan mencintai Allah. Dengan cinta akan mendorong manusia untuk mengabdikan diri kepada Allah serta menerbitkan iman yang mantap.

Firman Allah s.w.t:
“... (Walaupun demikian), ada juga di antara manusia yang mengambil selain daripada Allah (untuk menjadi) sekutu-sekutu (Allah), mereka mencintainya, (memuja dan mentaatinya) sebagaimana mereka mencintai Allah; sedang orang-orang yang beriman itu lebih cinta (taat) kepada Allah...” (Surah Al-Baqarah : 165)

2. Cinta kepada Rasulullah s.a.w. dan Para Anbia´

Ketika manusia berada di dalam kegelapan, maka diutuskan pembawa obor yang begitu terang untuk disuluhkan kepada manusia ke arah jalan kebenaran. Pembawa obor tersebut ialah Rasulullah s.a.w.

Maka, menjadi satu kewajipan kepada setiap yang mengaku dirinya sebagai muslim memberikan cintanya kepada Rasulullah dan para anbia´ dengan mengikut segala sifat yang terpuji.

Kerana perasaan kecintaan inilah, para sahabat sanggup bergadai nyawa dan menjadikan tubuh masing-masing sebagai perisai demi mempertahankan Rasulullah s.a.w dalam usaha Baginda untuk menyebarkan agama Islam.

Dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim, ada disebut:

“Diriwayatkan daripada Anas r.a, katanya: Nabi s.a.w bersabda: Tiga perkara, jika terdapat di dalam diri seseorang maka dengan perkara itulah dia akan memperoleh kemanisan iman: Seseorang yang mencintai Allah dan Rasul-Nya lebih daripada selain kedua-duanya, mencintai seorang hanya kerana Allah, tidak suka kembali kepada kekafiran setelah Allah menyelamatkannya daripada kekafiran itu, sebagaimana dia juga tidak suka dicampakkan ke dalam neraka.” (Bukhari: no. 15, Muslim no. 60, Tirmizi: no. 2548, Nasaie: no. 4901)

3. Cinta Sesama Mukmin

Perasaan kasih sayang sesama manusia merupakan tunggak utama untuk menyalurkan konsep persaudaraan. Cinta inilah yang mengajar kita supaya mencintai ibu bapa dan keluarga. Selain daripada cinta kepada kedua-dua ibu bapa, Islam juga meletakkan cinta sesama mukmin sebagai syarat kepada sebuah perkumpulan atau jemaah yang layak bersama Rasulullah s.a.w.

Maksud firman Allah s.w.t:
“... Nabi Muhammad (s.a.w) ialah Rasul Allah; dan orang-orang yang bersama dengannya bersikap keras dan tegas terhadap orang-orang kafir yang (memusuhi Islam), dan sebaiknya bersikap kasih sayang serta belas kasihan kasihan sesama sendiri (umat Islam)...” (Surah Al-Fath: 29)

Inilah yang telah diajar oleh Islam. Maka masyarakat sejagat, malah umat Islam sendiri dapat melihat bahawa betapa agungnya unsur kasih sayang dan cinta yang terdapat di dalam Islam dan begitu jualah agungnya penjagaan Islam sendiri terhadap umatnya supaya tidak mencemarkan kesucian cinta dengan kekotoran nafsu.

Itulah cinta di dalam Islam. Ia haruslah diasaskan di atas dasar keimanan kepada Allah. Alangkah ruginya cinta yang lari dari landasan iman. Lalu akan hanyutlah jiwa-jiwa yang menyedekahkan dirinya untuk diperlakukan oleh ´syaitan cinta´ sewenangnya-wenangnya.

Sesungguhnya cinta sebelum perkahwinan merupakan cinta palsu walaupun dihiasi dengan rayuan manja kerana itu hanya panggilan ke lembah kebinasaan. Masa muda yang dianugerahkan oleh Allah hanyalah sekali berlaku dalam hidup dan tidak berulang lagi untuk kali kedua atau seterusnya.

Maka dalam meniti usia, remaja perlu berhati-hati dengan mainan perasaan walaupun merupakan perkara yang amat sukar dilakukan, apatah lagi semakin dihambat usikan perasaan, semakin ia datang mencengkam. Itulah azam kita untuk melawan nafsu dan alangkah malunya untuk kita tewas dan kita sendiri merelakan diri dibawa oleh arus yang menghancurkan.

Jangan jadikan diri kita sebagai hamba cinta yang hanya berlandaskan nafsu tanpa pertimbangan akal yang waras. Kita seharusnya mengawal perasaan cinta kerana jika terlalu obses terhadap seseorang, manusia biasanya akan hilang kawalan dan tidak dapat menerima hakikat kehilangan, lantas sanggup melakukan sesuatu yang buruk untuk melepaskan perasaan kecewa seperti pembunuhan kejam ...



sape mereke ny ??
yang pasti meke ny kawan shu kat kem UITM ..
kami 1 wilayah ..
n actually SHU .... SOMEONE AT HERE :) !!



WE :)

Isnin, 25 Julai 2011

, rumput yang cantik ..( lagu kem UITM )

atas rumput ada kaki
kaki cantik tak pernah lihat
kaki atas rumput
hey rumput yang cantik

atas kaki ada lutut
lutut cantik tak pernah lihat
lutut atas kaki
kaki atas rumput
hey rumput yang cantik

atas lutut ada peha
peha cantik xpernah lihat
peha atas lutut
lutut ats kaki
kaki atas rumput
hey rumput yang cantik

atas peha ada pinggang
pinggang cantik tak pernah lihat
pinggang ats peha
peha atas lutut
lutut atas kaki
kaki ats rumput
hey rumput yang cantik

atas pinggang ada bahu
bahu cantik xpernh lihat
bahu atas pinggang
pinggang atas peha
peha atas lutut
lutut atas kaki
kaki ats rumput
hey rumput yang cantik

atas bahu ada leher
leher cantik tak pernah lihat
leher atas bahu
bahu atas pinggang
pinggang atas peha
peha atas lutut
lutut atas kaki
kaki ats rumput
hey rumput yang cantik

atas leher ada kepala
kepala cantik tak pernah lihat
kepala ats leher
leher atas bahu
bahu atas pinggang
pinggang atas peha
peha atas lutut
lutut atas kaki
kaki ats rumput
hey rumput yang cantik

HEY RUMPUT YANG CANTIK
HEY RUMPUT YANG CANTIKK


hehe ..actually ni la lagu yang shu n kengkawan nyanyi time kem UITM arto ..best bukan ..
kalo nyanyi dengan muzik lagi best !
xcaye ??

KORANG KENE CAYE OKE ;)



~ BERDIRI N NYANYI :) ~

Ahad, 24 Julai 2011

, tip2 sebelum menghadapi peperiksaan :)

assalamualaikum semua ..

disebabkan lagi 8 ari shu nak exam so ,kat sini shu nak share sikit ngan korang sume tentang tip2 sebelum menghadapi peperiksaan ..

anyway GUD LUCK OKE :)

first of all ,you should to :

1. Semak jadual

Menyemak jadual peperiksaan penting bagi menentukan masa cukup untuk belajar, khususnya pada saat-saat akhir ini. Latihan mesti diteruskan mengikut kertas peperiksaan yang akhir diduduki terlebih dulu. Ini kerana apabila tiba hari peperiksaan, calon akan belajar subjek yang akan diuji pada hari pertama peperiksaan.

Jika melakukan demikian, bermakna anda telah membuat persiapan yang menyeluruh dan tidak ada subjek tertinggal atau tidak dipelajari.

2. Kunci peperiksaan

Apakah kunci kepada peperiksaan? Peperiksaan menuntut calon membuat banyak latihan dan ulang kaji bagi mengingati pelajaran lalu, selain mengelak diri daripada lupa fakta ketika menjawab soalan.

Oleh itu, anda jangan jemu untuk terus membuat ulang kaji, terutama menggunakan kertas peperiksaan tahun terdahulu atau soalan seiras. Langkah itu akan membiasakan anda dengan soalan standard, di samping membolehkan ingatan anda kekal dan berpanjangan.

3. Tentukan keutamaan

Belajar pada saat-saat akhir juga perlu mengutamakan mata pelajaran atau kemahiran yang masih belum atau kurang dikuasai. dalam hal ini, jangan sekali-kali belajar subjek yang anda sukai saja, sebaliknya merangkumi semua.

Ini kerana setiap peperiksaan akan membabitkan semua subjek dipelajari di sekolah, bukannya berdasarkan minat seseorang calon.

4. Banyak mengingat dan membuat kaitan

Mengingat adalah satu perkara penting yang mesti dilakukan calon dalam menghadapi peperiksaan. Pelbagai cara boleh anda digunakan untuk mengingat, antaranya belajar berulang kali mengenai sesuatu kemahiran.

Apa-apa pun cara digunakan, terpulang kepada anda, asalkan ia dapat membantu mengingat dan membuat kaitan apabila diperlukan.

5. Merancang persiapan peperiksaan

Ada tiga perkara yang mesti diamalkan calon bagi menentukan kejayaan cemerlang dalam peperiksaan.

a. Pertama, sebelum peperiksaan khususnya dalam tempoh beberapa minggu ini, kuat dan tingkatkan usaha serta semangat dengan belajar secara berterusan.

Selain di sekolah dan rumah, anda seharusnya mengambil peluang memanfaatkan masa yang ada, tidak kira di mana saja berada dengan membaca nota ringkas yang disediakan sebelum ini. Ini akan membantu anda mengingati semula apa yang telah dipelajari.

Dalam pada itu, kesihatan diri jangan diabaikan. Walaupun bersemangat untuk menduduki peperiksaan, janganlah keterlaluan hingga lupa makan dan minum. Ini kerana keadaan itu boleh menyebabkan anda jatuh sakit.

Tidur hendaklah mencukupi supaya anda sentiasa selesa dan dapat memberi tumpuan terhadap pelajaran sama ada ketika di sekolah mahupun sewaktu belajar sendiri di rumah. Kesihatan tubuh badan yang baik amat perlu, apatah lagi akan menduduki peperiksaan.

Buat seketika, lupakan dulu perkara-perkara lain yang anda minat, sebaliknya manfaat masa yang ada dengan mengulang kaji pelajaran. Ini kerana semua perkara itu boleh dilakukan kemudian berbanding peperiksaan yang kata orang sekali seumur hidup. Jangan lepaskan peluang keemasan itu.

Begitu juga dengan pengambilan makanan, seharusnya ia seimbang. Dalam masa beberapa hari ini juga, anda seharusnya makan makanan yang berzat dan boleh membantu mengembang dan mencergaskan minda anda.
Setelah segala persiapan diri sudah dilakukan, anda perlu pastikan keperluan peperiksaan yang lain tidak dilupakan, antaranya peralatan menulis khususnya pensel 2B, pemadam dan penajam pensel, jika tidak sediakan beberapa batang pensel. Pastikan peralatan ini disediakan lebih awal dan tidak lupa dibawa pada hari peperiksaan.

Sebaiknya tidurlah lebih awal pada malam hari peperiksaan. Langkah itu perlu supaya anda berasa segar dan dapat menghadapi kertas peperiksaan dengan tenang tanpa sebarang masalah.

b. Kedua, pada hari peperiksaan. Bangun dan pergi ke sekolah atau dewan peperiksaan lebih awal, bagaimanapun pastikan anda bersarapan terlebih dulu. Jika anda bangun lewat, bukan saja tidak sempat bersarapan, malah akan tergesa-gesa ke sekolah.

Ingat, perbuatan tergesa-gesa menjanjikan pelbagai masalah, antaranya membuatkan anda panik lalu tidak dapat menumpukan terhadap peperiksaan.

Sebelum itu, jangan lupa bersalaman dengan ibu bapa dan minta mereka mendoakan kita dapat menjawab soalan dengan jayanya.

Ketika berada dalam dewan peperiksaan, anda hendaklah dalam keadaan tenang dan anggaplah peperiksaan itu sebagai perkara biasa. Untuk menenangkan diri jika menggelabah, anda tariklah nafas panjang-panjang. Langkah itu membantu jantung anda mendapat bekalan oksigen yang mencukupi, sekali gus menghilangkan rasa gugup dan bimbang.

Apabila menjawab soalan, sekali lagi anda perlu tenang. Setelah diberi kebenaran oleh pengawas peperiksaan, jawablah soalan yang anda fikir mudah dulu. Jangan guna masa terlalu banyak untuk menjawab soalan sukar itu, sebaliknya terus selesaikan soalan lebih mudah. Soalan susah yang ditinggalkan sementara itu jangan diabaikan, tetapi dibuat kemudian.

Jika menjawab soalan objektif, ketelitian amat perlu. Menentukan pilihan jawapan yang tepat amat penting. Pastikan jawapan yang kita pilih dalam kertas soalan sama dengan huruf pada kertas jawapan. Seandainya tersalah tanda, padamkan betul-betul sehingga hilang tanda hitam pensel

Walaupun sudah yakin jawapan yang diberi, baik bagi soalan objektif mahupun subjektif, semakan sebelum kertas jawapan diserah kepada pengawas peperiksaan adalah perlu dalam memastikan semuanya betul dan sudah dijawab. Oleh itu, peruntukkan sedikit masa untuk tujuan semakan terakhir.

Pembahagian masa yang betul amat perlu ketika menjawab soalan. Gunakan masa yang diperuntukkan dengan berkesan. Jangan sekali-kali alpa atau khayal sewaktu menjawab kerana langkah itu akan merugikan anda.

c. Ketiga, selepas peperiksaan. Setelah menduduki sesuatu kertas peperiksaan, anda tidak digalakkan berbincang dulu dengan rakan atau sesiapa mengenainya. Ini perlu bagi mengelakkan perasaan kecewa jika didapati jawapan anda terpesong atau salah.

Jika ini berlaku, anda mungkin hilang semangat atau fikiran terganggu ketika menjawab kertas soalan berikutnya. Sebaiknya, bincang kertas soalan itu setelah peperiksaan berakhir.

Langkah terbaik, beri tumpuan penuh untuk menjawab soalan, bukannya menyemak jawapan.

6.elakkkan terbabit dengan situasi yang boleh mengganggu perasaan

Menjelang peperiksaan, pelbagai dugaan mungkin dihadapi. Oleh itu, anda seharusnya sentiasa bersedia menghadapi apa saja dugaan yang boleh mengganggu perasaan. Selepas menunaikan solat lima waktu, berdoalah supaya Allah SWT tenangkan perasaan dan dapat fokuskan tumpuan terhadap peperiksaan.

7. Berdoa dan bertawakal

Sering kali kita was-was ataupun tidak yakin dengan apa yang dilakukan. Dalam hal peperiksaan, anda tidak seharusnya kurang yakin dengan kemampuan diri jika sudah membuat persiapan rapi sejak awal lagi. Sepatutnya kita berdoa dan tawakal kepada Allah SWT kerana usaha itu adalah senjata terakhir bukan saja untuk membina keyakinan diri, malah mencapai kejayaan.

Itulah di antara tip-tip yang boleh digunakan oleh pelajar sebagai panduan persedian dan meghadapi peperiksaan tidak lama lagi. Di harap dengan panduan tip-tip di atas, pelajar-pelajar akan berkeyakinan dan membuat persiapan yang cukup untuk menghadapi ujian itu nanti.

Jumaat, 22 Julai 2011

, petua pelajar cemerlang dri DR FAZILAH KAMSAH :)

Berikut merupakan petua-petua dan ciri-ciri yang ada pada pelajar cemerlang, dari Dr Fadzilah Kamsah. Pelajar cemerlang akan:

-Menggunakan kedua-dua belah otak kanan & kiri. Ini dapat dilakukan dengan membuat aktiviti merangsang kedua-dua belah otak tersebut.
-Merangsang kesemua deria dalam pembelajaran. Kajian menunjukkan bahawa:


-kita ingat 10% apa yang dibaca
-kita ingat 20% apa yang didengar
-kita ingat 50% apa yang didengar & dilihat
-kita ingat 70% apa yang dicakapkan
-kita ingat 90% setelah dipraktikkan

-Belajar secara aktif dengan pen/pensil ditangan.
-Belajar 3 jam sehari atau 20 jam seminggu (tidak termasuk kerja rumah).
-Belajar dalam persekitaran kondusif.
-pastikan cahaya adalah terang
-kurangkan gangguan bunyi
-tampal poster yang mengandungi slogan yang menaikkan semangat belajar
-tampal gambar-gambar yang menenangkan fikiran
-kerusi dan meja menghadap kiblat
-jangan lupa untuk senyum
-Tidak ponteng kelas. Kalau tertinggal kelas, salin nota dari rakan.
-Mengulang kaji menggunakan kaedah 'output learning' iaitu belajar untuk melatih otak n menggunakan maklumat yang terkumpul. Ini dapat dilakukan dengan membaca buku/nota, ingat kembali, lakar/tulis, sebut apa yang difahami, dan jawab soalan.

* Tahu teknik merangsang memori:

-memasukkan maklumat dalam memori (registration)
-menyimpan maklumat dalam sel memori (retention)
-mengingat kembali (recall)
-menggunakan maklumat untuk menjawab soalan atau kegunaan lain (application)

* Sentiasa awal dan mendahului:

-persediaan awal akan memberikan permulaan yang baik dan memberi tanggapan yang positif pada guru.
-pelajar yang mendapat A pada ujian lazimnya akan dapat mengekalkan kejayaannya.
-belajar awal ketika tiada tekanan adalah tidak membosankan.
untuk sentiasa awal dan mendahului, bacalah dahulu sekali atau 2 kali sebelum guru mengajar.
-Berbuat baik dengan guru. Setiasa hormati dan sayangi guru.

* Mempunyai teknik membaca yang betul:

-duduk dengan tegak & bernafas dengan betul
-memberikan tumpuan sepanuhnya
-menggunakan jari telunjuk untuk membaca
-menyesuaikan kelajuan membaca dengan kesukaran bahan bacaan
-sentiasa mengawasi pencuri waktu belajar iaitu angan-angan kosong, bertangguh & malas.
-Membaca doa penerang hati setiap kali selepas sembahyang, sebelum mengulangkaji, dan sebelum menghadapi peperiksaan.
-Tidak membuang masa dengan belajar ketika letih.
-Mengadakan rehat sebentar setiap 20 minit mengulangkaji.
-Belajar mengikut waktu yang sesuai dengan diri (study according to your biological clock). Bagaimanapun, perlu tahu waktu-waktu yang sesuai untuk belajar iaitu sebelum tidur, selepas bangun tidur, selepas mandi air panas, selepas baca al-quran/zikir selepas riadah dan selepas berdoa.
-Mengulang kaji secepat mungkin. Ulang kaji ringkas selepas belajar (kita akan lupa 80% selepas belajar).
-Mengulang kaji secara bersendirian atau berkumpulan.
-Tahu mengulang kaji adalah aktiviti pembelajaran terpenting sebelum peperiksaan.
-Mengulang kaji pelajaran berulang-ulang kali.
-Mengulang kaji apabila mulai terlupa.

* Tahu petua mengulang kaji:

-cari tempat yang tenang dan serasi dengan jiwa kita
-siapkan semua 'bekalan' dengan sempurna
-duduk tegak dikerusi yang selesa
-baca doa penerang hati
-baca buku atau nota mengikut teknik membaca yang betul
-fikir dan ingat kembali isi utama
-catat/lakar
-semak semula ketepatan maklumat
-ulang sebut atau ceritakan pada orang lain
-buat rumusan
-jawab soalan
-tampal maklumat yang rumit di dinding
-baca doa tanda kesyukuran selepas belaja

* Tahu petua-petua agar tidak lupa:

-jangan makan kepala ikan
-jangan makan organ dalaman
-jangan minum semasa makan
-jangan minum atau makan makanan yang tercemar oleh semut
-jangan melihat kemaluan
-jangan melihat buih
-jangan membaca nama pada batu nisan
-banyakkan makan makanan yang mengandungi soya seperti tempe, tauhu dan lain-lain
-banyakkan makan kismis, kurma dan madu
-banyakkan makan kekacang
-pakai minyak wangi ketika belajar atau menghadapi peperiksaan
-jangan makan sehingga terlalu kenyang
-jangan kencing berdiri



nota : dengan ini mudah-mudahan kita semua akan berjaya :) aminn

Khamis, 14 Julai 2011

, UITM :( jadi kew x ny ??

assalamualaikum ..hyep u all ..hehehe
em ... sok aku nak UITM ...
for what ??
kat sana ada program motivasi anjuran FELDA ..

tapi masalahnye sekarang ...
aku ,diyana , raja , mey ,ecot , n nadia xtaw nak g kol bape ...
hiashh ....
susah la cmni ...
cikgu fauzi cakap pihak UITM xinform pon kami kena datang kol bape ...
leceh bukan ???
aku xsuke !!!!!!!
hish ...
minggu lepas cikgu fauzi cakap myb kami g sana dalam kol 10 pagi ...
last2 tadi diyana g jumpe dye cakap xtaw lak ......

abes semangat aku hilang !!!! huh

actually kami g sana 3 ari 2 malam ...
yang pegi ni 1 MALAYSIA ..kehkhek
1 malaysia la katakan ..
t bas amek kami kat depan sekolah ..ewah ..
cam datin2 lak ..hahha ( perasan )

malam kang ase malas jew nak paking barang2 sume ..
hahah..
btw bukan aku yang kemas pun .....nak taw x sape ??
adlah !! hahah
sejujurnye aku anak manje oke !!
sikit jew ... hahaha
sejak azali agi !!!
hahaha ...


pagi tadi aku geram gila nagn amru gedik to !!!!!!
huh !! gilaaaaaa ....
gerammmmm gila !!!
FULLSTOP !!




K LA TATA ..MAU MEN BADMINTON LAK :)

Selasa, 12 Julai 2011

, ALONGGGGG

AKU MEMERLUKAN ABANG AKU SEKARANG !!!
SEKARANG !!!
SEKARANG !!!!!
ALONG,,TOLONG KITE !!!
CEPAT LAAAAA !!!
I HAVE A PROBLEM !!!
BIG PROBLEM !!!
ALONG !!!
:(

Jumaat, 8 Julai 2011

, 4 tahun yang lalu ~~

assalamualaikum ..
heyp bloggerku yang sentiasa disayangi ..hahahah

hari ini aku nak share sikit dengan u all about '' kisah aku 4 tahun yang lalu ''
( dengan menggunakan alat bantuan kuasa dorem0n )
first of all,,time to aku berumur 12 tahun bermakna aku darjah 6 time to ..
nama sekolah aku ialah SEKOLAH KEBANGSAAN TROLAK UTARA ..before that ,aku bersekolah kat SABAH..
nama sekolah to SEKOLAH KEBANGSAAN FAJAR HARAPAN ...aku duduk sabah dari umur aku 5 tahun sampai 10 tahun..so,maknanya aku dok sana 5 tahun ..yeah ,,, 5 tahun !
actually aku suka duduk sana ... kawan2 aku sumenye 1 kepala dengan perangai aku n baik ...
aku ingat lagi time aku sekolah agama ,tahun 4 ...aku ,ridzuan,linang,afiq,arif,ayla,nurul g masuk hutan .. lawak doh ....time to ada 1 lubang besar kira macam gaung la jugak ...wan suh aku ikut dye guna jalan sotcut but aku degil nak gak langkah lubang to ....last2 ,,aku terjatuh dalam to ,,memang kaw2 la..hahaha
aku nanges ..hilhil ..wan yang tarik aku time to ....
oke2..stop cita pasal xcident gedik to ..heheh

aku fly semenanjung bulan 6/2005 ..aku ingat ag time ayah aku nak anta kat sekolah,aku sampai nak nanges ...coz takut ..hahahah
apa yan aku takutkan ?? tah la ..seriusly ..aku memang penakut ...myb aku xbiasa ag kat sana so,,segan2 gedik kot time to ..hahah
so,,ayah aku tunggu sampai rehat ,,after that ayah aku balik ...time to aku kawan dengan hazirah ..
time to guru klas aku CIKGU SAFURA BINTI BAHARUDDIN ...dye baik ..n satu2nye orang yang panggil aku SITI ..hikhik ... xbese dengan nama to ..
aku masuk kelas 4C ..coz time aku datang to,cikgu to cakap 4B da full ...erk ??
its oke ...
bila exam akhir tahun aku dapat no.4 ...Time to aku sedih jugak la coz aku xdapat masuk kelas 5B ...
then bila masuk tahun 5,aku da jadi rajen sikit ..time to otak aku pun da semakin berkembang ...
ujian , exam PPT ,exam final aku dapat No.1 ..
alhamduliah ..happy doh ..balik2 ayah aku belanja KFC !! hahaha
so,2007 aku dapat masuk 6B ..time thn 5 ..aku ingat ag time exam PPT ..mathematics, arwah ciku najat bagi aku hadiah coz aku dapat 100% ..alhamdulilah ...

p/s : sedekahkan Al-Fatihah untuk arwah cikgu najat ...


then,,final exam umi lak yang dapat coz time to aku dapat 98 % jew ...
memang dari aku kecik lagi aku da mula cintakan subjek MATH ..myb subjek ni mencabar otak aku ..
heheh
time aku masuk 6B ..aku dok sebelah hasanah dengan raja ..tme to aku xrapat sangat la dengan raja ...
paling terok dye xsedar kewujudan aku time to !! ( sampai ati ko bro )
whatever la ...sikit pon xamek ati ..huhu
coz time to aku taw dye rapat dengan farhah ..time to lak aku rapat dengan norein ..

ada la 1 arito,aku dengan raja kena marah n tegur dengan sir nathan .... huh ! serisly ,,aku plus2 takut dengan dye ..
punca dye marah kami :
aku pandang muka raja ..
sebab dye mara :
dye anti dengan orang yang x concetered time belajar ..

time UPSR aku dapat 3A jew ..

penulisan : A
pemahaman : A
science : A

time to aku sedih gila coz xdapat score A dalam math ..

aku juz dapat B jew ..but its oke ...
so,time PMR aku da balas dendam ..

mathematics : A
science : B

tapi aku bersyukur jugak la coz time PMR aku juz dapat gred A n B jew ...
so SPM ??
i want better than UPSR n PMR !
insyaAllah :)

dengan cita2 baru aku to,aku bertekad nak dapat keputusan yang better2 lebih baik !!

so,bila aku da 13 tahun,kena la masuk sekolah menengah ..
nama sekolah baru aku SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TROLAK @ SMETRO

time aku f1 ..aku agak montel ..bukan sikit tapi banyak ..berat ?? secret ah !!
hahaha ...but xdinafikan aku memag berisi time aku lahir ag ..coz aku kuat makan !!!

bila aku tengok pic time kecik2 dulu,ase kelakar jew ...tembam berdouble !!
bila aku kua g memane jew ..tempat utama yang aku kunjungi ialah

'' CHICKEN RICE SHOP ''

sedapp .....gila sedap ayam dye to !!!
nak try yang kaw2 punye nasi ayam ??
g sabah kat lahad datu okai !!

then nak masuk f2,aku da bertekad nak kuruskan badan ...
aku ikut petua kawan mak aku punye kazen !

- jangan makan nasi selama 8 BULAN ( makan roti jew )

so,aku pun ikut la..alhamdulilah,,setelah 8 bulan berdiet ,,aku da kurus ...hehhe
tp xdew la kurus kering coz aku still meratah ayam ..

masuk f3,da mula naik sikit ..
hahaha
so,,skrang aku still nak berdiet ag :)


moral of the sory :'' DIMANA ADA KEMAHUAN DI SITU ADA JALAN ''

cerita diatas bukan rekaan semata2 but REALITI ake !!

k la ..banyak yang aku mengarut ni ...
that all for today ..
salam :)

Khamis, 7 Julai 2011

, how to think '' SUCSESS :) ''

assalamualaikum ...
today i want to share with u all about :

'' HOW TO THINK '' SUCCESS ''

Gantikan pemikiran negatif (negative thinking) dengan pemikiran positif (positive thinking):

- Terdapat orang yang dihanyutkan oleh desakan kawan dan rakan. Kata mereka, tak payahlah nak susah-susah, dah banyak dah orang tak berjaya melakukan perkara tersebut. Yang berjaya pun tidak diberi ganjaran yang sewajarnya. Ini merupakan pemikiran negatif. Sebaliknya, gantikan dengan pemikiran positif dengan berkata, "Mungkin orang ini belum lagi menggunakan semaksimum mungkin kekuatan-kekuatan yang dimilikinya. Mungkin orang itu tidak membuat persediaan bagaimana menghadapi masalah dan cabaran-cabaran. Mungkin dia sahaja yang menganggap kejayaan itu besar sedangkan ia tidak seberapa ...



- Akur kepada peraturan, arahan dan undang-undang (obey the rules & regulations, directives & laws) dalam melakukan sesuatu atau bertindak balas terhadap sesuatu, selama mana ianya tidak bercanggah dengan tuntutan syarak untuk mencapai keredhaan diri (self-satisfaction), keredhaan orang lain (people satisfaction) dan yang lebih utama keredhaan Allah SWT (Allah satisfaction).



- Akhir sekali setelah segala daya usaha, kekuatan dan keupayaan digunakan secara maksimum, maka_- perkasakan diri dengan bertawakkal kepada Allah SWT. Ini bermakna, penyerahan 'total' kepada Allah SWT dilakukan setelah dipergunakan sepenuhnya tenaga dan kekuatan yang ada dan setelah masalah dan cabaran di atasi sepenuhnya.

Selasa, 5 Julai 2011

, jagalah auratmu wahai perempuan !!

assalamualaikum ..
elop ..elop...eloppss.. heheh
arini aku nak cita sikit pasal 'something ' ni ..
u all nak taw x ?? aku jijik plus plus dengan something ni ........!!
first of all ..sebagai seorang muslimah sejati,kita wajarlah menjaga aurat right ??
oke ..actually aurat seorang perempuan ialah seluruh tubuh badan KECUALI tapak tangan dengan muka ..
ce kita semua bayangkan dan fikir-fikirkan ,zaman sekarang yang serba moden plus canggih plus maju ni nak katakan hampir beberapa peratus jew perempuan yang menutup aurat .....
tidak dinafikan kadang2 aku xdew la menutup aurat sangat ...espesially bila nak hang out ngan kengkawan ..aku xpakai stokin pon ! yela ...cuaca panas agpon terase rimas la jugak kalo nak pakai stokin ni ... n then time hari sukan or whatever la ...kekadang aku lipat lengan baju sampai nampak siku ...to pun da kira aurat kan .. ??
memang la benda2 ni remeh temeh skit ...but sume ni bole kita wat tapi hati2 la skit ...jangan ad sorang laki pon yang nampak ...! DOSA !!
sekarang ni bukan aku nak belagak konon warak or baik sangat but aku juz nak ingatkan jew ...
mesti u all takut dengan dosa kan ???
haaa..kalo korang takut ..ak pon takut jugak la ....tambah2 ag kita da selalu dengar tentang azab2 api nerakaa ...xngeri kew ????
perkara ni da terbukti dalam AL-QURAN ...
Allah berfirman supaya kita menjaga aurat masing2 ....jangan dedahkan sembarangan aurat kita kat lelaki yang bukan muhrim !!!!!
so,kenpa kita still mendedahkan aurat sesuka hati walaupun dalam AL-QURAN da terbukti bahawa perkara itu boleh mengundang dosa ??

fikir-fikirlah ....

peristiwa ni aku jumpa kat fb ...ad la sorang girl ni pakai baju sampai menjolok mata ...ish2 ....nauzubillah !!
actually ni kawan aku yang cita....tapi bila aku tengok ..memang terkejut gila monyet la !!
to pompuan yang tengok ce kalau lelaki ?? mau xterkeluar bijik mata !!
ape la function pompuan to wat cmto ?? nak kontroversi murahan ??? nak suh sume orang tengk yang dye to cantik sangat ??? hanye dye jew yang taw !!
haish..aku xtaw la nak cakap cmne !!
wat malu kaum jew !! walawehhh !!!!!

haa..pernah aku terbace 1 majalah ni ..tapi xingt majalah ape ...
dalam to ad tertulis ..
'' gejala maksiat berpunca daripada PEREMPUAN ''

bila aku bace ...btol jugak ape yang orang to tulis ...cube la si perempaun to pakai sopan santun,kompom xkan terjadi kejadah ni ..tapi bila perempaun da pakai baju macm xcukup kain ,pakai saiz adik punye .. jarang lak to memag la !!
ish ..xtaw nak ckap da laa !!

tapi xsemestinya 100% perempaun yang salah ...kadang2 lelaki gak yang salah coz da gila seks sangat !! ....
YA ALLAH !!!!

myb masyarakat kita sekarang ni da buta ..nama jew islam tapi xpernah laksanakan ap yang dituntut dalam islam kan ?? sedar x ??
u all ingat rukun islam ???

oke erk ..rukun islam ad 5 perkara :

1) mengucap 2 kalimah syahadah
2) solat 5 waktu sehari semalam
3) berpuasa di bulan ramadhan
4) menunaikan zakat
5) menunaikan haji jika mampu


faham kan semua to ??? tapiiiii ....

korang fikir2 lah baik2 ..
ingat !!

setiap yang hidup pasti akan mati juga ..
kepada Allah dye datang,kepada Allah dye kembali ... !!


wasalam :)

Sabtu, 2 Julai 2011

, sejarah kami dan badminton ;P

assalamualaikum ..
hyep..hello ..hello ..hello
0genki desuka ????
depends on the tittle la kan...arini aku nak cte skit pasal SEJARAH KAMI BERSAMA BADMINTON ...

semalam iatu bersama dengan 1 julai 2011 ..tepat pada pukul 5 petang ..aku,yat,ecah,ajmal n black men badminton kat sekolah ...actually ni baru first time si MUHAMMMAD AMIRUL NAJMI BIN ROSLI atau dengan nama komersialnye BLACK men badminton...
kami datang sekolah kol 330 sebenarnye ...sebelum to kami wat pew ???
STUDY ONLINE !!! hahaha ...yang si black ni plak xabes2 ngan game..game ..game !!
poker lak to !! haisyh..black3 ...
petang semalm dye sorang jew kaum adam yang ad kat balai seri nlam to ...why ??
lelaki2 zaman sekarang malas nak datag sekolah lagaknye !! myb lorhh :)xpun semakin pupus..hahah

nope la..juz kidding !!
even selama ni budak2 lelaki F5 yang ''merampas'' takhta gelanggang kami to..so terpaksa la berbulan2 kami xmain badminton !! rinduu !! hehehe...so terpaksa la kami datang sebelum kol5...

firstly,aku men ngan yati ..
walawehhh !! penatt siott !
sebab ??
penat kutip bola !!

secondly.men ngan black !
if aku kalah sekali pun 19/22 its ok !!
sebab ??
black men tipu !! dye selalu men depan net ..aku dala lemah skit men depan net ni !!


after that men ngan ecot ...
penat gak laa..tapi sikit
sebab ??
penat gelak ..kihkihkih

then ecot n raje lak men ...
aku ngan yat dok on9 !!

seriusly semalm lawak gila coz first time tgk black men ..fuh !!
dye men cam nak tangkap rama2 jew..dok lompat2...
sebab ??
dye cakap da lama xmen ..heheh
sian sungguh mu !!

then ....kol640,kami pulang !!
hheh..that all ..
toint3

salam..
take care babe !!